Wednesday, December 31, 2008

Nasib Umat Islam di Semenanjung Gaza: Tanggungjawab Siapa?

Satu emel yang saya terima dan saya rasa terpanggil untuk berkongsi bersama-sama pembaca. moga menjadi iktibar...

Tentunya kita sedang hangat memperkatakan dan memerhati apa yang sedang menimpa saudara-saudara seagama kita di semananjung Gaza,Palestin. semoga doa dari kita menjadi senjata ampuh buat pejuang-pejuang Briged Al-Qassam dalam menghadapi pertempuran yang sedang dan bakal berlangsung. di sini , saya ingin mengajak kita untuk merenung sikap KETIDAK PEDULIAN peuimpin-pemimpin dunia terutamanya negara islam melalui tulisan Pengarah Dept of Malaysiua Study,Cairo U,Assoc Prof Hassan Basri.semoga tulisannya menjadi renungan kita bersama.

Salam Sejahtara semua,Mungkin sebahagian kita merasakan apa yang berlaku di Gaza sekarang adalahTIDAK kena mengena dengan kita. Saya ingin megambil kesempatan di sini untuk berkongsi sedikit dengan staf akademik UM yang dianugerahkan Tuhan dengan akal yang bijak.

Apa yang berlaku di Gaza dari perspektif rakyat biasa adalah hanya keluhan, rasa geram, marah, benci yang meluap-luap terhadap kekejamanIsrael yang sememangnya bangsa yang dimurkai Tuhan. Tidak ada yang lebih dari mengadakan perhimpunan, demonstrasi, menyatakan kemarahan mereka. Itulah kemuncak yang kita boleh buat sebagai rakyat.

Namun dari segi pemerintah, ia adalah menjadi tanggungjawab kerajaan di DUNIA ini melakukan sesuatu untuk menghentikan kejahatan Israel ini kerana dari segi tuntutan mahkamah dunia pun, apa yang dibuat olehIsrael sekarang adalah menyalahi undang-undang antarabangsa dan memang ada peruntukan untuk mengheret Israel ke mahkamah di Hague, Holland.

Masuk hari ini, hari kedua, Israel telah membunuh lebih 200 orangPalestinians dan mencederakan lebih 800 orang sebahagiannya kritikal dan cedera parah, 21% adalah kanak-kanan dan 14% adalah wanita.
Apakah tindakan dan reaksi pemerintah dunia Arab dan dunia?

Mesir mengecam tindakan Israel, dan membuka laluan Rafah untukmembawa mereka yang cedera ke mesir sedangkan sebelum ini menutup laluan tersebut kepada rakyat Palstine yang kebuluran, tiada makanandan ubat, dan sehari sebelum serangan Israel, Menteri Luar Israel,Lifni berganding tangan dengan Menteri Luar Mesir, Abul Ghaiz!!

Raja Jordan mengecam serangan Israel dan mengatakan keadaan diPalestine tidak akan aman dengan serangan tersebut dan Jordan adalah negara yang berdamai dengan Israel, membuka kedutaan Jordan di Israel dan sebaliknya dan bersekongkol dengan Israel untuk menghancurkanHAMAS

Qatar, Yamen, Liga Arab, Lubnan, Jordan dan kira-kira belasan lagi negara Arab menyeru untuk diadakan Sidang Kemuncak Tergempar. Untuk apa? Untuk mengutuk serangan Israel, TIDAK lebih dari mengutuk,kemudian balik tidur di bilik-bilik penginapan hotel mewah, menaiki kapalterbang mewah dan menyedari darah rakyat Palestine terus tumpah di hadapan mata mereka!! Hanya Syria yang mengatakan kalau sekadar nak buat sidang tergempar hanya untuk mengutuk TAK payah buatlah sidang tersebut. Libya juga mengatakan dalam nada yang sama, tetapi kedua-dua negara ini juga TIDAK buat apa-apa juga sebenarnya.

Saudi Arabia yang menjadi Big Brothers kepada semua negara Arab TIDAK mengeluarkan apa-apa kenyataan sehingga tulisan ini, mungkin kerana sibuk dengan sidang negara Teluk di Oman dari 29-30 Desember.Sebenarnya bukan kerana faktor tersebut, tapi Saudi memang sudah diikat kakinya oleh Amerika.

Turki juga mengeluarkan kenyataan bahawa serangan Israel akan menghalang usaha damai yang ditaja oleh Turki. Tidak ada usaha ketenteraan dari pihak Turki, sedangkan apabila Kurdish menyerang sempadan wilayahnya, mereka memburu pejuang kurdish hingga ke wilayah Iraq (menceroboh kawasan negara jiran!!). Di mana solidariti Turki sebagai negara yang kononnya mahu menaikkan imejnya sebagai negaraIslam.

Presiden Palestine Abbas atau nama gelarannya Abu Mazin, mengeluarkankenyataan yang tidak menampakkan kesedihan beliau atas apa yang berlaku. Beliau sekadar mengatakan tindakan Israel itu akan menghalang plan damai tajaan Amerika. Inilah boneka yang Tidakmenyembunyikan kebonekaannya kepada Israel dan Amerika. Pembelot negara Palestine yang dijulang oleh Amerika dan Barat dan sebahagian negara Islam yang bebal.

Kesatuan Eropah menyelar tindakan Israel dan meminta Israel mengehentikan tindakannya tanpa sebarang ugutan tegas untukmenggunakan kekuatan tentera seperti yang mereka lakukan ke atas Bosnia, Iraq, Afghanistan dan lain-lain lagi. Kenyataan tersebuthanya untuk melunakkan telinga mereka yang leka, lalu menyangka EEU menentang tindakan Israel tersebut.

Rusia menyelar tindakan Israel dan menyeru Israel memberhentikan segera serangan tersebut. Arahan hanya dengan air liur. Dan lebih memeranjatkan juga Rusia meminta HAMAS juga atas Israel yang sehingga kini telah membunuh seorang penghuni HARAM Israel dan mencederkaan 4 orang lagi penguni HARAM (yangmerampas tanah rakyat Palestine). Arahan Rusia kepada HAMAS seolah-olah HAMAS menyerang Israel, sedangkan HAMAS hanya mempertahankan diri mereka.

Amerika mengingatkan Israel supaya TIDAK menyerang kawasan orang awam. Itulah peringatan Amerika kepada Israel. Amerika dengan jelas mengatakan ia menyokong serangan tersebut kerana ia adalah usaha untuk menghapuskan HAMAS, kumpulan terrorist. Percayalah cendikiawan sekelian, kalau ada usaha untuk mengecam atau mahu mengheret Israel ke muka pengadilan Amerika akan menggunakan sekali lagi kuasa VETO diPBB.

VETO Amerika sebenarnya boleh di VETO pula oleh pemegang kuasa VETOyang lain seperti Rusia, Britain, dan China. Soalnya adakah mereka akan overule VETO Amerika? Mereka TIDAK akan VETO Amerika bukan kerana mereka takut pada Amerika, tetapi mereka juga bersekongkol denganAmerika kerana mereka mahu melihat HAMAS hancur, dan mereka tidak merasa dukacita apabila rakyat Palestine bermandi darah.

Semasa saya menulis ini, saya terus mengikuti berita yang disiarkan oleh al-Jazeerah, darah rakyat Palestine terus tumpah di tangan durjana Israel. Hanya yang menguatkan semangat saya apabila menatapikeberanian pejuang-pejuang HAMAS, Jihad Islami, jihad QASSAM, sayap bersenjata HAMAS yang muncul di channel aljazeerah menyatakan mereka tidak akan undur walau selangkah dan mereka sanggup shahid demi mempertahankan tanah air mereka. Memang mereka akan berhadapan dengan maut kerana mereka hanya ada roket buatan sendiri, mereka hanya ada batu, sedangkan Israel mempunyai segala kelengkapan.Tidak cukup dengan itu, seperti yang saya katakan di atas, mereka dikhianati bangsa yang seugama dengan mereka sendiri seperti Kerajaan Palestine boneka Amerika, Jordan, dan Mesir yang berpakat dengan Amerika atau sekurang-kurangnya TUNDUK kepada kehendak Amerika danIsrael.

Who cares?

Itulah nasib yang mereka terima?

Kita adalah rakyat biasa sahaja. Apa yang boleh kita buat, kita tidak boleh buat apa-apa.

Cuma satu sahaja, kalau perasaan kita tidak tersentuh dengan kesangsaraan yang dihadapi oleh rakyat Palestine, samada mereka itu Islam atau Kristian, maka apakah agaknya yang akan kita jawab di hadapan Tuhan apabila kita disoal nanti. Bagi orang Islam, apakah agaknya yang akan kita jawab apabila kita ditanya: benarkah kamu kasih kepada saudaramu, apabila ia sakit kamu juga merasa sakit seperti yang disabdakan oleh Junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Benarlah kata-kata seorang ulama di Lubnan, Shekh Fathi Yakan,apabila roh jihad hilang dari jiwa kita, kita akan takut mati, dan kita akan menjadi orang yang sayangkan dunia, maka ketika itulahYahudi akan bangkit.

Semuga kita semua, warga UM, walau apapun ugama kita, sama-samamendoakan agar umat Palestine diberikan kekuatan berhadapan dengan Israel durjana ini. Jangan kita mudah mempercayai apa yang ditulis oleh media Barat atau sebaran berita spt CNN kerana mereka adalah talibarut Amerika.

Assoc Professor Dr Hassan Basri Awang Mat
DahanDirectorDepartment of Malaysian StudiesUniversity of Malaya@Cairo University
002 02 3569 4120 (tel/fax)
002 010 395 4493 (mobile)

Tuesday, December 30, 2008

Wajah Gaza Menjelang 1430 Hijrah


Di ambang umat Islam menyambut tahun baru hijrah, indera dengar ini ditusuk berita menyayatkan hati. Saudara seakidah kita di Gaza dibedil Israel. saya kesal dek kerana tidak begitu cakna dengan perkembangan semasa saya terlewat mengetahui hal ini.Ketika ini juga, saya sibuk membuat persiapan dan persediaan untuk menghadapi peperiksaan mid sem. Hati jadi kurang enak. Segala yang dibuat rasa tidak kena. Entah mengapa. Apa yang sering terlintas di fikiran, adakah patut aku berenak-enak belajar dalam bilik berhawa dingin sedang saudara-saudaraku di sana berhempas pulas menanggung dan menahan serangan si laknatullah? Namun apa dayaku? Selain kiriman doa dan solat hajat, mencoret di blog ini satu lagi bentuk bantuan yang dapat saya hulurkan walaupun kesannya entah ada entah tiada. Hati saya tambah gerun mengingatkan sepotong hadis Nabi yang bermaksud “barangsiapa yang tidur dan tidak mengambil pusing tentang urusan kaum muslimin, dia bukan dari golongan mereka”
Adakah saya termasuk dalam golongan mereka yang tidur itu? Na’uzubillah.


Ya Allah, hancurkanlah orang-orang kafir dan musyrik itu. Berilah rasa takut kepada musuh-musuh kami, musuh-musuhMu, dan musuh-musuh agamaMu. Ya Allah, muliakanlah agama Islam dan kaum muslimin. Rapatkanlah tali kasih sayang dalam sanubari mereka dan perbaikilah hubungan kekeluargaan diantara mereka serta berilah pertolongan kepada mereka dalam melawan musuh-musuhMu dan musuh-musuh kaum muslim.


KERATAN BERITA

Selasa ,30/12/2008 -Dr Moawiya Hassanen, ketua Unit Kecemasan Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza, melaporkan tentera udara rejim Zionis terus menyerang pada waktu Subuh hari Selasa dan membunuh 10 Rakyat Palestin.Mereka turut mengebom pihak medik yang cuba memindahkan mangsa yang cedera. Jumlah maut terkini menjadi 360 dalam kurang daripada empat hari, hampir 1700 cedera .Serangan udara Israel itu mensasarkan kawasan kementerian di belakang Islam University, kawasan bekas Penduduk Palestin Preventive Security di Tal Al Hawa, kawasan Navy barat Gaza, pusat Qassam Brigades di Timur Al Zeitoon Gaza City, utara jalan Gaza City, satu bengkel tukang besi di tengah Gaza dan sebuah rumah yang menjadi kepunyaan salah seorang daripada pemimpin-pemimpin Al Qassam Brigades di utara Gaza.Helikopter Apache Israel telah menembak dua peluru berpandu ke arah sebuah pusat kepunyaan Popular Resistance Committees, barat Gaza City. Serangan ini di buat sejurus pihak rejim Zionis mengumumkan 2 orang askar mereka mati dalam satu serangan pejuang Palestin.TV Al Aqsa Hamas melaporkan beberapa penduduk telah terbunuh dan cedera dalam satu serangan udara yang disasarkan ke arah rumah Ayman Siyam , salah seorang daripada pemimpin briged Al Qassam di Jabalia.

