Sunday, February 27, 2011

Inqilab Zindabad!


"bukannya pemuda itu yang menyatakan itu ayahku, tetapi (hakikat) pemuda itu yang berkata ini adalah AKU." -pepatah Arab-

Acapkali saya dengar ungkapan ini ketika menghadiri ceramah 'dulu-dulu.'

Pada mulanya, ungkapan ini tidaklah begitu istimewa di indera dengar saya.

Ketika menyelak lembaran buku KUASA KEPEMIMPINAN AL-FATEH, buah tangan saudara Muhammad Syaari Abdul Rahman, saya bertemu lagi dengan ungkapan ini. Dan saya mula merasakan pepatah ini bukan pepatah biasa-biasa.

Tidak dikatakan pemuda kalau dia hanya berbangga dengan apa yang telah dilakukan oleh ayahnya dengan berkata ayahku telah berbuat begini dan begitu tetapi pemuda itu adalah orang yang mencipta kejayaan dengan usaha dan titik peluh sendiri.. Lebih kurang itulahm aksud pepatah ini. Mungkin.

Permulaan tahun disambut masyarakat dunia dengan satu revolusi. Dengan satu kebangkitan. Rakyat yang tertekan akhirnya bangun menentang kezaliman yang melampau oleh sang pemerintah, Bermula dengan Tunisia, kemudian merebak ke bumi anbiya', Mesir. Kini, Libya pula kritkal.

Yang menjadi pencetus mahupun tulang belakang kepada kebangkitan ini adalah mereka yang kita panggil ANAK MUDA.

Epilog anak muda silam benar-benar menggamit nubari saya. Dunia yang dihuni ketika ini dari dahulu lagi menyaksikan gelombang pembaharuan dan kebangkitan diteraju oleh orang muda. Revolusi Iran pada tahun 1979,rata-ratanya digembleng oleh tenaga muda mereka ,Mahmet Al-Fatih menawan kota konstantinopel ketika usianya baru mencecah 24 tahun. Begitu juga Baghat Singh. Kalimah keramatnya Inqilab Zindabad (hidup selamanya revolusi) menggegarkan seluruh bumi India walaupun jasadnya kaku di tali gantung dan ketika itu usianya baru menjengah 23 tahun.

Bahkan, Mesir sendiri tidak sedikit menyimpan kebangkitan anak muda menentang kezaliman. Tokoh reformis Islam Hasan Al Bana menubuhkan gerakkan ikhwanul muslimin ketika umurnya baru menginjak 23 tahun.

Tidak lupa kepadasahabat-sahabat di Patani. Tahun 2007 menyaksikan satu demonstrasi besar-besaran dipimpin oleh anak muda yang masih di bangku universiti. Peristiwa hitam yang menimpa keluarga Nurhayati menjadi titik kebangkitan. Pada 31 Mei 2007, berduyun-duyun warga desa dari celah-celah pelosok wilayah bergolak berkenaan bergerak menuju ke Masjid Jamek Pattani. Tidak kira warga emas yang bertongkat dan berkerusi roda, kelompok mahasiswa . Mahupun bocah kecil yang masih belum pandai berjalan dan berbicara. 10 000 orang daripada seluruh pelosok tiga wilayah. Satu angka yang benar-benar tidak diduga oleh Aladi dan sahabat-sahabatnya. Melimpah Masjid Jamek Patani dengan mereka yang hadir.

Demikian, anak muda zaman berzaman terus menggegarkan dunia.

Satu muhasabah untuk kita yang juga bergelar anak muda. Apa revolusi yang telah kita buat paling tidak dalam kehidupan kita?

Thursday, February 17, 2011

Seputar Kepulangan

Bismillahirahmanirrahim...


Alhamdulillah.


Akhirnya, Hosni Mubarak mahu berundur. Revolusi rakyat Mesir selama dua minggu membuahkan hasil.


