Monday, October 10, 2011

Ceritera Bulan Madu


Bismillahiwalhamdulillah...

Alhamdulillah, hari ini genap sebulan rumahtangga yang telah dibina oleh saya dan suami. Tidak sangka rupa-rupanya baru sebulan kami bernikah. Banyak perkara yang telah kami lalui bersama membuatkan saya rasa seolah-olah kami telah lama bernikah. Subhanallah.

Dua minggu di Malaysia selepas walimah kami isi dengan menziarahi kaum keluarga. Sungguh, pernikahan itu bukan saja menyatukan antara dua jiwa yakni aeorang lelaki dan seorang perempuan tetapi sebenarnya menyatukan nataa dua buah keluarga.

29 September kami pulang ke Mesir. Saar yang amat-amat dinanti. Kerinduan kepada bumi anbiya tidak tertangung lagi. Rindu sangat akan taman-taman ilmu yang subur di sini.

Kelas saya pada mulanya dijadualkan bermula pada 8 Oktober. Jadi ketika sampai di Mesir saya dan suami berkira-kira untuk menyelesaikan urusan rumah dan perpindahan dengan segera agar nanti apabila masing-masing sudah mula berkuliah tidak perlu lagi bimbang akan urusan rumah.

Alhamdulillah, sahabat-sahabat di Zagazig telah membantu mencarikan rumah untuk kami lebih awal sebelum kami pulang ke Mesir.

Dalam pada masa yang sama saya juga terlibat dalam program STARGEt adik-adik baru.

Jadi, ketika itu tidak terfikir untuk berjalan-jalan berbulan madu di Mesir.

Namun, saat-saat akhir saya dikhabarkan kuliah akan bermula seminggu lewat dari tarikh yang dijangkakan. Mula-mulanya sedih juga, sebab dah semanagat sangat nak pergi kelas,

Peluang seminggu becuti itu kami manfaatkan dengan menziarahi makam-makan para aulia.

Bermula dengan makan Syeikh Sidi ahmad Badawi di Tanta. Suami yang ketika itu mahu mengambil barang-barang di sebuah kilang di Tanta untuk dijual di Malaysia. Jadi kami langsung menziarahi makam ulama berkenaan.

Kemudian kami menghabiskan masa beberapa hari di Kaherah. Suami membawa saya menziarahi makam-makanm yang terdapat di sekitar Kaherah antaranya Makam Saidina Hussin, Imam Syafie, Imam Baqi'.

Menziarahi makam adalah agenda awal dalam perjalanan bulan madu kami.

"Abang tak pernah pergi Sinai juga. Sebab nak tunggu untuk pergi dengan isteri," ujar suami ketika saya memaklumkan saya belum pergi ke Sinai. Dulu, sewaktu melihat iklan jaulah ke Sinai, Dumyat dan macam-macam lagi saya bisik ke dalam hati saya mahu pergi dengan suami.
Rupa-rupanya suami juga menyimpan cita-cita yang sama walau kami tidakpernah berkenalan sebelumnya.

"Nanti abang bawa munirah ke Dumyat dan banyak tempat lagi. Paling penting abang nak bawa munira menunuaikan umrah insya-Allah kalu ada rezeki tahun depan," janji suami.

Suami kerap membawa saya menghadiri majlis-majlis talaqi juga dalam tempoh ini. Serasa bulan madu yang paling manis adalah saat bersama-sama suami menadah kitab dengan syeikh-syeikh muktabar.

"Lepas ni, munirah tumpu pada pelajaran. Biar abang yang kutip mutiara-mutiara yang ada di Mesir ini . Nanti abang persembahkan buat munirah di rumah," ujar suami ketika saya meluahkan rasa ingin mengikut kelas-kelas talaqqi yang selalu dihadiri suami.

Pada mulanya saya sedikit kecewa namun apabila difikir-fikirka perkara itu ada betulnya. Tambahan saya tidak begitu menguasai bahasa Arab dengan baik lagi.


Perjalanan bulan madu kami masih panjang. Lima tahun berbaki di bumi anbiya ini adalah hadiah bulan madu yang terisitimewa. semoga kami mampu memanfaatkan peluang ini sebaik-baiknya.

Friday, October 07, 2011

NUR DI HATINYA

Bismillahiwalhamdulillah...