Wajah wajah Gaza setelah hampir 4 hari di serang rejim Zionis





Note: sumber gambar : http://jamna. blogspot. com/

Saturday, December 13, 2008

Pindaan AUKU; Natijah Tetap Sama

Hari ini, akhirnya rang undang-undang mengenai Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) diluluskan Dewan Rakyat kelmarin selepas melalui 61 pindaan serta dibahas sepanjang hari oleh penyokong kerajaan dan pembangkang. Antara perubahan ketara yang berkaitan dengan politik kampus ialah mahasiswa kini dibenar menyertai persatuan di luar kampus kecuali al-Qaeda. Mahasiswa dibenar menganjurkan aktiviti bersama ahli politik dan parti politik mengenai isu berkaitan pendidikan. Walau bagaimanapun mereka masih disekat untuk terlibat secara terus dengan parti politik.
Hakikatnya, pindaan AUKU ini ibarat seorang pemilik burung yang mengisyhtiharkan bahawa burung peliharaannya akan dibebaskan daripada sangkar tetapi dia tidak membuka pintu sangkar melainkan sedikit. sekadar lepas keluar sebelah sayap.
Kekangan ke atas mahasiswa untuk terlibat dalam politik luar kampus hanya menyekat dan membantutkan perkembangan intelektual mereka. Bahkan, sekatan ini akan menumpulkan budaya kritis dan analitis pelajar.
Memetik tulisan Ustaz Riduan Mohd Nor dalam bukunya Potret Perjuangan Mahasiswa Dalam Cerminan Dekad, " kampus adalah wadah latihan kepimpinan kepada pimpinan masa hadapan negara. Anak-anak muda yang sarat dengan idealisme ini perlu diberi laluan untuk terus bergulat dengan keyakinan mereka, biarkan mereka untuk bebas memilih dan mencorak gerakan mereka tanpa gertakan dan intimidasi daripada pentadbiran universiti dan kerajaan. Mengapa perlu gentar dengan kritikan anak muda ini andai mereka bersih dan telus?"
Sesetengah pihak berpendapat, sebarang kebenaran untuk mahasiswa terbabit secara aktif dalam politik, dikhuatiri akan mewujudkan suasana polarisasi kaum, ideologi dan agama. Ini sekali gus akan mewujudkan suasana persekitaran tidak kondusif kepada generasi akan datang untuk meneruskan pengajian dan pembelajaran di universiti. Pada mereka, biarlah mahasiswa memerhati perkembangan politik semasa dari dalam kampus dan apabila tamat pengajian serta memasuki dunia pekerjaan, mereka bebas berbuat demikian termasuk bertanding dalam pilihan raya umum.
Malah, saya pernah membaca surat pembaca di akhbar yang menentang keras pindaan AUKU dilakukan atas alasan pindaan AUKU ini hanya akan menyebabkan pencapaian akademik pelajar terutamanya dalam kalangan pelajar berbangsa Melayu, jatuh merudum.
Dalam tempoh 30 tahun AUKU dikuatkuasakan , mana pernah IPTA mahupun IPTS di Malaysia tersenarai dalam 100 universiti terbaik dunia berdasarkan penarafan yang dibuat oleh Times HIgher Education Supplement(THES).
Teringat perbualan ringkas saya dengan seorang sahabat ketika sibuk PRU ke -12 lalu.
“Buat apa nak terlibat dengan politik. Muda lagi. Study dulu,” kata seorang teman apabila saya membuka mulut berbicara tentang politik tanah air. Saya sekadar mengangkat kening.
“Nanti bila sudah boleh mengundi, parti mana yang awak nak undi?” Tanya saya.
“Entahlah. Tak tahu lagi. Nanti-nantilah fikir. Tak pun tanya mak je lah nak undi siapa,”
Saya percaya, ini adalah pegangan majoriti mahasisiwa hari ini. Budaya tidak cakna membawa kepada budaya ikut-ikut.
Saya tertanya-tanya, apabila mahasiswa dihalang untuk terlibat dengan politik ketika berada di bangku pengajian, adakah mereka mampu secara drastiknya mengubah mentaliti yang diimani sekelip mata sebaik sahaja meninggalkan dunia studi ?Atau mereka akan terus mengambil sikap tidak peduli biarpun setelah menjejaki alam pekerjaan? Impaknya terjadilah kes-kes ramai yang tidak mendaftar sebagai pengundi apatah lagi turun mengundi. Andai turun mengundi sekalipun, mereka bertanya mak ayah dulu siapa yang perlu mereka pangkah dek lemahnya budaya kritis dan analitis dalam diri. Tak ke haru jadinya.
Mereka yang menjadi pemerhati gelodak politik semasa di zaman kampus akan terus menjadi pemerhati yang baik apabila berada di arena masyarakat yang sebenar. Tidak mungkin jika hari ini kita tanam jagung, esok tumbuh padi.

Friday, December 12, 2008

Umat Islam perlu Fahami Al-Quran

Cebisan berita hari ini yang menarik perhatian saya untuk direnung bersama.

KUCHING 11 Dis. - Umat Islam di negara ini perlu memahami isi kandungan kitab al-Quran malah menjadikannya sebagai panduan dalam menjalani kehidupan seharian.
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Jeanne Abdullah berkata, ilmu yang terkandung dalam al- Quran amat banyak malah memberi ajaran yang baik kepada umatnya untuk menjadi seorang yang sederhana, sentiasa bersyukur, bersabar dan beriman.
Menurutnya, kitab al-Quran yang kini sudah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa akan lebih memudahkan umat Islam daripada pelbagai kaum menghayati pengertian yang disampaikan di dalam kitab berkenaan.
"Saya sendiri membaca al Quran perlahan-lahan dan cuba memahami ayat-ayat yang terkandung di dalamnya menerusi terjemahan yang ternyata begitu cantik serta tidak pernah mengajar umatnya untuk menjadi jahat.
"Jangan membaca al-Quran dengan terlalu cepat semata-mata mahu khatam awal sedangkan kita tidak memahami apa sebenarnya maksud yang disampaikan di dalam al-Quran," katanya sewaktu merasmikan Majlis Konvensyen Saudara Kita Ketiga dan Pertandingan Nasyid Saudara Kita Peringkat Negeri Sarawak 2008 di Pusat Penerangan Islam di sini hari ini.
(Utusan Malaysia, 12/12/2008)

Respon:
1. Jangan lihat kepada siapa yang berkata-kata tetapi lihat kepada apa yang diperkatakan

2. Teringat kisah yang diceritakan oleh ustazah dalam kelas baru-baru ini tentang seorang ibu yang tidak tahu membaca Al-Quran. Ibu ini berasa malu apabila anak kecilnya bertanya tentang bacaan Quran kepadanya dan mengambil inisiatif untuk belajar Quran kembali (Alhamdulillah, suatu usaha yang baik dan terpuji). Diceritakan ibu ini tahu membaca Al-Quran dulu tetapi telah lupa cara membacanya setelah ditinggalkan bacaan Quran untuk suatu jangka masa yang lama. Ini suatu fenomena yang lazim berlaku dalam masyarakat kita. Setelah khatam, Quran tidak lagi dibaca apatah lagi difahami dan diamalkan.

3. Buat apa baca, bukan saya faham pun!. Ini satulah fenomena yang berlaku terhadap sesetengah golongan masyarakat. Lupakah kita terhadap firman Allah "..dengan mengingati Allah hati-hati akan menjadi tenang.."(Ar-Ra;d:28) Al-Quran adalah sebaik-baik zikrullah.

4. peringatan yang baik buat diri yang menulis ini; sejauh mana Quran yang dihafal difahami dan dihayati serta diamalkan? atau sekadar lancar dibibir? Ya Allah ampunkan daku kerana lalai dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai hamalatul Quran..

Wednesday, December 10, 2008

Anak Muda Dulu vs Anak Muda Sekarang

Jika kita singkap tabir sejarah, tiada dapat kita menafikan sumbangan anak-anak muda dalam liku perjuangan Rasulullah SAW. Malahan, anak-anak muda merupakan golongan majoriti dan menjadi tulang belakang dalam usaha meninggikan agama Allah di atas muka bumi ini serta bangkit menentang kesongsangan aliran jahiliyyah.


Dalam peperangan Uhud sebagai contoh. Dua anak muda yakni Samurah ibn Jundub dan Rafi’ ibn Khadij, tampil mengadap junjungan mulia, Nabi Muhammad SAW, untuk memohon keizinan baginda untuk turut serta dalam peperangan Uhud. Namun, dek kerana usia mereka yang baru sahaja mencecah llima belas tahun, Rasulullah menolak permintaan mereka. Dua anak muda ini tidak berputus asa. Rafi’ ibn Khadij datang sekali lagi bertemu baginda dan menegaskan kepada Rasulullah SAW bahawa dia handal dalam melontar lembing. Lantas Rasulullah SAW mengizinkan Rafi’ untuk turun ke medan Uhud. Mendengar berita itu, Samurah tidak duduk diam. Dia pula bergegas mengunjungi Rasulullah. Dia mengaku pernah mengalahkan Rafi’ ketika mereka lawan gusti. Lalu Samurah juga turut diizinkan untuk bersama-sama baginda berperang di medan uhud. Berada di medan perang bererti menyediakan diri untuk mati. Dalam suasana perang yang tidak seimbang di mana tentera muslimin hanyalah berjumlah sekitar 700 orang manakala tentera musyrikin lebih 3000 orang berserta kelengkapan senjata yang mencukupi, tidak dapat dibayangkan bertapa beraninya dua anak muda ini menyatakan hasrat untuk turut serta berperang. Hebat sekali anak muda yang lahir daripada madrasah tarbiyyah baginda!

Anak-anak muda merupakan satu kelompok manusia yang memiliki idealisme yang tinggi, kekuatan semangat, cita-cita serta keazaman. Mereka sentiasa bersemangat untuk mencuba perkara baru serta sanggup bermati-matian mempertahankan fikrah yang diimani. Apabila diajak berjuang, merekalah yang paling awal tampil malah berdiri di saff paling hadapan. Kita ambil contoh,revolusi Iran yang berlaku pada tahun 1979. Bumi Iran berkocak apabila kaum pelajar yang sudah pastinya terdiri daripada golongan muda bangun bersama-sama Ayatollah Ruhollah Khomeini menumbangkan kerajaan Shah Iran untuk mengubah kerajaan Iran daripada sistem pemerintahan monarki kepada sistem Republik Islam.

Namun, realiti anak muda hari ini amat kontra sekali dengan sejarah yang kita pernah baca atau dengar. Golongan muda remaja acapkali dikaitkan dengan dadah,kobobrokan gejala sosial dan jenayah-jenayah. Perangkaan yang dikeluarkan oleh Pejabat Polis Bukit Aman menunjukkan 6,838 kes jenayah termasuk jenayah kekerasan, harta benda terutama kes mencuri motosikal membabitkan remaja dilaporkan pada tahun 2006 berbanding 5,543 kes pada tahun 2005. 8,113 remaja berusia antara 16 dan 18 tahun ditahan sepanjang dua tahun lepas dan daripada jumlah itu 3,545 adalah pelajar berbanding 5,997 orang termasuk 2,889 pelajar pada tahun 2005.Ia turut melibatkan para pelajar seawal umur tujuh hingga 10 tahun. Majoriti mereka yang terlibat dengan kebejatan sosial ini adalah remaja melayu. Remaja melayu yang beragama islam inilah yang banyak hanyut dalam budaya hedonisme yang kian membarah dalam masyarakat. Mereka melihat sistem kehidupan berkiblatkan Barat itu sebagai cara hidup yang up-to-date dan terkehadapan.


