Tuesday, April 28, 2009

Gol & Gincu

Dua malam lepas saya menonton cerita Gol & Gincu. Kata-kata yang dikeluarkan oleh Juwita membuatkan saya terpanggil untuk menulis di sini setelah agak lama menyepi.
“buat apa nak pakai tudung andai hati tak ikhlas. Saya belum bersedia untuk pakai tudung. Untuk memakai tudung perlu keikhlasan,”

Lebih kurang macam inilah dialog dia. Saya tak begitu ingat dialog yang tepatnya. Apa yang boleh saya simpulkan, ini adalah apa yang diimani oleh mereka yang tidak bertudung. Bertudung hanya apabila benar-benar ikhlas untuk bertudung. Betulkah begitu? Saya amat bimbang. Teramat amat bimbang kerana saya percaya tidak sedikit yang menonton rancangan ini. Saya percaya tidak sedikit juga dalam kalangan penonton yang akan menerima bulat-bulat apa yang dikatakan oleh Juwita.

Bertudung atau lebih tepat lagi menutup aurat bukan perkara yang boleh dilakukan apabila suka dan ditinggalkan apabila tidak suka. Sama ada ikhlas atau tidak kita wajib menutup aurat kerana setiap perintah yang datang daripada Allah dan Rasul-Nya wajib ditaati dalam keadaan suka atau benci. Hal ini disebut dalam Surah Ali Imran ayat 83 yang bermaksud “ Maka mengapa mereka mencari selain agama Allah padahal apa yang di langit dan apa yang di bumi berserah diri kepada-Nya baik dengan suka mahupun terpaksa dan hanya kepada-Nya mereka dikembalikan,”

Satu persoalan yang ingin saya lontarkan kepada mereka yang bertudung, mengapa kalian mengenakan tudung? Saya pasti semua wanita yang bertudung hari ini bersandarkan pada perintah Allah dalam Surah An-Nur ayat 31 yang bermaksud “ dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman agar mereka menjaga pandangannya, dan mermelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasan yakni aurat kecuali yang biasa terlihat. Dan hendaklah mereka menutup kain kerudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasan kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putera-putera mereka atau putera-putera suami mereka atau saudara-saudara lelaki mereka atau putera-putera saudara lelaki mereka atau putera –putera saudara perempuan mereka atau para perempuan sesame Islam mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki atau para pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat perempuan. dan jangan mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu semuaada Allah, wahai orang-orang yang beriman agar kamu beruntung.”

Dari satu sisi, saya melihat bertapa pincangnya industry filem tanah air apabila orang yang tiada keahlian dalam bidang agama dibenarkan berbicara tentang agama. Namun, ada baiknya juga. Sekurang-kurangnya kita mengetahui perkara pincang yang diimani oleh kelompok ini dan berusaha untuk mencari penyelesaiannya. Alwajibat aksaru minal auqot. Tanggungjawab itu lebih banyak dari waktu yang diperuntukkan. Sedarlah wahai diriku dan para pendakwah diluar sana. Kerja kita masih banyak!

Thursday, April 02, 2009

Adab Makan Rasulullah SAW

Bismillahirrahmanirrahim...
Rasulullah SAW ialah Qudwah hasanah kepada kita. Mari kita perhatikan beberapa adab makan baginda dalam rangka melahirkan keperibadian seperti baginda. Melalui cara seseorang makan kita boleh menilai bagaimana keperibadiannya.

* Minum secara bertahap iaitu sedikit demi sedikit. Hadis riwayat At-Tirmizi dari Rasulullah SAW bahawa baginda bersabda; “jangan kamu minum sekaligus seperti seekor unta akan tetapi minumlah dua atu tiga kali teguk. Sebutlah nama Allah jika kamu minum. Pujilah nama Allah selepas kamu minum.

* Baginda tidak menyukai makanan pedas. Makanan manis adalah kegemaran baginda

* Baginda tidak makan makanan yang menyebabkan nafas berbau seperti bawang

*Baginda suka orang-orang duduk bersamanya makan. Apabila dibuatkan sup Nabi saw menyuruh ditambahkan kuah supaya lebih ramai orang dapat merasainya.

* Nabi saw. melarang makan dalam bekas daripada emas dan perak .Ia menggunakan bekas yang diperbuat daripada kaca , kayu, tanah dan zink.

* Sebelum duduk untuk makan di atas alas, beliau membuka kasut dan membasuh tangan.

