Saturday, October 25, 2008

RFC vs KFC

Semalam saya bersama-sama keluarga berkunjung ke sungai petani semata-mata untuk menikmati salah satu lagi produk terbaru HPA iaitu RADIX FRIED CHICKEN(RFC). Jika dulu kita akan berkunjung ke KFC andai timbul rasa ingin menikmati ayam goreng berempah, kini kita ada pilihan lain yang lebih terjamin halalnya Insyaallah.


Kemunculan RFC ditengah-tengah kemelut kita memboikot barangan keluaran Yahudi memang dinanti-nantikan. Kini kita tidak perlu berputih mata. Andai ingin menjamu selera dengan ayam goreng berserta coslow dan wedges potato, dan dalam masa yang sama mahu hidangan yang lebih terjamin halal serta tidak 'menyakitkan' saudara-saudara kita di Palestin sana, RFC mungkin pilihan bijak. Kemunculan RFC menjadi bukti bahawa kita orang Melayu apatah lagi beragama Islam mampu menghasilkan produk barangan seperti mana bangsa-bangsa lain.


Seharusnya usaha ini disokong dan didokong agar lebih banyak produk halal yang sudah tentunya dihasilkan oleh orang Islam membanjiri pasaran negara dan dunia. Orang ramai yang memenuhi ruang restoran ketika saya berkunjung semalam menjadi bukti bahawa sememangnya umat Islam di negara ini dahagakan barangan dan produk halal. Usaha HPA ini harus dipuji.


Sebut tentang RFC ini teringat saya kepada Mecca Cola yang merupakan minuman ringan berkarbonasi rasa cola yang memang dibuat untuk menyaingi Pepsi Cola mahupun Coca Cola. Mecca Cola hadir setelah Dr. Yusuf Qaradhawi mengeluarkan fatwa boikot pembelian produk Israel dan AS yang jelas-jelas menyumbangkan sebagian keuntungannya untuk Zionis. Mungkin ini jugak tujuan asal RFC diwujudkan.


Mecca-Cola muncul di Perancis, November 2002. Produknya ini terinspirasi dari minuman ringan di Iran, Zam Zam Cola, yang menuai keuntungan yang cukup besar di Arab Saudi dan Bahrain. Menurut keterangan rasminya, Mecca Cola menyumbangkan keuntungannya sebanyak 10 peratus untuk Muslim Palestin dan 10 peratus lagi untuk negara yang menjadi tempat perusahaannya. Mecca Cola juga telah mendirikan Yayasan Sosial Mecca Cola yang telah membantu 3000 pelajar Palestin.

Mecca Cola ini merupakan hasil ciptaan Tawfiq Mathlouti.Mecca-Cola dijual dengan banyaknya di Timur Tengah dan beberapa kawasan di Eropah, Asia dan Afrika. Walaupun produknya berasal atau dicipta di Perancis, syarikatnya atau kilangnya beroperasi di Dubai.



Harapan saya, semoga lebih banyak cawangan RFC akan tumbuh selepas ini. begitu juga produk-produk halal yang lain. Telah tiba masanya kita umat Islam menjadi pengeluar bukan lagi pengguna semata.

3 comments:

my said...

syabas RFC..kewujudannya disambut hebat jelas terserlah

Huda Idris said...

Allah.. br sy terdengar RFC.. cawangan utama dia kat mane kak?? akk dah pnah jumpe?? syabas HPA.. mmg syarikat ISlam yg unggul~~.. btw, nice entry ..keep it up kak.. leh sy jdkan top clicks sy~! wink2 -hudaidris-

qamar_muneera said...

salam. RFC ni baru ada satu cawangan je setakat ni kat Sungai Petani. tapi berdasarkan sambutan yang sangat menggalakkan, mungkin tak lama lagi lebih banyak cawangan dia yang akan dibuka Insyaallah. kita doakn sajelah..jemput datang ke Sungai petani. kalau datang jangan lupa singgah rumah...