Tentu sahaja senario ini sedikit sebanyak mengusarkan kita. Apatah lagi apabila mengenangkan kata-kata Saidina Ali Karamallahuwajhah ‘jika kamu ingin melihat masa depan sesebuah tamadun pada masa akan datang, maka lihatlah kepada anak mudanya hari ini”. Apakah ini satu alamat bangsa melayu yang beragama Islam akan mengemis di negaranya sendiri suatu hari nanti?

Sebelum perkara ini terjadi, ayuh bangkit anak muda yang dicampakkan dalam hatinya kesedaran agama. Sahabat-sahabat kita di luar sana dahagakan bimbingan dari kalian. Adakah kita masih tegar duduk mengulit buku pelajaran dua puluh empat jam sehari tanpa ambil cakna terhadap rakan sebilik yang lewat solat subuh atau tidak solat langsung? Cukupkah kita hanya baik dan soleh seorang diri dan membiarkan sahabat-sahabat sepengajian bergelumang dengan pelbagai dosa? Patutkah kita hanya membenci maksiat dengan hati sedang kita punya kemampuan lebih dari itu untuk mencegah mungkar? Harus kita ingat, kita hidup bermasyarakat. Kepincangan yang berlaku dalam masyarakat secara tidak langsung menjadi tanggungjawab kita untuk membetulkan keadaan. Justeru, mari kita sama-sama sahut seruan Allah taala dalam Surah Ali-Imran ayat 104 “hendaklah ada dalam kalangan kamu yang menyeru kepada kebaikan, mereka melaksanakan amal maaruf dan mencegah kemungkaran dan mereka itulah yang mendapat kejayaan.”


Akhirnya, memetik kata-kata wasiat Assyahid Sayyid Qutb kepada adiknya Aminah Qutb buat renungan bersama. “Apabila kita hidup hanya untuk kita, hidupnya amatlah singkat. Bermula daripada bermulanya kita dan berakhir dengan berakhirnya umur kita yang terbatas. Tetapi jika kita hidup kerana fikrah untuk menegakkan agama Allah, sesungguhnya hidupnya panjang dan mendalam. Bermula dengan bermulanya manusia, dan berakhir dengan pupusnya manusia di atas muka bumi ini.”

Tuesday, December 09, 2008

Tanah Runtuh; Satu Iktibar

12Belum surut kegamatan pengeboman di Mumbai dan penganugerahan gelaran Datuk kepada seorang aktor Bollywood, Shah Rukh Khan, negara dikejutkan pula dengan kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. Runtuhan tanah yang berlaku melibatkan empat hektar di kawasan Bukit Antarabangsa, Hulu Kelang dengan 14 banglo di Taman Mewah dan Taman Bukit Utama menjadi korban. Setakat ini dilaporkan empat terkorban, 14 cedera dan seorang masih hilang.Takziah buat mangsa-mangsa yang terlibat. Moga-moga Allah kurniakan ketabahan dan kesabaran buat kalian untuk menghadapi ujian ini.Saya rasa terpanggil untuk memberi respon terhadap kejadian yang berlaku ini. Sekadar memberi pandangan.
Memetik kata-kata hikmat daripada seorang ahli falsafah, George Santayana, “ Those who cannot remember the past are condemned to repeat it”. Peristiwa yang berlaku menjadi bukti kebenaran kata-kata ahli falsafah ini. Kira-kira 15 tahun lalu kejadian yang sama telah berlaku. Lebih kurang 1.5 km sahaja dari tempat kejadian. Tentulah yang saya maksudkan tragedi blok Highland Towers yang tumbang ekoran tanah runtuh pada 11 Disember 1993 dengan jumlah korban seramai 48 orang. Malah menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, aliran air bawah tanah yang menjadi punca runtuhan tanah di Bukit Antarabangsa adalah serupa dengan punca tragedi tanah runtuh di pangsapuri Highland Towers. Adakah jangka masa 15 tahun itu terlalu panjang hingga membuatkan kita lupa apa-apa yang berlaku saat itu? Mengapa kita tidak mahu mengambil pelajaran dari sejarah yang berlaku? Sedang dalam Quran sendiri, berulang-ulang kali Allah menyebut ayat “ apakah kamu tidak berfikir?” apakah kamu tidak mengambil pelajaran?”
Sebagai umat Islam kita perlu melihat bencana yang berlaku bukan sahaja dari sudut lahiriah, bahkan perlu meneliti maksud tersiratnya. Memang kita menolak, dari sudut geologinya, punca utama tanah runtuh berlaku adalah kerana aliran air bawah tanah. Tambahan pula, Bukit Antarabangsa merupakan kawasan tadahan air hujan. Namun, tidak dapat tidak untuk kita mengaitkan bencana ini dengan teguran dari Allah seterusnya mengambil iktibar. Lambakan bencana alam berlaku sebelum ini bukan sahaja sekitar Asia malah di seluruh dunia. Contohnya, kejadian Tsunami di Acheh empat tahun lalu, siklon Nargis di Myanmar pertengahan tahun ini dan gempa bumi di Sichuan. Apakah semua ini bencana alam semata-mata atau punya mesej tersendiri buat kita umat manusia yang sering lupa ini?
Rugilah kita andai membiar apa yang berlaku di depan mata berlalu begitu sahaja hari ini dan meninggalkannya ditinta sebagai sejarah hitam semata. kita renung sejenak kata-kata Saidina Ali Karamallahu wajhah, “ kebaikan itu semuanya terhimpun dalam empat perkara: percakapan,diam,pandangan dan gerak. Tiap-tiap percakapan yang tidak disertai dengan mengingati Allah adalah sia-sia. Tiap-tiap diam yang tidak disertai dengan memikirkan kebesaran Allah adalah leka, tiap-tiap pandangan yang tidak disertai dengan mengambil iktibar adalah lalai. Dan tiap-tiap gerak yang tidak disertai dengan perhambaan adalah kosong. Semoga Allah merahmati hamba-Nya yang menjadikan percakapannya sebagai zikir, diamnya sebagai tafakur,pandangannya sebagai iktibar dan geraknya sebagai perhambaan dan dari lisan serta tangannyanya manusia mendapat kesejahteraan.”
Tahun 2008 hampir melabuhkan tirai. Kita tutup diari 2008 dengan tragedi hitam dan pilu. Semoga peristiwa ini tidak sekadar tinggal peristiwa menyayatkan sebaliknya mutiara hikmah dikutip buat membidakcatur keberkesanan perjalanan tahun 2009 yang bakal menjelang kelak.

Monday, December 08, 2008

Salam Aidiladha

"daging dan darahnya(korban) tidak sampai kepada Allah tetapi taqwa daripada kamu yang sampai kepada-Nya.."(37:Surah Al-Haj)

SALAM AIDILADHA BUAT SEMUA.

Renungi kisah ketaatan dan pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan puteranya Nabi Ismail AS. Semoga dapat dijadikan inspirasi untuk terus berkorban demi Islam tercinta...

Filem dan Kontroversi

Beberapa ketika dulu, seorang sahabat menghantar mesej kepada saya menyatakan kegusarannya terhadap industry perfileman tanah air. Katanya, drama-drama kita tidak sudah-sudah menjaja persoalan cinta murahan, cinta tiga segi dan perebutan harta dan kuasa. Langsung tidak menjana budaya berfikir dalam kalangan masyarakat penonton. Saya hanya mampu mengiyakan.

Saya selak akhbar semalam, hati saya tertarik pada satu artikel tentang sebuah filem baru arahan Yasmin Ahmad iaitu Muallaf. Khabarnya filem terbaru pengarah kontroversi itu masih tersangkut di Lembaga Penapisan Filem (LPF) dan masih tidak dapat ditayangkan sehingga hari ini. Namun, filem ini mendapat sambutan hangat di Singapura pada hari pertama tayangan sehingga penonton terpaksa membuat tempahan awal bagi mengelak terlepas peluang menonton filem ini.


Tidak dinafikan, Yasmin mungkin cuba membawa tema persoalan berbeza daripada filem –filem lain. Filemnya sebelum ini memenangi filem terbaik Festival Filem Malaysia ke-19, yakni Gubra turut mengangkat tema yang sama. Yasmin cuba menunjukkan semua agama menyuruh melakukan kebaikan dan dalam erti kata lain dia cuba menyamaratakan semua agama. Namun ternyata tema itu bukan menyuburkan budaya berfikir tapi menimbulkan kekeliruan dan kekeruhan sentiviti umat Islam.

Dalam satu babak filem Muallaf ini, Brother Anthony iaitu seorang paderi memohon doa di gereja ketika Rohana diculik oleh pengawal bapanya. Sedar atau tidak babak ini seolah-olah mendokong pendapat John Hick, pelopor idea pluralisme di dunia barat. John Hick menyarankan supaya diperakukan kebenaran dalam semua agama dengan menggabungkannya menjadi satu agama baru yang dikenali sebagai pluralisme. Padanya, semua agama dapat menghantar penganutnya ke syurga dan semua agama menjamin keselamatan sejati kepada penganutnya.

Hakikatnya, Islam tidak pernah sama dengan mana-mana agama dan ini ditegaskan oleh Allah dalam Surah Al-Kafiruun.” Katakanlah (Muhammad) wahai orang-orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu bukan menyembah apa yang aku sembah . Aku tidak pernah menjadi pemyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak pernah menjadi penyembah apa yang aku sembah. Untukmu agamamu dan untukku agamaku.”.

Saya bukan seorang yang ahli dalam bidang perfileman. Namun, apa yang membuatkan saya terpanggil untuk memberi respon terhadap fIlem baru ini ialah kekeliruan yang bakal timbul apabila filem ini ditayangkan. Industri penyiaran merupakan medium terbesar penyebaran maklumat dunia masa kini. Manakala rancangan berbentuk hiburan seperti drama dan filem paling mendapat tempat dalam hati masyarakat. Boleh dikatakan setiap rumah sekurang-kurangnya punya satu peti televisyen. Justeru rancangan-rancangannya ditonton oleh pelbagai lapisan masyarakat tidak kira sama ada yang berlatar belakangkan pendidikan agama atau tidak.

Kelompok masyarakat beragama Islam namun realitinya masih tercari-cari apa erti merekamenganut Islam, sudah tentu terperangkap dalam pemikiran yang mengelirukan ini apabila mereka didedahkan dengan filem yang sedemikian rupa . Tambahan pula, berfikir dan mengkaji belum menjadi budaya masyarakat Malaysia ini. Sudah tentu tidak semua orang mampu mencerna dan menilai yang mana prinsip Islam yang sebenar dan yang mana tidak. Mereka menerima bulat-bulat apa yang ditonton dan menjadikannya sebagai hujah pegangan.
Impaknya, terjadilah lambakan kes murtad. Rasanya masih segar diingatan kita, kes murtad Azlina Jailani ataupun lebih dikenali sebagai Lina Joy. Begitu juga dakwaan Datuk Harussani Zakaria, Mufti Perak mengenai 100,000 orang Islam yang dilaporkan murtad.

Agama bukan suatu perkara remeh dan boleh ditafsirkan sesuka hati. Islam sendiri datang syariat dan ketetapan-ketetapan tertentu. Umpama seorang peguam disuruh membedah pesakit jantung. Andai peguam tadi tetap cuba membadah pesakit walhal dia tidak punya kemahiran tentang ilmu kedoktoran, maka natijahnya pesakit itu akan makin tenat dan berisiko tinggi meninggal dunia. Justeru peguam itu perlu dihalang oleh jururawat-jururawat di sekelilingnya yang mengetahui tentang hakikat itu atau mereka juga perlu menanggung akibatnya jika bersubahat sama.

"Apabila kamu menyerahkan urusan kepada yang bukan ahlinya, maka nantikanlah kebinasaan"

IKLAN

Penulis muda yang berada di kawasan utara Semenanjung Malaysia dipelawa menghantar hasil karya mereka kepada Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara untuk diterbitkan dalam Majalah Jendela Utara. Mereka yang berminat boleh lah menghantar karya mereka ke alamat :
Jendela Utara,
No 31, Lorong PS 2,
Bandar Perda,
Bukit Mertajam 14000,
Pulau Pinang.

Saturday, December 06, 2008

Work For The Hereafter As If You Are Going to Die Tomorrow (Because it’s a fact that we can die anytime- Even today!)

Another email I would like to share with you. I got this from the same person as before, Ugandan Muslims. This person actually one of the Abu Meow Group’s members. ( I don’t know this person gender) all the email really attract me and be a good reminder for me ,I think. Perhap this person says some common or may be just simple things. But trust me, we alway forgot about it.

The servant, when he turns away from Allah and becomes preoccupied with sins (in this world), he loses opportunities to earn a good true life (in the hereafter). He will see the consequence of losing this opportunity on the Day when he will say:

“Oh, I wish I had sent ahead [some good deeds] for my life [i.e. true, everlasting life in the Hereafter]”. So on that Day none will punish as He (Allah) will punish. [Quran 89:24-25]

A person who is traveling the path towards success and believes in life after death must hasten and rush towards doing works for the hereafter. Whenever he is presented with an opportunity to do a task for the next world, he must hurry to carry it out without wasting any time. Take precedence and hurry to do good deeds before you are occupied by other than it. If a person spends his entire day performing good deeds, then he does not have any time left to carry out bad deeds.


We must hurry towards any deed that will ensure our success in the hereafter

So lets do good deeds now before Allah takes away our chance for repentance and an opportunity to do good deeds to earn ourselves a good life in the Hereafter

Some Simple Actions that can Save You from Allah’s Punishment in the Hereafter Include:
1. Performing the 5 prayers
2. Recitation of the Quran
3. Repent to Allah and ask for forgivness
4. Paying Zakat
5. Salawat on the Prophet, sallallahu `alayhi wa sallam
6. Saying Subhan Allah, alhamdulillah and Laa ilaha ill Allah
7. Teaching children
8. Making Supplication
9. Removal of others’ difficulties and fulfillment of their needs
10. Preserving ties of kinship
11. Listening to da`wah tapes
12. Making peace between people
13. Advising others
14. Attend Islamic lectures
15. Talking to relatives
16. Going for Hajj
17. Contribute toward building a mosque, a well or school
18. Reading traditions (Hadith) of the Prophet, sallallahu `alayhi wa sallam
19. Mailing da`wah information
20. Feeding the poor
21. Taking care of orphans
22. Serving one’s family
23. Seeking knowledge
24. Recommending other to do good
25. Spreading Islamic knowledge
26. Giving Sadaqa
27. Taking care of your parents
28. Treating your family well
29. Repeating after the mu’adhdhin
30. Performing the night prayer

Friday, December 05, 2008

Eight Things to Learn!

Someone has email this to me so I willingly share this with all of you. perhap it benefit you.

One time a scholar asked one of his students, "You have spent a long time with me, what have you learned?

He said I learned eight things:

First, I looked to the creation. Everyone has a loved one. When he goes to the grave, he leaves his loved one. Therefore, I made my loved one my good deeds; that way, they will be with me in the grave.

Second, I looked to the verse, 'But as for him who feared to stand before his Lord and restrained his soul from lust,' and, therefore, I struggled against my desires so I could stay obeying Allah.

Third, I saw that if anyone has something with him that is worth something, he will protect it. Then I thought about the verse, 'That which you have is wasted away; and that which is with Allah remains,' therefore, everything worth something with me I devoted to Him so it would be with Him for me.

Fourth, I saw the people seeking wealth, honor and positions and it was not worth anything to me. Then I thought about Allah's words, 'Lo, the noblest of you in the sight of Allah is the most aware of Allah,' so I did my best to become aware of Allah in order to nobility in his sight.

Fifth, I saw the people being jealous towards each other and I looked at the verse, 'We have apportioned among them their livelihood in the life of the world,' so I left jealousy.

Sixth, I saw the people having enmity and I thought about the verse, 'Lo, the devil is an enemy for you, so take him as an enemy,' so I left enmity and I took the Satan as my only enemy.

Seventh, I saw them debasing themselves in search of sustenance and I thought about the verse, 'And there is not a beast in the earth but the sustenance thereof depends on Allah,' so I kept myself busy with my responsibilities toward Him and I left my property with Him.

Eighth, I found them relying on their business, buildings and health and I thought about the verse, 'And whosoever puts his trust in Allah, He will suffice him,' therefore, I put my trust only on Allah.

Abu Mas'ud 'Uqba ibn 'Amr al-Ansari al-Badri reported that the Messenger of Allah, (PBUH), said, "Anyone who shows the way to something good has the same reward as the person who does it." [Muslim]

E.g. if you encourage someone to go for Salah, or pay Zakat and the person actually goes ahead and prays or pays Zakat, Allah will reward him for the good deeds and at the same time give you (the one that encouraged them to do good) an equal reward as he has given them- without decreasing what he gave them.

So Encourage Other To Do Good And Refrain From Bad Deeds!

Wednesday, October 29, 2008

Didikan Anak-Anak Bermula Denganmu

Ibu tiba-tiba membicarakan tentang didikan anak-anak dengan saya satu pagi. Ketika itu saya sedang membasuh pucuk paku untuk dibuat kerabu. Kata ibu, nanti ketika mengandung, banyakkan makan kurma agar anak yang dilahirkan menjadi seorang penyabar disamping membantu perkembangan otak bayi. Namakan anak-anak dengan nama yang indah dan baik maknanya. Jangan abaikan didikan agama terhadap anak-anak. Saya kaget pada mulanya, kenapa ibu bicara perkara ini dengan saya? Saya tersenyum. Diam. Tidak tahu untuk membalas bicara ibu. Mungkin ibu fikir usia saya kini telah melayakkan saya untuk berbicara dengannya tentang didikan anak-anak. Mungkin saja saya yang fikir diri ini belum cukup dewasa.



Bukan saya hendak buat perbandingan tetapi sekadar menyebut. Sekadar selingan. Anakanda Rasulullah SAW, Zainab menikah ketika berusia 9 tahun dengan Abul Ash ibnu Rabi’ dan Zainab menimang cahaya mata pertamanya. Umamah ketika beruisa 14 tahun. Apakah faktor yang menyumbang kepada kematangan anak-anak gadis bangsa arab pada usia semuda itu sehingga melayakkan mereka bergelar ibu pada usia yang terlalu awal? Mungkin saya lupa, umur hanyalah angka sedang kematangan dan kedewasaan itu suatu perkara yang sangat subjektif dan tidak dapat diukur hanya dengan menggunakan angka.



Pada hakikatnya, sikap anak-anak dibentuk oleh peribadi ibubapanya. Hal ini mengingatkan saya tentang kata-kata yang dirakamkan oleh Sayyid Qutb kepada ayahnya dalam bukunya Masyahid al-Qiyamah fi al-Quran:
“ Wahai ayahku! Kutujukan tulisan ini kepada rohmu. Aku masih kecil ketika engkau menanamkan ke dalam jiwaku rasa takut kepada hari akhirat. Tidak pernah engkau mengherdikku, namun engkau mempamerkan hidupmu di depanku. Hari akhirat menjadi perhitungan dan peringatanmu, dihati dan dilidahmu. Engkau bersungguh menunaikan hak orang keatasmu, namun engkau berlebih kurang dengan hakmu di atas orang lain, kerana takut kepada hari akhirat. Engkau memaafkan kesalahan orang, walaupun engkau mampu membalasnya, lantaran mengharapkan ia menjadi kifarat di akhirat. Engkau selalu mengenepikan keperluanmu agar mendapat ganjaran di Akhirat. Wajahmu terbayang dalam ingatanku, setiap kali kita selesai makan malam, engkau membacakan al-fatihah dan engkau tujukan kepada kedua-dua roh ibubapamu di negeri akhirat. Dan kami anak-anakmu yang kecil turut bersamamu membacanya, terputus di sana sini kerana kami masih belum menghafalnya dengan sempurna.”



Sayyid Qutb bukan sahaja mempunyai ayah yang sangat mengambil berat tentang didikan agama, malah ibunya juga turut digambarkan sebagai seorang yang sangat menyintai Al-Quran dan membudayakannya sehingga membekas dalam diri Sayyid Qutb. Dalam bukunya al-taswir al-Fanni fi Al-Quran,dalam ruangan dedikasi, Sayyid Qutb berbicara tentang ibunya:
Kepadamu wahai ibuku, kutujukan buku ini, ketika desa kita berkumandang dengan bacaan al-quran di rumah kita sepanjang bulan Ramadhan, engkau sungguh-sungguh mendengarnya dari balik tirai. Apabila aku yang duduk di sisimu turut nakal bagaimana anak-anak lain, engkau segera memberi isyarat tegas dan aku segera mengerti, lalu turut bersamamu menghayati alunan bacaannya walaupun aku tidak mengerti maknanya. Ketika aku membesar di dalam belaianmu engkau menghantarku ke sekolah asas di desa. Impian pertamamu padaku ialah agar aku menghafal al-Quran dan dengan anugerah Allah aku menghafalnya serta membacakannya kepadamu setiap masa”



Tidak dapat tidak, untuk mendapatkan anak-anak yang soleh dan solehah, ibubapa perlu terlebih dahulu menjadi soleh-solehah. Ini bertepatan dengan jawapan yang diberikan oleh ibu Imam Syafie apabila ditanya kepadanya bagaimana d ia mendidik anaknya (Imam Syafie). Katanya: ‘aku mendidik anakku 40 tahun sebelum dia dilahirkan.” Apa yang dapat difahami dari penyataan ini, ibu Imam Syafie mendidik dirinya terlebih dahulu untuk menjadi hamba solehah kemudiannya mendidik Imam Syafie.



Mengingatkan hal itu membuatkan saya sedikit gusar. Adakah akhlak dan peribadi saya sudah cukup molek untuk kemudiannya melahirkan generasi yang berakhlak mulia kelak? Moga-moga belum terlambat untuk saya menkoreksi diri dan memperbaiki peribadi yang longgar.

Tuesday, October 28, 2008

Nasionalisme, Negara Bangsa dan kejatuhan khilafah

Cuti semester memang saya nanti-nantikan. Hanya pada waktu cuti-cuti begini sahaja saya punya peluang untuk membaca beberapa buku dan novel yang saya beli dan pinjam dari sahabat-sahabat. (huh macam sibuk sangat). Salah satunya, sebuah buku karya saudara Faisal Tehrani yakni Surat-Surat Perempuan Johor.

Dalam novel ini saya ketemu idea semangat kebangsaan ( nasionalisme) dan negara bangsa. Lebih menarik lagi semangat kebangsaan ini ada hubungkaitnya dengan kejatuhan khilafah Islamiyyah. Inilah sebab utama saya gemar mengulit karya-karya saudara Faisal. Saya peroleh satu perkara baru dari setiap satu karyanya yang saya baca.

Negara (Bahasa Inggeris dan Bahasa Perancis: Nation) adalah salah satu daripada doktrin yang paling berpengaruh dalam sejarah. Ia berdasarkan kepada konsep bahawa semua manusia dibahagikan dalam kumpulan-kumpulan berasingan. Ia adalah dotrin etika dan falsafah dalam sendirinya, dan adalah titik permulaan ideologi nasionalisme. Para rakyat (nationals) adalah ahli "negara" (nation) dan dibezakan dengan satu identiti dan moyang, ibubapa atau warisan yang sama. Identiti nasional adalah merujuk kepada sifat-sifat berlainan satu kumpulan (dari segi paras rupa dll.) dan rasa seseorang individu sebagai ahli kumpulan berkenaan. Kriteria-kriteria yang digunakan adalah banyak sekali, dengan pengaplikasiannya juga berbeza. Perbezaan kecil dalam sebutan satu dialek pun cukup untuk membezakan dan menkatagorikan seseorang sebagai satu ahli negara lain. Pada sebelah satu lagi pula, dua orang mungkin mempunyai berbezaan personaliti, agama, lokasi geografi, masa dan juga bahasa pertuturan, tetapi masih dilihat orang lain serta melihat diri-sendiri mereka sebagai satu ahli negara yang sama. Ahli negara dikatakan mempunyai ciri-ciri dan norma-norma sendiri tertentu, dan tanggungjawab istimewa kepada orang sesama negara. (wikipedia bahasa melayu, ensiklopedia bebas)

Semenjak abad ke-19, ia dianggap telah menjadi sesuatu norma untuk satu negara bangsa mempunyai negara politik berdaulat iaitu negara bangsa. Norma ini menekankan dirinya melalui ideologi nasionalisme, yang mendakwa bahawa setiap bangsa harus mempunyai negara politiknya yang sendiri. Sebelum abad ke-19, adalah susah untuk mencari contoh yang merujuk kepada konsep moden negara bangsa. Para sejarahwan seperti Benedict Anderson atau Eric Hobsbawn telah menunjukkan bahawa dalam fakta, nasionalisme diwujudkan oleh negara bangsa, dan bukan sebaliknya. . (wikipedia bahasa melayu, ensiklopedia bebas)

Tuntasnya, Negara bangsa ialah pembentukan negara berasakan bangsa manakala semangat nasionalisme ialah kesedaran dalam kalangan manusia sebangsa yang mempunyai bahasa dan kebudayaan yang sama.

Andai kesatuan atas nama bangsa ini dibolehkan sudah tentu Rasulullah SAW dulu yang akan mempelopornya. Disebut dalam Sirah (sejarah )bahawa Abu Jahal telahmenawarkan satu pelan kerjasama atau perjanjian yakni baginda Rasulullah SAW tidak akan mengganggu adat ritual orang Arab Jahiliah yang mereka warisi dari nenek moyang mereka. Begitu juga sebaliknya, orang Islam yang mahu beribadat tidak akan dihalang. Namun, Rasulullah memilih untuk berhijrah dan mengenepikan kesatuan atas nama bangsa atau perpaduan atas nama nenek moyang.

Dalam usaha pembentukan Negara Madinah, awal-awal lagi Rasulullah SAW telah mempersaudarakan antara kaum Muhajirin dan Ansar. Sebelum itu, suku Aus dan Khazraj di Madinah yang berseteru, Rasulullah SAW damaikan. Mereka semua disatukan atas satu akidah yang sama.

Tiada bangsa yang lebih mulia di atas bangsa yang lain disisi Allah Taala melainkan ketaqwaan. Bukankah ini yang Allah Taala tegaskan dalam firman dalam Surah Hujurat ayat 13?
“Wahai manusia! Sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, kemudian kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenali. Sesungguhnya, yang paling mulia di antara kamu disisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti.”

Umat Islam beruntung kerana kita punya tali pengikat yang menyatukan kita yakni kalimah syahadah yang kita lafazkan. Selagi umat Islam berpegang utuh pada tali yang satu ini, maka selama itu tiada musuh yang mampu merobohkan benteng kukuh perperpaduan ummah.
Menyoroti sejarah kejatuhan khilafah Islam atau lebih tepat lagi keruntuhan kerajaan Uthmaniyyah pada mac 1924 , hati saya dihambat rasa duka. Antara lain punca keruntuhan empayar agung itu tidak lain kerana semangat kebangsaan yang diperjuangkan kononnya.

“kanda, sungguh dinda berasa cemas dengan bermacam-macam kisah dan khabar mengenai Johor, apatah lagi Turki sekarang dilanda gerakan untuk menggulingkan Uthmaniyyah sama sekali. Baginda Sultan Abdul Hamid sudah ditahan di Istana Beylerbeyi. Inti gerakan melawan kerajaan Uthmaniyyah itu ialah penceraian akan bidang agama dengan bidang hidup sehari-hari serta pemupukan semangat kebangsaan, Arab dengan Arab, Turki dengan Turki dan Busna dengan Busna. Maka orang Kurd yang tiada negeri akan nanar meminta-minta dan menjadi penyakit pula di hari muka. “ petikan ini saya ambil dari novel Surat-Surat Perempuan Johor.

Kita mesti hapuskan apa-apa sahaja yang boleh membawa kepada penyatuan di kalangan umat Islam. Memandangkan kita telah berjaya menghancurkan Khilafah, jadi kita mesti pastikan yang umat Islam tidak akan bersatu kembali, samada secara intelektual atau kebudayaan… Faktanya sekarang adalah bahawa Turki telah mati dan ia tidak akan bangkit lagi, kerana kita telah menghancurkan kekuatan ruhnya (yakni) Khilafah dan Islam - [Lord Curzon, Menteri Luar British, di hadapan House of Commons setelah Perjanjian Lausanne pada 24 Julai 1924].

Kesatuan umat Islam telah berkecai dan persaudaraan mereka telah hancur. Segala ini berlaku setelah jatuhnya Khilafah Uthmaniyyah di mana umat Islam mula disogok dengan kemerdekaan oleh pihak kuffar Barat untuk menubuhkan negara bangsa. Bermula dari saat itu, masing-masing mula berjuang untuk bangsa dan berebut-rebut bersengketa sesama sendiri untuk berkuasa dan mengekalkan kekuasaan, tanpa menghiraukan lagi apa yang terjadi kepada saudara mereka di negara lain. Yang penting, perlu bersyukur dengan keamanan dan kesejahteraan yang dinikmati di negara sendiri. Bangsa lain, negara lain... itu masalah mereka, tidak ada kena mengena dengan kita. Itu masalah dalaman negara mereka dan kita tidak boleh dan tidak perlu campurtangan. Kita berkecuali. Inilah antara kata-kata yang lahir dari sebahagian umat Islam, khususnya pemimpin mereka!

Impaknya, umat Islam kini ditindas sana sini. Ditindas tanpa pembelaan yang sewajarnya. Umat Islam lemah tanpa kesatuan malah lebih malang lagi bermusuh sesama sendiri. Justeru, tidak dapat tidak kita perlu kembali mendirikan khilafah Islam. Hanya itu jalan untuk umat Islam kembali bersatu. Hanya itu laluan terbaik untuk membela umat Islam yang ditindas.

Saturday, October 25, 2008

RFC vs KFC

Semalam saya bersama-sama keluarga berkunjung ke sungai petani semata-mata untuk menikmati salah satu lagi produk terbaru HPA iaitu RADIX FRIED CHICKEN(RFC). Jika dulu kita akan berkunjung ke KFC andai timbul rasa ingin menikmati ayam goreng berempah, kini kita ada pilihan lain yang lebih terjamin halalnya Insyaallah.


Kemunculan RFC ditengah-tengah kemelut kita memboikot barangan keluaran Yahudi memang dinanti-nantikan. Kini kita tidak perlu berputih mata. Andai ingin menjamu selera dengan ayam goreng berserta coslow dan wedges potato, dan dalam masa yang sama mahu hidangan yang lebih terjamin halal serta tidak 'menyakitkan' saudara-saudara kita di Palestin sana, RFC mungkin pilihan bijak. Kemunculan RFC menjadi bukti bahawa kita orang Melayu apatah lagi beragama Islam mampu menghasilkan produk barangan seperti mana bangsa-bangsa lain.


Seharusnya usaha ini disokong dan didokong agar lebih banyak produk halal yang sudah tentunya dihasilkan oleh orang Islam membanjiri pasaran negara dan dunia. Orang ramai yang memenuhi ruang restoran ketika saya berkunjung semalam menjadi bukti bahawa sememangnya umat Islam di negara ini dahagakan barangan dan produk halal. Usaha HPA ini harus dipuji.


Sebut tentang RFC ini teringat saya kepada Mecca Cola yang merupakan minuman ringan berkarbonasi rasa cola yang memang dibuat untuk menyaingi Pepsi Cola mahupun Coca Cola. Mecca Cola hadir setelah Dr. Yusuf Qaradhawi mengeluarkan fatwa boikot pembelian produk Israel dan AS yang jelas-jelas menyumbangkan sebagian keuntungannya untuk Zionis. Mungkin ini jugak tujuan asal RFC diwujudkan.


Mecca-Cola muncul di Perancis, November 2002. Produknya ini terinspirasi dari minuman ringan di Iran, Zam Zam Cola, yang menuai keuntungan yang cukup besar di Arab Saudi dan Bahrain. Menurut keterangan rasminya, Mecca Cola menyumbangkan keuntungannya sebanyak 10 peratus untuk Muslim Palestin dan 10 peratus lagi untuk negara yang menjadi tempat perusahaannya. Mecca Cola juga telah mendirikan Yayasan Sosial Mecca Cola yang telah membantu 3000 pelajar Palestin.

Mecca Cola ini merupakan hasil ciptaan Tawfiq Mathlouti.Mecca-Cola dijual dengan banyaknya di Timur Tengah dan beberapa kawasan di Eropah, Asia dan Afrika. Walaupun produknya berasal atau dicipta di Perancis, syarikatnya atau kilangnya beroperasi di Dubai.



Harapan saya, semoga lebih banyak cawangan RFC akan tumbuh selepas ini. begitu juga produk-produk halal yang lain. Telah tiba masanya kita umat Islam menjadi pengeluar bukan lagi pengguna semata.

Friday, October 24, 2008

Sesungguhnya berjayalah orang-orang beriman...

“Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya.”

Seorang Junior saya membacakan dua ayat pertama dari Surah Al-mukminun pada suatu malam sebaik sahaja selesai solat maghrib berjemaah. Kemudian dihurai secara ringkas ayat ini. Sungguh saya terkesan dengan penjelasannya. Walaupun ringkas tetapi padat ibrahnya.

Daripada dua ayat ini terpapar sifat Allah Yang Maha Adil. Kalau kita perhati dalam Surah ini Allah menerangkan beberapa ciri orang yang berjaya dan beruntung. Saya amat jelas tentang itu. Selalu apabila ditolak sebagai imam sebelas ayat pertama itulah yang selalu saya ulang-ulang baca. Malah sejak dari sekolah menengah lagi saya sudah lancar menghafalnya.

Pada mulanya saya fikir junior saya ini akan menceritakan dari sudut sains mengapa Allah meletakkan khusyuk dalam solat sebagai ciri utama orang berjaya. Tetapi, sangkaan saya menyimpang. Bukan itu yang dia ketengahkan.

“ mengapa agaknya Allah meletakkan khusyuk dalam solat sebagai salah satu syarat untuk menjadi orang berjaya dan beruntung? Mengapa tidak jihad? Mengapa tidak orang berharta, berpangkat ? mengapa tidak orang yang dapat 4.0 flat setiap kali peperiksaan?” Fatimah, junior saya penuh yakin melontar pertanyaan pada para jemaah yang hanya berapa kerat itu. Pandangan saya jatuh tepat pada wajah Fatimah. Sebetulnya saya tidak sabar menanti jawapan meluncur dari mulutnya.

Suasana hening. Cuma bunyi kipas berputar menmenuhi ruang. Tiada sesiapa yang kellihatan mahu mengemukakan atau sekurang-kurangnya cuba menjawab.

“ kerana adilnya Allah, Dia meletakkan khusyuk dalam solat sebagai kayu ukur kejayaan orang-orang beriman,” Fatimah tidak mengambil masa yang lama untuk menjawab sendiri pertanyaan yang dia sendiri lontarkan. Mungkin juga setelah diamati tiada yang berminat untuk bermain teka-teki dengannya.

“Andai Allah meletakkan orang yang turun berjihad sebagai syarat untuk tergolong dalam kelompok berjaya, maka malanglah orang-orang tua, wanita-wanita yang lemah serta kanak-kanak yang tidak berdaya kerana golongan ini tiada upaya untuk turun ke medan jihad. Allah tidak mensyaratkan harta dan pangkat untuk menjadi orang berjaya. Kalau begitulah keadaannya, bagaimana pula dengan golongan yang tidak berharta mahupun berpangkat?"

“Sebaliknya Allah mengiktiraf seseorang yang khusyuk dalam solat sebagai orang yang beruntung kerana Dia tahu semua orang mampu melaksanakan solat tidak kira orang tua atau orang muda, kaya atau miskin, lemah atau kuat. Malah perlaksanaan solat itu sendiri fleksibel. Seseorang boleh menunaikan kewajipan solat secara duduk atau berbaring seandainya dia tidak mampu melaksanakannya dalam keadaan berdiri. Begitu juga seseorang yang musafir. Dia diberi rukshah untuk menghimpunkan antara dua solat. Cumanya untuk mencapai makam khusyuk dalam solat itu memerlukan kepada latihan berterusan dan kesungguhan untuk menikmatinya,” jelas Fatimah.

Saya benar-benar tertarik dengan penerangannya. Tidak pernah terlintas tentang perkara ini dalam fikiran saya. Justeru saya ringankan tangan untuk menulisnya dalam entri ini untuk berkongsi bersama-sama mereka yang mahu membaca.

Dua pengajaran atau ibrah yang saya dapat kutip dari tazkirah ini. Pertama, Allah itu Maha Adil dan penuh dengan sifat kasih sayang. Rahmat Allah melebihi kemurkaan-Nya. Justeru, masih tegarkah kita untuk mengabaikan segala perintah-Nya dan melakukan maksiat di atas bumi-Nya yang kita tumpangi ini?

Kedua, dalam melakukan apa-apa sekalipun, kita mesti lakukan yang terbaik untuk memperoleh hasil yang berkualiti dan bermutu. Lihat sahaja pada ayat kedua Surah Al-Mukminun ini. Allah meletakkan orang yang khusyuk dalam solat sebagai orang yang berjaya. Allah tidak hanya meletakkan orang yang bersolat tetapi mesti disertai khusyuk dalam mengerjakannya. Seperti yang kita sedia maklum, persolan khusyuk ini bukan suatu perkara remeh. tidak sedikit usaha yang dituntut untuk memperoleh khusyuk. Justeru, dapat disimpulkan bahawa dalam ayat ini Allah mengajar agar tidak melakukan sesuatu secara acuh tidak acuh saja sebaliknya perlu diringi kesungguhan dan ketekunan dan Insyaallah hasilnya pasti tidak mengecewakan. Sesungguhnya Allah menyukai sesuatu amalan yang dilakukan oleh hambanya dengan tekun.

Thursday, October 23, 2008

Kedai Buku WM

Kertas peperiksaan terakhir saya jatuh pada 16 haribulan. Begitu juga seorang teman saya. Lalu bersama-sama kami merencana untuk pergi ke MPH di Mid Valley setelah habis peperiksaan nanti.

Awal pagi pada 17 haribulan kami menaiki bas ke sana. Berbunga hati saya. Lama sudah rasanya saya tidak berkunjung premis buku itu.


Susah sebenarnya mencari sahabat yang sanggup menemani saya berjam-jam membelek dan meniliti satu demi satu buku seperti yang saya suka lakukan. Sebab itu, sebelum ini saya lebih gemar berkunjung ke sana seorang diri walaupun agak bimbang jugak sebenarnya akan keselamatan diri.


Mujur saya ketemu Salihah. Kami berkongsi minat yang sama. Malah, kami turut meminati penulis buku yang sama. Apabila bertemu, rancak kami berbual tentang novel-novel mahupun bahan- bahan bacaan lain yang menarik perhatian kami untuk kongsi bersama.


Rupa-rupanya, salihah tidak pernah datang premis buku di Mid Valley ini. Pertama kali berkunjung katanya. Dia jatuh cinta dan mengajak saya untuk berkunjung lagi nanti. Alhamdulillah, selepas ini saya tidak perlu gusar lagi andai saya mahu membeli buku di sini.
“Eh, Cik Mun. tentu kedai buku ini bukan milik orang melayukan?” pertanyaan Salihah menyebabkan saya sedikit tersentak. Saya merenung Salihah. Saya akui kebenaran kata-kata Salihah walaupun saya sendiri tidak pasti siapa pemiliknya.


“ Nak tak, nanti kita sama-sama buka toko buku seperti ini? Wah, seronoknya Cik Mun kalau kita boleh buka sebuah kedai buku sebesar ni,” pada wajahnya terpancar kesungguhan walaupun suaranya bersahaja. Saya seolah-olah dapat menyelami kegembiraan yang dirasai oleh Salihah apabila berdiri ditengah-tengah lautan buku.


“ Boleh. Apa kita nak namakan kedai kita nanti?” saya terus menghangatkan impian Salihah yang juga merupakan impian saya sejak pertama kali berkunjung ke MPH dulu.


“ Ha, apakata kita letak nama WM. W untuk Wan Salihah dan M untuk Munirah,” Salihah mencadangkan penuh semangat. pecah tawa kami berdua. nasib baik tidak begitu ramai orang di tempat kami duduk.


Dalam diam, jauh di sudut hati saya, saya benar-benar berharap impian itu menjadi nyata. Saya berharap untuk memiliki kedai buku sendiri dan menghabiskan masa dengan membaca ( walaupun cita-cita sebenar saya ialah untuk menjadi pensyarah matematik, apa salahnya sambil menyelam minum air!). Oh, alangkah indahnya hidup dalam keadaan itu!


Salihah membeli sebuah novel dan dua buah buku motivasi manakala saya hanya membeli sebuah novel. Kami berlalu dan berharap untuk datang lagi nanti, Insyaallah!

Thursday, October 09, 2008

NAK PUASA ENAM DULU ATAU PUASA GANTI DULU ?

Persoalan ini pasti bermain-main dalam fikiran setiap kali menjelang syawal.Tawaran lumayan yang diberikan Allah untuk berpuasa enam hari dalam bulan syawal hendak direbut. Dalam masa yang sama ada hutang yang wajib dibayar. tak tahu yang mana harus didahulukan. Apabila ditanya kepada sahabat-sahabat, pelbagai jawapan saya terima. Pening jugak dibuatnya. Kebetulan hari ini masa baca suratkhabar di perpustakaan, terbaca artikel ini. tergerak hati untuk kongsi bersama-sama sahabat-sahabat yang mungkin menghadapi masalah yang sama. Apapun selamat menjalankan ibadah puasa enam. Moga masih istiqomah dengan amalan-amalan yang telah dilakukan dalam bulan Ramadhan lalu.

Afdal qada hutang' Ramadan sebelum mulakan puasa enam Syawal
Oleh Dr Abdul Basit Abd Rahman

HUKUM puasa sunat enam Syawal adalah sunat. Puasa sunat enam Syawal paling awal dimulakan pada 2 Syawal kerana 1 Syawal adalah Aidilfitri dan dilarang berpuasa pada hari itu. Abu Hurairah berkata yang bermaksud: "Nabi SAW melarang puasa pada hari Aidilfitri dan Aidiladha." (Hadis sahih al-Bukhari) Syarat dan adab bagi puasa sunat enam Syawal adalah sama seperti puasa wajib Ramadan.
Namun sering kali menjadi perbincangan kalangan ulama bagaimana sewajarnya puasa itu dilaksanakan sama ada secara berturut-turut atau terputus. Pandangan lebih tepat adalah ia boleh dilakukan secara terputus (tidak berturut-turut) asalkan jumlah enam hari dicukupkan sebelum berakhirnya bulan Syawal. Ini kerana apabila Rasulullah SAW menganjurkan puasa sunat enam hari ini, Baginda menyebut bulan Syawal secara umum tanpa memberi ketentuan hari-harinya.
Maka puasa enam boleh dilaksanakan pada mana-mana hari dalam bulan Syawal asalkan bukan pada 1 Syawal dan bukan sesudah berakhir bulan Syawal. Adalah lebih afdal disegerakan pelaksanaan puasa enam Syawal berdasarkan firman Allah yang bermaksud: "Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (ke arah mendapatkan) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang bertakwa." (Surah Ali-Imran, ayat 133)
Selain cara melaksanakannya, timbul juga perbincangan apakah dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal jika mempunyai hutang puasa Ramadan yang belum diqada. Ada dua pendapat ulama dalam masalah ini. Pendapat pertama, boleh melakukannya berdasarkan dalil bahawa Aisyah pernah mengakhirkan hutang puasa Ramadan yang perlu diqada hingga ke bulan Syaaban akan datang. Aisyah berkata: "Aku memiliki hutang puasa bulan Ramadan. Aku tidak mampu mengqadanya kecuali pada bulan Syaaban kerana sibuk (melayani) Rasulullah SAW." (Sahih Muslim)
Ulama yang mengemukakan pendapat pertama berhujah, sudah tentu tidak mungkin isteri Rasulullah SAW, Aisyah tidak melaksanakan puasa sunat enam Syawal. Pasti beliau melaksanakannya dan tindakan beliau mengqada puasa Ramadan pada bulan Syaaban menunjukkan dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal sekali pun seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadan.
Pendapat kedua, tidak boleh melakukannya berdasarkan hadis yang menganjurkan puasa sunat enam Syawal itu sendiri yang dikemukakan di awal risalah ini. Hadis itu berbunyi: "Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun." Rasulullah SAW mensyaratkan berpuasa Ramadan terlebih dulu, kemudian barulah mengiringinya dengan enam hari dalam bulan Syawal. Ini menunjukkan puasa sunat enam Syawal hanya dilaksanakan sesudah seseorang itu menggenapkan puasa Ramadan. Jika ada puasa Ramadan ditinggalkan, ia perlu diqada terlebih dulu barulah diiringi dengan puasa sunat enam Syawal.
Jika diperhatikan secara teliti, pendapat yang kedua lebih rajih (kuat) kerana menepati dalil puasa sunat enam Syawal itu sendiri. Selain itu, membayar hutang yang wajib hendaklah didahulukan daripada memberi sedekah yang sunat.
Namun, jika seorang itu tidak berkesempatan (disebabkan keuzuran) untuk melakukan qada kemudian berpuasa enam dan dia berkeyakinan akan sempat mengqadakan sebelum Ramadan tahun berikutnya, maka pendapat pertama boleh diterima berdasarkan apa yang dilakukan Aisyah. Menurut Imam An-Nawawi, Mazhab Malik, Abu Hanifah, Asy-Syafie, Ahmad dan jumhur salaf dan khalaf mengatakan: "Qada puasa Ramadan bagi mereka yang berbuka kerana uzur seperti kedatangan haid dan musafir, maka kewajipan mengqada adalah secara bertangguh, tidak disyaratkan qada terus apabila boleh melakukannya."
Menurut Al-Khatib Asy-Syarbini: "Sesiapa yang tertinggal puasa Ramadan, sunat dia mengqadakannya secara berturut-turut dan makruh bagi orang yang ada qada Ramadan melakukan puasa sunat."
Sementara pendapat menggabungkan puasa qada dan puasa enam dan akan diberi ganjaran kedua-dua pahala dengan puasa yang satu, berlaku khilaf di kalangan ulama, sebahagiannya berpendapat tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan puasa fardu lain atau dengan puasa sunat lain. Jika dilakukan maka puasanya itu tidak sah, tidak bagi yang fardu dan sunat. Ada kalangan ulama Syafi'iyyah berpendapat bahawa ganjaran puasa enam tetap akan diperoleh apabila seseorang berpuasa qada sekalipun ia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya, namun pahala yang diperoleh kurang daripada seorang yang berpuasa kedua-duanya secara berasingan.
Selepas dikaji, pandangan ulama yang membolehkan puasa dua dalam satu ini, tidak bersandarkan mana-mana dalil al-Quran dan al-Sunnah. Oleh itu, lakukanlah dua ibadat puasa ini (fardu dan sunat) secara berasingan, kerana sebagai hamba yang tunduk kepada Allah, memperbanyakkan amalan taqarrub dengan memisahkan di antara yang wajib dengan sunat lebih menunjukkan kesungguhan diri mencari keredaan Tuhannya. Amalan sunat adalah sebagai penampal kepada kekurangan dalam amalan fardu. Sempurnakan dulu qada beberapa hari yang tertinggal, kerana kita tidak tahu apakah hayat dan kesihatan yang ada akan berterusan sehingga kita dapat menunaikannya di masa depan.
Bagi orang yang tidak sempat melakukan puasa sunat kerana sibuk dengan puasa wajib, diharapkan Allah akan memberi ganjaran berdasarkan niat dan azamnya. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Apabila seorang hamba Allah sakit atau musafir (beliau tidak dapat melakukan amalan yang biasa dilakukannya) maka dituliskan baginya pahala seperti amalan yang biasa dilakukannya sewaktu tidak bermusafir dan sewaktu sihat." (Sahih Al-Bukhari)
ambilan dari BERITA HARIAN 9 0KTOBER 2008

Saturday, September 27, 2008

zwani.com myspace graphic comments
Islam Graphic Comments

Ramadhan bakal pergi meniggalkan kita tidak berapa lama lagi. Rasa begitu sekejap bulan mulia ini bertandang. pada hari-hari terakhir Ramadhan yang masih berbaki ini, marilah kita sama-sama bermuhasabah, apakah kita telah memanfaatkan sepenuhnya Ramadhan kali untuk untuk mentarbiyyahan dan membentuk peribadi yang lebih baik. Atau Ramadhan kali ini sama saja seperti yang lepas-lepas. Datang tidak disambut, pergi tidak ditangisi!

SALAM AIDILFITRI BUAT SEMUA!

Thursday, September 25, 2008

Hamba Tuhan Yang Maha Pengasih...