* Baginda saw hanya makan dengan menggunakan tangan kanan dan mula mengambil makanan yang paling hampir dengannya.

* Biasanya Nabi saw. duduk bersila atau bertimpuh, dia tidak suka makan sambil bersandar. Rasululllah saw. tidak duduk makan menggunakan kerusi dan meja kerana ia lambang kemewahan.

* Baginda saw juga tidak makan makanan yang dianggap mewah, pernah Nabi saw menolak makanan yang dibuat dari tepung badam kerana ia makanan orang kaya-kaya.

* Jika ia tidak suka sesuatu makanan, ia diam sahaja dan meninggalkan makanan itu serta tidak mengatakan sesuatu terhadap makanan itu.

* Jika terdapat tetamu ia akan menyungguhi supaya makan hingga kenyang.

* Nabi saw. tidak menolak undangan makan dan jika bersamanya ada sahabat lain beliau akan meminta izin supaya dapat bersama.

* Nabi saw. bangun apabila orang lain berbuat demikian setelah makan. Jika orang lain telah selesai , Nabi saw akan berhenti dan bangun bersama mereka. Selesai makan Nabi saw berdoa keberkatan untuk tuan rumah..

* Jika Baginda saw. menerima hadiah makanan ia akan mengajak sahabat –sahabat makan bersama dan menyimpan sebahagian untuk yang tidak hadir.Selepas adanya usaha orang Yahudi meracunnya melalui makanan, Nabi saw. selalu bertanya nama makanan yang dibawa dari tempat lain dan meminta orang yang membawanya merasa terlebih dahulu.

Sungguhpun Nabi saw. mempunyai ketajaman selera, tetapi makanannya sangat sederhana. Pernah beliau bersabda ” Aku makan dan minum sebagaimana sepatutnya seorang hamba Allah”. Pada kebanyakan hari, Nabi saw. hanya makan buah kurma dan air sahaja. Bahkan sebahagian besar kehidupan Nabi saw . adalah kekurangan makanan. Baihaqi meriwayatkan, telah berkata Aisyah ra.: “Rasulullah SAW tidak pernah kenyang tiga hari berturut-turut, dan sebenarnya jika kita mau, kita boleh kenyang, akan tetapi beliau selalu mengutamakan orang lain yang lapar dari dirinya sendiri. (At-Targhib Wat-Tarhib )

Andai tidak dapat melakukan semua jangan pula ditinggalkan semua!

Wednesday, April 01, 2009

Kurma

Bismillahirrahmanirrahim...

Sambungan untuk entri yang lalu. Kita perhatikan satu lagi makanan yang disebut dalam Al-Quran dan Hadis baginda Rasulullah SAW.

KURMA


a. Yang Dipilih Para Rasul

Lebih 1400 tahun buah yang berkhasiat ini dianugerahkan kepada manusia dikenali menurut sejarah. Masyarakat seluruh dunia kini mengiktiraf buah yang tahan lasak atas kemampuannya tumbuh di padang pasir dariTimur Tengah Arab ini sebagai makanan wajib harian atas keberkesanannya dalam memberi tenaga, membantu memperkemaskan sistem fungsi tubuh dan otak.



b. Sejarah

Dalam sejarah Islam, antara fakta yang amat popular mengenai kurma yangamat tinggi khasiat ini adalah catatan sejarah Saidatina Maryam ‘Alaihissalam ketika mahu melahirkan Nabi Isa ‘Alaihissalam dirakam didalam Al-Quran; (Ketika ia hendak bersalin) maka kesakitan itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma);Al-Quran [17] Surah Maryam [Ayat 23]

Lalu ia diseru dari sebelah bawahnya: "Janganlah engkau berdukacita(wahai Maryam), sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan di bawahmusebatang anak sungai.”Al-Quran [17] Surah Maryam [Ayat 24]

Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamubuah kurma yang masak. Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglahhati dari segala yang merunsingkan. Al-Quran [17] Surah Maryam [Ayat 25- 26]

Kurniaan umpama hadiah dari Allah untuk kita .Jika dari sudut logik akal manusia, seorang ibu yang baru bersalin perlu mengamalkan gabungan pelbagai jenis makanan untuk menggantikan kembali kepada si ibu yang kehilangan banyak tenaga dan darah, tetapi kesemua itu Allah lengkapkan hanya dengan satu jenis makanan yakni Kurma.