Syukur ke hadrat Ialhi kerana akhrinya novel ketiga saya ini berjaya diterbitkan dan kini berada di pasaran. Jangan lupa mendapatkannya!

Penerbit : ALAF 21
Harga : 19.90


sinopsis:
“Kau pembunuh, Udin! Kau pembunuh!” Kalimah yang terbit di bibir Siti Sarah, kakak kepada Saifuddin itu terus terngiang-ngiang di indera dengar anak muda itu. Kerana kata-kata itu juga, dia membawa diri ke sebuah daerah di Indonesia. Dia berpaut pada kasih dan ehsan seorang murabbi, Kiai Hasan. Ketika itulah dia mengenal manisnya al-Quran.
Beberapa tahun berlalu, dia kembali ke kampung halaman dengan izin Kiai Hasan yang sudah dianggap seperti bapanya. Dia pulang bukan lagi sebagai seorang penagih dadah, sebaliknya menggalas satu harapan, iaitu menunaikan hajat arwah ayahnya yang tidak kesampaian. Namun jauh di sudut hati, dia tertanya-tanya, sudahkah Siti Sarah mengampunkan dosanya?
Di kampung, Saifuddin berusaha mengumpul dana untuk membina pusat pengajian al-Quran untuk golongan warga emas. Dalam diam Siti Zulaikha, majikannya memuji kegigihan lelaki itu untuk menegakkan tiang agama.
Panas tidak sampai ke petang. Saifuddin disahkan doktor menghidap barah perut. Tanpa diduga, Siti Zulaikha menghulurkan kasih kepada Saifuddin. Mampukah Saifuddin menyambut salam kasih wanita itu? Hakikatnya, dia turut menyukai wanita itu, tetapi dia sedar hayatnya tidak panjang.

Thursday, August 25, 2011

Nikah Sebelum Nikah

Bismillahiwalhamdulillah...


"Pernikahan ini bukan perkara kecil kerana menerusi pernikahan kamu akan melahirkan produk-produk Rasulullah untuk meneruskan perjuangan yang baginda tinggalkan kepada kita," ujar Kak Asti dalam satu diskusi ringkas kami tempoh hari.

Saya sedikit tersentak apabila Kak Asti menyebut tentang produk-produk Rasulullah SAW.

Menunjukkan bahawa perkahwinan adalah agenda besar dalam hidup seorang muslim. Terkadang rasa takut. Andai saya gagal memjalankan tanggungjawab sebagai pendidik kepada produk-produk Rasulullah SAW, apa yang akan saya jawab di hadapan Allah taala nanti? Mampukah saya mengangkat wajah saat bertemu dengan baginda kelak?

"Kena terus belajar dan belajar. Bertanya kepada mereka yang jauh lebih berpengalaman," nasihat Kak Asti.

"Wah, kak asti ini! macam orang yang sudah berpengalaman!" tegur saya.

"Kena nikah sebelum, nikah. Sebelum nikah inilah hendak menimba ilmu sebanyak-banyaknya tentang pernikahan. " lanjut Kak Asti sambil tersenyum simpul.

Ilmu memang penting dalam semua hal termasuk pernikahan. Jangan pernah berhenti menuntut ilmu...




Monday, August 22, 2011

Novel Ke - 4?

Bismillahiwalhamdulillah...

Alhamdulillah, kita masih dipanjangkan usia untuk menikmati 23 Ramadhan...

Dalam menigkatkan usaha mengejar lailatulqadar + menghitung hari bergelar seorang isteri saya turut bertungkus lumus serta berhempas pulas untuk menyiapkan novel keempat. Biar pun di dalam hati ada sedikit rasa bimbang. Ada tidak pernerbit yang berani menerbitkan novel keempat saya ini? huhu.

Insya-Allah novel ketiga akan berada di pasaran bulan Spetember nanti bertajuk NUR DI HATINYA.

Setelah dua buah novel berada di pasaran saya mendapat pelbagai maklumbalas daripada pembaca.

Ternyata novel pertama saya PERINDU PELANGI paling meninggalkan kesan mendalam di hati mereka berbanding QASIDAH UNTUK KEKASIH. Walaupun bagi saya sebagai penulisnya, novel QASIDAH UNTUK KEKASIH ini jauh lebih bermakna.Terutama dari segi mesej yang cuba hendak saya bawa.