Entah kenapa, saya begitu tertarik dengan tajuk Al-Ibadah ketika belajar tentang tajuk ini dalam kelas BTQ beberapa ketika dulu. Bahagian yang paling menarik saya rasakan ialah ciri-ciri ‘Ibadurrahman. Hati saya berbunga ketika ustazah mengupas maksud ayat 63 hingga 74 Surah Al-Furqan ini. Melalui surah ini juga, Allah ilhamkan saya untuk menamakan blog ini sebagai QAMAR MUNEERA. Malah saya suka frasa ini untuk dijadikan nama pena saya. Tapi bukan ini yang hendak saya perkatakan dalam entri kali ini. Tapi tentang ciri-ciri ’Ibadurahman tadi.

Adapun hamba-hamba tuhan Yang Pengasih itu adalah orang-orang yang berjalan di bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka dengan kata-kata yang menghina, mereka mengucapkan salam.Dan orang-orang yang menghabiskan waktu malam untuk beribadah kepada tuhan mereka dengan bersujud dan berdiri. Dan orang-orang yang berkata “ Ya tuhan kami, jauhkanlah kami kerana sesungguhnya azabnya itu membuat kebinasaan yang kekal,”. Sesungguhnya Jahanam itu seburuk-buruk tempat menetap dan tempat kediaman. Dan (termasuk hamba-hamba tuhan Yang Maha Pengasih) orang-orang yang apabila menginfakkan harta, mereka tidak berlebihan, dan tidak pula kikir, di antara keduanya secara wajar. Dan orang-orang yang tidak mempersekutukan Allah dengan sembahan lain dan tidak membunuh orang yang diharamkan Allah kecuali dengan alasan yang benar, dan tidak berzina, dan barangsiapa melakukan deikian itu, nescaya dia mendapat hukuman yang berat. Yakni akan dilipatgandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal dalam azab itu dalam keadaan terhina. Kecuali orang-orang yang bertaubat dan beriman dan mengerjakan kebajikan, maka kejahatan mereka digantikan dengan Allah dengan kebaikan. Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang. Dan barangsiapa yang bertaubat dan mengerjakan amal kebajikan, maka sesungguhnya dia bertaubat kepada Allah dengan taubat yang sebenart-benarnya. Dan orang yang tidak memberikan kesaksian palsu dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang ynag mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah, mereka berlalu dengan menjaga kehormatan dirinya. Dan orang-orang yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat tuhan mereka, mereka tidak bersikap \sebagai orang-orang yang tuli dan buta. Dan orang-orang yang berkata “ Ya tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa”.

Daripada ayat di atas, terdapat sepuluh ciri-ciri hamba tuhan yang Maha Pengasih (‘Ibadurrahman). Ini membuktikan bertapa prihatinnya Allah terhadap hamba-hambanya.

Allah tidak meninggalkan manusia terkontang-kanting di atas muka bumi ini melainkan disertakannya garis panduan dan pedoman. Dalam ciri-ciri ‘Ibadurrahman yang dinyatakan, jelas seimbang antara hubungan kita dengan Allah (Hablumminallah) dan hubungan kita dengan sesama manusia (Hamlumminannas). Contohnya, Allah taala menganjurkan kita untuk membalas perkataan hina orang-orang jahil dengan ucapan salam atau dalam erti kata yang lain dengan perkataan yang baik bukan membalas kembali segala kejian yang telah dilemparkan. Di sini kita dapat membina perhubungan yang baik sesama manusia itu sendiri. Hal ini diaplikasikan oleh Rasulullah SAW sepenuhnya dalam kehidupan baginda. Kita dapat lihat bagaimana baginda SAW bersabar melayan kerenah seorang lelaki yahudi tua yang buta. Setiap hari Rasulullah SAW menyuapkan makanan kepada lelaki ini. Pada masa yang sama lelaki ini akan terus-terusan mengutuk Rasulullah SAW tanpa disedarinya yang menyuapkan makanan kepadanya setiap hari adalah insan mulia itu. Sehinggalah baginda Rasulullah SAW wafat dan Saidina Abu Bakar mengambil alih tugas Rasulullah SAW untuk menyuap makanan kepada lelaki ini. Seperti biasa sambil Abu Bakar menyuapkan makanan ke mulut lelaki itu, lelaki itu tidak berhenti-henti mengutuk Rasulullah. Dalam pada masa yang sama dia sedar orang yang sedang menyuapkan makanan kepadanya bukanlah orang yang biasa melakukan hal demikian sebelum ini kerana biasanya Rasulullah SAW akan menghaluskan makanan itu sebelum menyuapkan ke dalam mulutnya. Lalu Abu Bakar sambil menangis menyatakan orang yang selalu menyuap lelaki itu sebelum ini adalah Orang yang sedang dikutuknya dan ketika itu orang itu telah wafat. Maka Lelaki itu masuk Islam lantaran ketinggian peribadi Rasulullah SAW. Alangkah indahnya peribadi ‘Ibadurrahman ini!

Di samping itu Allah taala menyarankan kita berbelanja dengan besederhana yakni tidak lokek dalam memberi namun tidak pula sampai berlebihan bersedekah sehingga kita sendiri pula terpaksa mengemis selepas itu.


Untuk meningkatkan tahap hubungan kita dengan Allah, kita disarankan bangun di sebahagian malam untuk bertahajjud kepada Allah.

Alangkah cantik dan moleknya ciri-ciri ‘Ibadurrahman ini. Andai orang Islam mampu mempraktikkan semua sikap yang dianjurkan ini, maka makmurlah dunia, bahagialah kehidupan kita sehari-hari.


Tetapi hal itu tidak berlaku walhal majoriti umat Islam membaca Al-Quran setiap hari. Mungkin ada sebahagian daripada kita menghafal lumat ayat-ayat suci ini. Namun di sana tiadanya nilai penghayatan yang akan membawa kepada kepada pengamalan. Saya tidak perlu melihat jauh. Diri ini sudah cukup untuk menjadi contoh. Masih banyak ilmu-ilmu berkaitan al-Quran yang masih saya tidak tahu apatah lagi tafsir-tafsir tersirat disebalik ayat-ayat Allah ini. Syukur kepada Allah kerana membuka mata hati saya untuk menyedari hal ini setelah sekian lama lena dan sedap berada di zon selesa.


Moga ini menjadi titik permulaan pencarian saya terhadap al-Quran yang semakin hilang ditelan kesibukan diri mengejar cita-cita dan impian!

Saturday, September 06, 2008

KUN RABBANIYYAN WALA TAKUN RAMADHANIYYAN

Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran kita lafazkan buat Ilahi kerana dengan ramat dan kasih sayang-Nya hingga saat dan detik ini kita masih diberikan peluang untuk bernafas dan yang lebih bermakna lagi kita diberikan kesempatan berada dalam bulan mulia ini yakni Ramadhan. Seharus dan sewajibnya Ramadhan ini dimanfaatkan, dihargai dan dihayati kerna kita tidak pasti Ramadhan akan datang akan mampu kita jejaki atau sebaliknya. Ajal sentiasa mengintai kita biar di mana pun kita berada.

Alhamdulillah, dengan izin-Nya saya diberi peluang oleh Allah untuk menghadiri ceramah atau tazkirah yang diberikan oleh Ustaz Muhadir beberapa hari lepas. Cantik sekali tajuknya. " Kun Rabaniyyan wala takun Ramadhaniyyan".

Tajuk ini kena pada batang hidung saya sendiri dan ( maaf sebut) mungkin kebanyakan umat Islam di luar sana.




Bulan ramadhan dikatakan sebagai bulan pesta beribadah. Ramadhan juga dkatakan sebagai madrasah untuk membentuk peribadi muslim sejati. Dalam bulan ini masjid-masjid dan surau-surau pada malam hari penuh dan meriah dengan pelbagai lapisan masyarakat terutamanya awal-awal ramadhan ini. Tidak cukup dengan berpuasa pada siang hari, kita tambah dengan qiamullail di sepertiga malam. Berjuzuk-juzuk Al-Quran kita baca dalam sehari-hari. Sadaqah tidak henti-henti dihulurkan. Zikir sentiasa basah dibibir.




Mereka-mereka yang jarang-jarang solat fardhu sehari-hari pun turut berkunjung ke masjid untuk bertaraweh. Alhamdulillah.
Namun apabila berlalunya ramadhan, amalan -amalan ini turut berlalu. Seolah-olah ibadah ini hanya valid dalam bulan Ramadhan.



Menjelang satu syawal kita kembali seperti sediakala. Kita kembali kepada tabiat sebelum tiba Ramadhan. Yang jarang-jarang solat fardhu, kembali jarang-jarang bersolat. Al-Quran diletakkan kembali di tempat paling tinggi misalnya di atas almari dan tidak disentuh-sentuh lagi. Jadilah al-Quran itu suci dalam debu. Masjid-masjid dan surau kemblai lengang.




Mengapa hal ini berlaku? Adakah sebulan itu tidak cukup untuk kita membentuk tabiat baru dan mengikis terus peribadi mazmumah?Di manakah silapnya?



Jawapannya ada pada diri kita masing-masing. Andai kita jadi hamba pada Ramadhan maka inilah natijah yang kita akan perolah usainya Ramadhan. Tetapi, jika kita menjadi hamba Allah, biar di bulan apa sekalipun kita berada, kita akan tetap istiqamah dengan amalan-amalan kita.

Saya petik, kata-kata Ustaz Muhadir, " Jika kamu menyembah atau menjadi hamba kepada bulan Ramdhan, ingatlah Ramadhan itu datang dan pergi, tetapi andai kamu menjadi hamba Allah, Allah itu tetap ada dan terus ada walau di mana kita berada,"

Friday, August 08, 2008

Lambaian Kaabah



Telah lama rasanya tidak menulis. Sibuk sikit sejak akhir-akhir ini. Walaupun contact hour sikit, tetap sibuk. Entah lah sibuk dengan apa. Ketika ini saya sedang cuti mid break. Jadi ada sedikit ruang yang dapat diluangkan untuk menulis dalam entri ini.


Beberapa hari lepas saya ada mendengar siaran radio IKIM. Kalau tidak silap pagi Selasa lepas. Topik perbualan atau perbincangan hari itu benar-benar menarik minat saya. Tentang menerjakan haji dalam usia muda. Sejak belakangan ini pun saya selalu berbincang tentang perkara ini bersama-sama sahabat-sahabat dan keluarga.


Ibadah haji menunutut kudrat yang tidak sedikit. Kita menggunakan banyak tenaga ketika mahu melaksanakannya. Jika diteliti, majoriti rakyat Malaysia pergi menunaikan haji ketika usia sudah lanjut. Hal ini mungkin didorong oleh faktor kewangan yang tidak mencukupi ketika usia muda.
Justeru, ada satu skim pinjaman duit kepada mereka yang berminat mengerjakan haji tetapi tidak berduit dalam usaha menggalakkan rakyat Malaysia mengerjakan haji dalam usia muda. Ada beberapa pemanggil yang memberikan pendapat. Salah seorangnya ( saya tidak ingat namanya) menabung sejak kali pertama dia bekerja iaitu ketika dia berusia 18 tahun. Akhirnya pada usia 52 tahun dia berjaya pergi menunaikan haji. Alangkah bersungguh-sungguhnya insan ini!

Amalan menabung ini telah diterapkan dalam masyarakat kita sejak kecil . Teringat pesan ibu ketika saya kecil
“ kakak kena simpan duit, nanti nak sambung belajar tinggi-tinggi senang. Kalau susah-susah nanti boleh pakai duit tu.”

Malah kerap kali ditayangkan iklan-iklan menggalakkan anak-anak kecil menabung waktu saya kecil dulu. Ini memang budaya yang cantik dan perlu terus disuburkan.
Mungkin kini kita boleh menambah dalam dialog-dialog kita bersama-sama adik-adik atau pada anak-anak di rumah pentingnya menabung ketika kecil agar kelak dapat kita pergi menunaikan haji dalam usia muda.

Justeru, saya menyeru diri saya sendiri serta sahabat-sahabat yang membaca entri ini, marilah sama-sama kita menabung bermula saat ini bagi mereka yang masih belum mula menabung. Jadikan ibadah menunuaikan haji antara cita-cita terbesar kita di samping cita-cita kita yang lain seperti mahu menjadi doktor, jurutera, pensyarah, ahli farmasi dan sebagainya.