Kurma tinggi kandungan Tannin (Vitamin B1) yangmana digunakan dalamperawatan sebagai pencuci bagi mengatasi masalah usus. Dalam bentuk cecair, sirup dan kanji, kurma mampu membantu mengatasi masalah sakit tekak, selsema, katar bronkus dan diambil untuk meredakan demam dan pelbagai masalah berkaitannya. Ia juga satu amalan tradisional yangdipercayai mampu mengatasi masalah toksin alkohol.

Biji kurma juga digunakan dalam beberapa rawatan tradisional. Kebiasaannya seorang Ibu perlu berpantang pelbagai jenis makanan semasa hamil dan selepas bersalin bagi memastikan badan Ibu dan bayi berada dalam situasi terbaik.Jika kurma amat sesuai untuk ibu-ibu hamil dan selepas bersalin dalam menambah tenaga, darah yang berkurangan dan sistem pencernaan yang terbaik, sudah pasti ia baik untuk diamalkan oleh semua golongan usia..!

Allah Subhanahu Wata’ala memerintahkan Saidatina Maryam ‘Alaihissalammemakan buah kurma, sudah pasti ia adalah kurniaan terbaik dariNya dengan berfirman kepada Saidatina Maryam ‘Alaihissalam; “bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan..”.

Bayangkan seorang Ibu yang bersalin keseorangan di padang pasir yang terpencil tanpa bantuan orang lain. Dalam keadaannya yang lemah lagitidak berdaya akibat bertarung nyawa dalam melahirkan anaknya,kehilangan tenaga dan kehilangan darah yang banyak sekali..



KeberkatanMakanan Pilihan Rasul, Ulama’ & Ahli Ibadah

Daripada Salman ibn 'Aamir, “Sesungguhnya Rasulullah Sallallahu 'AlaihiWasallam bersabda: Jika salah seorang di antara kamu hendak berbuka puasa, berbukalah dengan kurma sebab kurma itu barakah (berkat), kalau tidak ada maka dengan air kerana air itu bersih dan suci.” (Hadisriwayat Abu Daud dan At-Tirmizi)

Sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam: “Sebaik-baik makanan sahur orang yang beriman adalah buah tamar” (Hadis riwayat Abu Daud)

Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a. katanya:"Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. lalu bagindamenamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya(bertahnik) dengan buah kurma. (dijelaskan tambahan dalam riwayat ImamBukhari) “.. maka Baginda Sallallahu 'Alaihi Wasallam mendoakan kebaikan dan mendoakan keberkatan baginya, lalu menyerahkan kembalikepadaku." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)



Kesihatan & Kekuatan Jasmani & Ruhani

Kurma Menenangkan PerasaanDi dalam Al-Quran Surah Maryam Ayat 26, Allah Subhanahu Wata’alaberfirman kepada Saidatina Maryam ‘Alaihissalam; “..bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan”. Cuba renungkan bukti saintifik ini yangditemui oleh mereka yang pakar;“Amalan Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassallam memakan tamar (kurma) adalah baik sebab ia mengandungi karbohidrat tinggi, di samping asidamino, antaranya triptofan yang didapati boleh menenangkan perasaan”.-Dr Suriya Osman¹.



Kurma Memelihara Kesihatan

Berdasarkan kajian kimia dan fisiologi Dr Ahmad Abdul Ra'ouf Hisyam danDr. Ali Ahmad Syahhat, data berikut diperoleh ².

Memakan ruthab dan atau tamar ketika berbuka puasa akan menambahkan peratus kandungan glukosa dan sukrosa dalam badan.Penyakit anemia (kurang darah) akan berkurangan dan tubuh tidak pucat.Ketika perut kosong, saat itulah makanan yang mengandungi nutrien glukosa dan sukrosa akan mudah dicerna dan diserap secara cepat dan maksimum. Jadi, kandungan glukosa dan sukrosa dalam ruthab dan tamar yang banyak itu menjadikan proses mencerna dan menyerap di dalam badan sangat mudah.Ia berserat tinggi, mengandungi kalisum, potassium, folate, vitamin A,B, B1, B2, B3 C dan E, bebas lemak dan bebas kolestrol. Amat Membantu Dalam Mencegah Penyakit Kronik Seperti Jantung & Kencing Manis."Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari bolehmengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik sepertijantung dan kencing manis kerana mengandungi zat galian sepertipotasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah".