Dua malam lepas saya menonton cerita Gol & Gincu. Kata-kata yang dikeluarkan oleh Juwita membuatkan saya terpanggil untuk menulis di sini setelah agak lama menyepi.
“buat apa nak pakai tudung andai hati tak ikhlas. Saya belum bersedia untuk pakai tudung. Untuk memakai tudung perlu keikhlasan,”
Lebih kurang macam inilah dialog dia. Saya tak begitu ingat dialog yang tepatnya. Apa yang boleh saya simpulkan, ini adalah apa yang diimani oleh mereka yang tidak bertudung. Bertudung hanya apabila benar-benar ikhlas untuk bertudung. Betulkah begitu? Saya amat bimbang. Teramat amat bimbang kerana saya percaya tidak sedikit yang menonton rancangan ini. Saya percaya tidak sedikit juga dalam kalangan penonton yang akan menerima bulat-bulat apa yang dikatakan oleh Juwita.
Bertudung atau lebih tepat lagi menutup aurat bukan perkara yang boleh dilakukan apabila suka dan ditinggalkan apabila tidak suka. Sama ada ikhlas atau tidak kita wajib menutup aurat kerana setiap perintah yang datang daripada Allah dan Rasul-Nya wajib ditaati dalam keadaan suka atau benci. Hal ini disebut dalam Surah Ali Imran ayat 83 yang bermaksud “ Maka mengapa mereka mencari selain agama Allah padahal apa yang di langit dan apa yang di bumi berserah diri kepada-Nya baik dengan suka mahupun terpaksa dan hanya kepada-Nya mereka dikembalikan,”
Satu persoalan yang ingin saya lontarkan kepada mereka yang bertudung, mengapa kalian mengenakan tudung? Saya pasti semua wanita yang bertudung hari ini bersandarkan pada perintah Allah dalam Surah An-Nur ayat 31 yang bermaksud “ dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman agar mereka menjaga pandangannya, dan mermelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasan yakni aurat kecuali yang biasa terlihat. Dan hendaklah mereka menutup kain kerudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasan kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putera-putera mereka atau putera-putera suami mereka atau saudara-saudara lelaki mereka atau putera-putera saudara lelaki mereka atau putera –putera saudara perempuan mereka atau para perempuan sesame Islam mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki atau para pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat perempuan. dan jangan mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu semuaada Allah, wahai orang-orang yang beriman agar kamu beruntung.”
Dari satu sisi, saya melihat bertapa pincangnya industry filem tanah air apabila orang yang tiada keahlian dalam bidang agama dibenarkan berbicara tentang agama. Namun, ada baiknya juga. Sekurang-kurangnya kita mengetahui perkara pincang yang diimani oleh kelompok ini dan berusaha untuk mencari penyelesaiannya. Alwajibat aksaru minal auqot. Tanggungjawab itu lebih banyak dari waktu yang diperuntukkan. Sedarlah wahai diriku dan para pendakwah diluar sana. Kerja kita masih banyak!
No comments:
Post a Comment