Keratan Akhbar

'Qardhul Hasan' untuk golongan muda tunai haji

KUALA LUMPUR 17 Julai - Seorang anggota Dewan Negara hari ini menyarankan Lembaga Tabung Haji (TH) dan institusi kewangan Islam memberi pinjaman tanpa faedah mengikut kaedah "Qardhul Hasan" untuk golongan muda menunaikan fardu haji.
Senator Mumtaz Md. Nawi berkata, pinjaman itu wajar diberi kepada umat Islam yang layak sebagai usaha menggalakkan mereka menunaikan haji atau umrah pada usia masih muda.
"Sekiranya mereka dibenarkan untuk meminjam 40 peratus daripada pendapatan untuk membiayai kos melancong ke luar negara, membiayai rumah dan kereta mewah, jadi amat wajar pihak institusi kewangan Islam dan swasta membiayai sebahagian atau sepenuhnya kos umrah atau haji ini," katanya.
Qardhul Hasan ialah satu kaedah yang mensyaratkan peminjam hanya perlu membayar balik wang dipinjam tanpa sebarang faedah atau riba.
Beliau mengemukakan cadangan itu ketika membahaskan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) hari ini.
"Masalahnya, rakyat kita akan menabung dan mendaftar haji di TH setelah berusia lanjut.
"Ini akan memberi kesan ketika menunaikan haji kerana ibadah itu memerlukan stamina yang kuat dan akan menyukarkan mereka yang usia lanjut berbanding jika menunaikan haji semasa muda," kata Mumtaz.
Selain itu, katanya bagi pendeposit dan pendaftaran haji pada tahun ini, mereka hanya layak menunaikan haji pada 2021.
Senator itu juga mencadangkan diwujudkan program bagi memastikan semua kakitangan awam dan swasta menjunjung tinggi suruhan agama dengan mengutamakan solat lima waktu.
"Ini ialah serampang tiga mata kepada negara kerana ia dapat mendisiplinkan individu, melahirkan kakitangan yang komited serta amanah kepada kerja dan Tuhan," kata Mumtaz.
Persidangan bersambung Isnin depan.
- Bernama ( Utusan Malaysia )


Tabung Haji disaran beri pinjaman mengikut kaedah "Qardhul Hassan" kepada golongan muda tunai haji

17/07/2008 9:38pm

KUALA LUMPUR 17 Julai — Seorang senator hari ini menyaran Lembaga Tabung Haji (TH) dan insitusi-institusi kewangan Islam memberikan pinjaman tanpa faedah mengikut kaedah “Qardhul Hasan” kepada golongan muda untuk menunaikan fardhu haji ke tanah suci.
Senator Mumtaz Md Nawi berkata, pinjaman itu wajar diberikan kepada umat Islam yang layak sebagai usaha menggalakkan mereka menunaikan haji atau umrah semasa usia masih muda.
“Sekiranya mereka dibenarkan untuk meminjam 40 peratus daripada pendapatan mereka untuk membiayai kos melancong ke luar negara, membiayai rumah dan kereta mewah, jadi amat wajar agar pihak institusi kewangan Islam dan pihak swasta membiayai sebahagian atau sepenuhnya kos umrah atau haji ini,” katanya.
Kaedah Qardhul Hasan merupakan satu kaedah di mana peminjam hanya perlu membayar balik wang dipinjamnya tanpa sebarang faedah atau riba.
Beliau mengemukakan cadangan itu ketika membahaskan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) pada persidangan Dewan Negara di sini.
“Masalahnya rakyat kita akan menabung dan mendaftar haji di TH setelah berusia lanjut.
“Ini akan memberikan kesan ketika menunaikan haji kerana ibadah itu memerlukan stamina yang kuat dan akan menyukarkan mereka yang telah berusia berbanding jika menunaikan haji semasa muda,” kata Mumtaz.
Selain itu, katanya bagi pendeposit dan pendaftaran haji pada tahun ini, mereka hanya layak menunaikan haji pada 2021. - Bernama ( Utusan Malaysia )

Monday, June 30, 2008

Sirah Ini Ibrah

Jika Zaid bin Harithah gugur

Jaafar bin Abi Thalib galang gantinya

Andai Jaafar tumbang

Mara ke hadapan Abdullah bin Rawahah

Berganti-gantilah kalian memimpin angkatan perang

Sabda baginda junjungan

Dalam gegak gempita Ghazwah Mu’tah.



Panji bertukar tangan

Saat Zaid hampir terkorban

‘Al-Tayyar’ menyambut gagah

Dipangkas tangan kanan

Tangan kiri menyambar

Biar putus keduanya

Dalam pelukkan panji dipaut.



Abdullah pantas menggapai

Panji bendera amanah

Dalam atma hanya dua

Menang atau syahid

Gugur ibn Rawahah dipilih ‘Saifullah’

Saff diatur strategi disusun

Berundur musuh dihinggap gerun.



Ini sirah anak muda lampau

Berjuang tidak kenal lelah

Megah mereka merebut Jannah

Berjihad demi kelangsungan dakwah

Biar gugur dan bertumpah darah.



Sirah ini ibrah

sebagai tazkirah

Buat kita

Anak muda abad ini.

Saturday, June 28, 2008

Teladan Dari Burung


Ketika api sedang marak menyala untuk membakar tubuh suci Nabi Ibrahim A.S, kelihatan seekor burung kecil tekun berulang-alik antara nyalaan api menggunung itu dan satu tempat lain. Burung kecil itu sibuk amat. Tidak terpancar rasa putus asa walau sedikit. Letih pun tidak. Apa yang dilakukan oleh burung kecil ini?

Rupa-rupanya burung itu sedang mengangkut air dengan paruhnya yang kecil. Tetapi untuk apa?

Untuk memadamkan api yang sedang menggila menjilat batang tubuh nabi Allah Ibrahim. Hasilnya pasti sia-sia tidak berlaba. Mana mungkin air yang dibawa menggunakan paruh burung kecil ini mampu menundukkan marak api itu.

“Sungguh sia-sia uasahamu wahai burung kecil. Kau tidak akan dapat memadamkan api itu. Tidak sama sekali,”

Burung kecil itu tidak peduli. Dengan tenang dia menjawab.

“ Aku tahu aku tidak mampu memadamkan api ini, tetapi sekurang-kurangnya aku punya hujah apabila berhadapan dengan Allah kelak jika ditanya apa usahaku untuk membantu Nabi Allah Ibrahim yang berada dalam kesusahan,”

Begitulah, bertapa burung kecil itu sedar akan tanggungjawabnya. Bertapa burung kecil itu takut akan bicara di padang mahsyar oleh hakim paling agung.

Apatah lagi kita yang telah melafazkan dua kalimah syahadah ini. Bukan sahaja dikurniakan dengan dua nikmat terbesar yakni iman dan Islam, bahkan kita dikurniakan dengan nikmat akal untuk berfikir. Kita makhluk istimewa antara ciptaan-ciptaan Yang Esa.

Kita dihidupkan oleh Allah dengan tujuan dan matlamat tertentu yakni untuk beribadah kepada-Nya. Sepertimana firman-Nya dalam surah Az-Zariyat ayat ke lima puluh enam yang bermaksud “ Tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku”. Allah menyatakan bahawa manusia diciptakan sebagai khalifah dalam surah A-Baqarah ayat ke tiga puluh yang bermaksud “ Dan ingatlah ketika tuhanmu berfirman kepada para malaikat, Aku hendak menjadikan khalifah di muka bumi…”. Oleh itu, harus diingati, kita tidak dijadikan untuk perkara yang sia-sia melainkan terpikul satu beban dan amanah dibahu masing-masing.

Solat, puasa, zakat dan menunaikan haji merupakan sebahagian taklifat yang telah dipertanggungjawabkan kepada setiap individu yang nengucapkan kalimah syahadah. Namun, adakah itu sahaja tanggungjawab kita?
Tentu sekali tidak. Allah menjadikan manusia terdiri daripada pelbagai kerenah dan keadaan. Ada yang baik. Ada yang jahat. Justeru, usaha islah dan dakwah perlu dimainkan. Bagi mereka yang dicampakkan hidayah dan diberi kelebihan ilmu oleh Allah, mereka perlu membimbing manusia-manusia lain yang masih samar jalan menuju keredaan Ilahi. Tidak patut mereka hanya berdiam diri, beruzlah mengasingkan diri sedang banyak lagi manusia menagih bimbingan golongan ini.

Usaha islah dan dakwah bukan suatu perkara yang mudah. Kepada mereka tidak dibentangkan permaidani merah mahupun hamparan baldu. Sebaliknya jalan-jalan yang dilalui penuh kaca dan paku serta berliku. Kalau tersalah langkah boleh membawa padah pada diri sendiri. Kesan atau hasil usaha dakwah yang dilaksanakan kadang-kadang mengecewakan dan tidak seperti yang diharapkan.Kerja-kerja yang dilakukan di jalan ini juga tidak dibayar, kita yang perlu membayar malah!
Kesampingkan semua itu. Paling penting, kita mengorak langkah melaksanakan usaha dakwah dan islah walaupun kecil dan sedikit. Biar sekadar sebaris ayat mahupun sepatah kata. Usaha yang kita rasa kecil Dia lihat besar. Usaha yang kita rasa besar, tetapi Dia lihat kecil. Penilaian tuhan, siapa tahu. Jadikan usaha burung kecil itu sebagai teladan. Biar kecil tapi berjiwa besar. Jangan besar tapi berjiwa kecil!

Tuesday, June 10, 2008

Apabila Memiliki Terkadang Tidak Kita Hargai

Pada awal bulan Mei saya dikejutkan dengan berita pemergian tok su. Tidak disangka-sangka pada pengakhiran bulan itu, kakak arwah tok su yakni nenek saya dijemput Ilahi. Saya rasa terkilan amat. Pagi Jumaat 30 Mei nenek membebel seperti biasa kerana saya tidak bersiap lagi sedangkan saya akan naik bas 9.30 pagi. Ayah yang pergi menghantar ibu bekerja juga tidak pulang lagi sedangkan jam menghampiri pukul 8.45 pagi. Perjalanan dari rumah saya ke stesen bus mengambil masa dalam setengah jam. Sebelum bertolak, saya bersalam dan mencium pipi nenek seperti kebiasaannya apabila saya mahu pulang ke kampus. Tidak saya sangka pada pagi esoknya saya akan mencium pipi nenek yang tidak lagi bernyawa. Setepatnya saya pulang bukan kerana semester baru sudah bermula tetapi saya dipanggil untuk menjadi committee Taaruf Week. Sebaik saja saya selesai menunaikan solat asar di bilik ( masa itu saya sudah sampai di Kampus), adik saya telefon memaklumkan pemergian nenek. Saya meraung sekuat hati. Petang itu juga saya pulang semula ke rumah. Sepanjang cuti semester ini saya berada bersamanya. Saya tinggal dengan nenek sejak saya lahir. Saya rasa terkilan sebab saya banyak menyakitkan hatinya. Rasanya hari-hari terakhir nenek bersama saya, dia tidak gembira dan kesunyian. Kenangan bersamanya berputar dalam kotak memori. Apabila terpandang tempat tidurnya saya terkenangkan dia. Saya rasa bersalah. Petang Khamis sebelum saya pulang nenek kelihatan sedih apabila saya beritahu mahu pulang awal ke kampus. Selalu nenek minta temankan dia kerana dia sunyi lantaran saya gemar berada dalam bilik. Ucapan itu diulang acapkali dan setiap kali itu pasti saya merungut kerana merasakan nenek menganggu kerja saya. Maafkan segala kekasaran dan tingkah biadap saya nenek. Saya rasa kehilangan kini. Terasa sekali kehilangan. Setelah nenek pergi saya selalu rindukannya tetapi sewaktu dia masih hidup jarang-jarang saya temankan dia berbicara. Begitulah lumrah manusia. Apabila memiliki jarang kita menghargai. Apabila hilang baru kita menyesal dan mencari. Selepas ini tiada lagi kedengaran nenek memanggil saya. Tiada lagi petua-petua kesihatan menerjah ruang pendengaran. Tiada lagi dendangan syair berkumandang. Saya pasti merindukan semua itu. Moga nenek bahagia di sana. Saya coretkan tentang perkara ini dalam entri kali ini kerana saya sangat rindukan nenek sehingga ke saat ini. Maafkan saya nenek andai saya tidak dapat menceriakan dan membahagiakan hari-hari tuamu sebagaimana nenek cuba membahagiakan hari-hari kecil saya….