Saya banyak memasukkan elemen Triller dalam novel PERINDU PELANGI. Justeru, saya berusaha untuk memasukkan unsur yang sama sekali lagi dalam novel keempat saya ini.Bahkan aspek Thriller dan sudut ilmu lebih seiring berjalan dalam penceritaan. menurut seorang pembaca peribadi saya, novel ini jauh lebih mendebarkan berbanding PERINDU PELANGI.

Sengaja saya buat pos ini.Satu sebagai promosi awal. Keduanya sebagai semangat untuk saya menghabiskan penulisan novel yang hakikatnya telah setahun tertangguh.
Doakan saya...^_^

Friday, August 19, 2011

Muhasabah Cinta

Bismillahirrahmanirrahim....


Baru-baru ini, saya terjatuh dari motor sewaktu hendak turun dari motor. Hihi mungkin sebab jarang2 naik motor. Entah macam mana kain saya tersangkut pada motor. Itu baru membonceng. Kalau saya yang bawa sendiri tak tahulah. Sememangnya saya tak tahu menunggang motor. Mujur masa itu saya dan kak Asti sudah sampai di rumah.

Mula-mula memang tak sakit. Namun ketika bangun sahur saya mula rasa sengal-sengal di badan.

Teringat kisah Kak Fatin di awal perkahwinannya dulu. kak Fatin jatuh sewaktu keluar dari bilik air kerana lantai licin. Kak Fatin menangis.

"Akak menangis bukan kerana sakit tapi bimbang berlaku sesuatu pada sistem peranakkan," ujar Kak Fatin.

Namun sekarang Kak Fatin sudah punya anak berusia enam bulan. Menjadi ibu sebelum usia perkahwinan mencecah setahun pun. Jadi maksudnya kak Fatin menyambut ulang tahun perkahwinan pertama bersama babynya Hikmah Insyirah. Alhamdulillah...

Jadi ,pagi itu saya pun luahkan kebimbangan saya kepada sahabat-sahabat.

" Jangan risau pada sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah. Jodoh, rezeki, anak semua itu telah Allah tetapkan untuk kita. Sebaliknya risaulah pada sesuatu yangtidak menjadi ketetapan Allah yakni amalan kita. Allah tidak menetapkan amalan kita sebanyak ini atau sebanyak ini," nasihat Kak Wani.

Saya terdiam memikirkan kata-kata Kak Wani. Memang selama ini rasanya kita gemar sungguh bimbang akan perkara-perkara yang telah ditetapkan oleh Allah.

Padahal yang lebih utama untuk kita risaukan adalah amalan kita. Amalan tidak ditetapkan oleh Allah. bergantung kepada kita sejauh mana berusaha mencari dan memenuhkan bekalan amalan kita.

Renungan bersama....


Monday, August 01, 2011

Hospital Cinta

Bismillahiwalhamdulillah...





Alhamdulillah, untuk ujian HIV.

Namun, ujian darah untuk Talasemia sedikit menggetarkan hati saya.

Saya inqury trait Talasemia.

"Nanti kamu perlu minta pasangan kamu untuk membuat ujian Talasemia juga. jika didapati pasangan kamu juga pembawa Talasemia, kamu berdua harus set dalam fikiran ada antara anak-anak kamu nanti yang mungkin mendapat Talasemia," ujar doktor yang saya temui. Berderau darah saya mendengarnya.

“Sebagai pembawa anda kelihatan normal, tidak ada bezanya dengan individu lain dan tidak menunjukkan sebarang gejala penyakit ini.

“Tetapi, jika berkahwin sesama pembawa, risiko anda untuk melahirkan keturunan yang menghidap penyakit ini sebanyak 25 peratus,” kata Pakar Hematologi, Unit Hematologi, Jabatan Klinikal Sains Makmal, Fakulti Perubatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Dr. Elizabeth George.
Menurut beliau, sikap acuh tak acuh atau enggan ambil tahu mengenai status diri menyebabkan lebih ramai generasi talasemia dilahirkan.
Lebih membimbangkan, penyakit ini menyebabkan penghidapnya menderita sepanjang hayat.
“Kenapa kita mesti membawa anak-anak ini ke dunia, sedangkan mereka terpaksa menderita sepanjang hayat?

“Apa akan jadi kepada generasi negara ini pada masa akan datang, jika kita terus melahirkan mereka?” tegas beliau.

Menurut Elizabeth, pesakit talasemia memerlukan pemindahan darah setiap bulan, selain kos ubat membuang zat besi dari tubuh sepanjang hayat mereka.Tetapi, apa yang lebih menakutkan, jangka hayat mereka juga tidak panjang iaitu antara satu hingga dua dekad saja. Ini kerana, 80 peratus daripada mereka akan meninggal dunia.
Talasemia merupakan sejenis penyakit darah yang diwarisi kerana ketidakupayaan tubuh menghasilkan hemoglobin.Hemoglobin sejenis protein yang terdapat dalam sel-sel darah merah yang membawa oksigen dan zat makanan ke seluruh tubuh.
Menurut beliau, sekiranya pasangan terbabit tahu status diri dan tetap mengambil keputusan untuk berkahwin, itu adalah hak mereka.
Begitu juga dengan anak-anak yang bakal mereka lahirkan. Menceritakan pengalamannya,

Elizabeth memberitahu, setiap kali beliau membuat diagnosa kanak-kanak di klinik, rata-rata di kalangan ibu mereka tidak tahu status kesihatan diri.
“Itulah yang menyentuh perasaan saya, kerana setiap kali saya mengajukan soalan, jawapan mereka mengecewakan.
“Rata-rata tidak tahu mereka pembawa talasemia. Ini menunjukkan adalah bahawa kesedaran tentang talasemia masih rendah,” jelasnya.
Di sesetengah negara seperti Cyprus misalnya, pasangan yang merancang berkahwin perlu menyediakan sijil yang mengesahkan mereka telah menjalani ujian darah.
Begitu juga di Maldives, sebahagian besar rakyatnya beragama Islam. Kadi yang menikahkan pasangan akan meminta sijil pengesahan menjalani ujian darah.
“Sekalipun ia bukanlah sesuatu yang termaktub dalam undang-undang, tetapi kerana kesedaran, mereka sanggup melakukan sesuatu untuk kebaikan rakyat negara mereka,” jelas Elizabeth.
Menurut beliau, talasemia merupakan sejenis penyakit yang meninggalkan trauma bukan saja kepada pesakit, malah kepada seluruh keluarga.
Bayangkan, katanya, bayi yang didiagnos seawal tiga bulan terpaksa menanggung kesakitan dan menjalani pemindahan darah untuk memastikan mereka terus bernafas. Malah, katanya, tidak seperti kanak-kanak lain, semangat kanak-kanak talasemia ini agak luntur.
Ini kerana, sebahagian besar kehidupan mereka terpaksa dihabiskan di hospital menyebabkan mereka kelihatan bosan dengan sesiapa saja yang menyapa mereka. Menurut Elizabeth, pemindahan darah, suntikan ubat-ubatan untuk mengeluarkan zat besi antara trauma dan pengalaman pahit yang terpaksa dilalui oleh kanak-kanak talasemia ini.


Ibu yang ketika itu sedang bertugas bergegas mendapatkan saya di klinik kesihatan.



"Darah kakak jenis apa?" tanya ayah. Sambil menunggu ibu datang ke Klinik Kesihatan Kubang Semang.

Ayah yang menemani saya pergi membuat pemeriksaan darah.

"O positif" jawab saya.

Ayah mengerutkan kening.

"Kakak buat ujian grup darah di mana?" tanya ayah lagi.

"buat kat Mesir masa lab physio,' jawab saya.

"Macam mana darah kakak boleh O sedangkan ayah dengan ibu darah A?" soal ayah lagi.

Saya menjungkit bahu.


Sepatutnya saya perlu mengadakan temu janji pada minggu berikutnya bagi menjalankan sekali lagi untuk ujian Talasemia. Namun ibu mahu peemriksaan dijalankan pada hari yang sama. Oleh itu, saya terpaksa menderma darah lagi untuk pemeriksaan kedua.

"Nanti kakak buat ujian grup darah sekali ya!" pesan ibu.

Saya mengangguk kepala.