Tidak sangka sungguh revolusi berkenaan benar-benar dalam tempoh cuti winter kami. Hari pertama rusuhan bermula adalah hari pertama cuti winter kami. Dan hari Hosni Mubarak mengumumkan pengundurannya adalah hari terkahir cuti winter. Barangkali semua ini sudah dirancang rapi. Siapa tahu?


Kiblat Ilmu


"Apa yang kakak suka sangat dengan Mesir?" tanya ibu suatu malam. Ketika itu saya asyik ucapkan pada ibu saya mahu pulang ke Mesir sesegera mungkin.


"Kerana bumi mesir itu bumi ilmu, ibu. Mesir adalah kiblat ilmu," jawab saya.


Baru lima bulan menapak di bumi berkenaan saya sudah 'dihantar' pulang ke Malaysia.


Mungkin bagi sahabat-sahabat yang sudah bertahun-tahun tidak pulang. hal ini sesuatu yang amat menggembirakan mereka.


Hakikatnya, perkara itu juga turut saya rasai kerana pulang ke Malaysia bermaksud saya akan bertemu dengan kedua-dua ibu bapa yang amat saya cintai.


Cuma hati saya amat berat saat meninggalkan bumi anbiya berkenaan. Apatah lagi apabila mendengarkhabar-khabar angin yang tidak indah.


"Semua kena balik. Mesir dah nak perang ini! entah boleh entah tidak lagi kita datang belajar di sini!"


Kebangkitan dan Domino


Ramai yang melihat kebangkitan rakyat di Mesir ini sebagai satu permulaan untuk sebuah sejarah baru.


Saya juga berkongsi pendapat yang sama.


Bahkan, revolusi yang berlaku membuka hati saya untuk mendalami politik dunia terutamanya politik Asia Barat yang kian rancak bergolak.

Pendapat beberapa penganalisis membuatkan saya semakin tertarik untuk menggali dan meneliti sepak terajang politik Mesir.

Kuantan

Selesai urusan di putrajaya, saya memanjangkan langkah melawat sahabat-sahabat di Kuantan.

Sempat melihat kemeriahan PRK di Kuantan. Kredit untuk sahabat-sahabat yang masih sudi meyambut kehadiran saya walaupun sibuk dengan PRK dan peperiksaan pertengahan tahun.

Tidak sedikit juga dalam kalangan sahabat-sahabat yang bakal membina masjid. Barakallah di ucapkan. (Baitul Muslim antara isu yang menduduki ranking teratas dalam perbualan seharian warga Kuantan sekarang...=))

Kepulangan

Masih menunggu lampu hijau daripada pihak kerajaan sebelum menempah tiket dan pulang ke Mesir. Cumanya entah mengapa, mood untuk belajar sedikit terkuras. (rasanya bukan sedikit) Terasa banyak benar waktu yang telah dipersiakan. Mohon doa agar diri kembali bersemangat. Apatah lagi peperiksaan pertengahan tahun sudah sangat hampir. Ya Alla..semoga dikurniakan kekuatan..


Tuesday, February 15, 2011

Data jualan 15 judul terlaris novel cinta Islami PTS bagi tahun 2010

Bismillahirrahmanirrahim...

Data jualan 15 judul terlaris novel cinta Islami PTS bagi tahun 2010:
1. Nyanyi Sunyi (4,052 unit)
2. Kala Cinta Dan Wahyu Bersatu (3,288 unit)
3. Punya Cinta Ramadan (3,050 unit)
4. Bara Cinta Canberra (2,836 unit)
5. Wasilah Cinta Weera (2,779 unit)
6. Kasih Seharum Manisah (2,718 unit)
7. Ku Seru Nur Kasih (2,466 unit)
8. Tuhan Masih Mencintaiku (2,226 unit)
9. Salju Sakinah (2,104 unit)
10. Aku Bukan Malaikat (2,001 unit)
11. Biarawati Qaseh Puteri (1,830 unit)
12. Qasidah Untuk Kekasih (1,680 unit)
13. Warkah Cinta Berbau Syurga (1,561 unit)
14. Menunggu Cinta Tuhan (1,211 unit)
15. Doa Insan Berkasih (1,066 unit)