Untuk sehari itu, kedua-dua belah cubital vein sayabersama-samadengan sebatang jari dicucuk untuk mengambil darah.

"Ini baru sikit. Nanti mengandung, beranak, bersalin, lagi banyak darah dik," pujuk jururawat yang bertugas.

saya tersenyum malu.

Ingat lagi masa kali pertama ambil darah dalam lab physio, saya sampai pening-pening. Padahal cucuk sikit saja jarinya.

Keputusan ujin darah sata tetap O positif.

Manakala ujian darah untuk Talasemia belum keluar. berdebar-debar menanti.

Alhamdulillah, setelah bakal suami membuat pemeriksaan darah untuk talasemia, semuanya normal.

Semoga keputusan ujian darah saya nanti juga normal.




Wednesday, July 27, 2011

Tazkirah Senafas : Menjejak Tapak Kaki Para Anbiya'

Bismillahiwalhamdulillah...



Alhamdulillah, selamat tiba di tanah air tanggal 19 Julai tempoh hari.


Sebelum pulang tempoh hari Allah mengizinkan saya menziarahi makam-makam di sekitar Kaherah. Saat yang saya ternanti-nanti sekian lama.Alhamdulillah..

Makam pertama yang kami ziarah adalah makam Ibun Hajar Al-Asqalani.


"Maka para aulia ini adalah antara tempat yang makbul doa," jelasd Ustaz Syed Ramadhan yang menjadi musrif kami sepanjang lawatan tersebut.


"Antara sebabnya kawasan makam ini makbul doa adalah kerana di sini para malaikat beretandang dan beristighfar untuk mereka," sambung ustaz lagi.

Saya mengangguk-anggukkan kepala.

Kemudian kami meneruskan perjalanan ke makam Uqbah Ibnu Amir al-Juhani. di dalam kawasan makam beliau adaserpihan hajarul aswad yang dihadiahkan oleh Rasulullah SAW kepadanya.

kami langsung ke makam Rabiatul Adawiyah.


Seorang kanak-kanak kecil menyambut kedatangan kami.


"Kalian mahu masuk ke dalam makam ini?" soalnya saat melihat kami terjenguk-jenguk melalui jeriji tingkap. Makam itu berkunci.

Kami mengangguk-anggukkan kjepala hampir serentak.

"Sekejap," pesan kanak-kanak itu sebelum menghilangkan diri di celah-celah bangunan berbumbung rata.

Kami singgah solat zohor (jamak takdim ) di Masjid Uqbah ini.

Setelah itu, kami langsung ke makam Imam Syafie.

"Orang kata doa di makam Imam Syafie ini makbul," ujar seorang teman.

Saya tersenyum.

Bahkan, di setiap makam, saya tidak lupa menitip doa yang panjang-panjang.

"Sambil berjalan di bumi Mesir ini kita kena banyakkan doa. Sebab kita tak tahu, mungkin tanah tempat kita pijak ini pernah dipijak juga oleh nabi-nabi Allah. Nabi Musa...Nabi Yusuf," sempat Saidatul Husna, sahabat sekelas saya menitipkan nasihat dalam kekalutan kami sebagai ajk pelaksana program.

"Molek bila bercakap. ini Mesir!" kerap kalimah ini meluncur dari mulut beberapa sahabat lagi.






Subhanallah..kelebihan buat mereka yang diberi kesempatan oleh Allah merantau dan menuntut ilmu di bumi anbiya.






Ramai yang berdoa, tetapi tidak ramai yang yakin akan doanya.

Sungguh rugi kerana kita tidak mengambil dan memanfaatkan sebaik-baik senjata yang Allah kurniakan untuk orang mukmin.

Ia bertepatan dengan firman Allah maksudnya: "Minta doalah daripada-Ku, aku menerima doamu." (Surah al-Mukmin, ayat 60)

Doa bukan hanya ibadat, malah otak ibadah seperti yang diterangkan Rasulullah saw, maksudnya: "Doa itu adalah otaknya ibadat." - (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari)



Jika kita teliti sejarah para nabi dan rasul, doa sangat akrab dalam kehidupan harian mereka.



Justeru, ayuh kita jejaki tapak kaki para anbiya'. berdoa dan yakinlah akan doa kita!