Monday, May 04, 2009

Pondok Oh Pondok

Bismillahirrahmanirrahim...

Saya tersenyum lebar ketika mendengar Buletin Utama hari ini. Tahun ini tidak akan diadakan sambutan ulangtahun Hari Kemerdekaan sempena menghormati bulan Ramadhan sebaliknya lebih banyak program yang bersifat keagamaan akan diadakan. Alangkah baiknya jika setiap tahun begitu. Kita doakan agar perkara ini tidak hanya berlaku pada tahun ini bahkan akan berterusan pada tahun-tahun akan datang.

Pejam celik pejam celik rupa-rupanya sudah masuk bulan Mei. Sekejap sahaja masa berjalan. Cuti saya berbaki lebih kurang dua bulan lagi. Dua bulan sebenarnya tidak lama mana.


Isu untuk pergi pondok suka untuk saya timbulkan di sini walaupun Huda(wwwikhlas.blogspot.com) telah pun mengutarakan isu ini dalam blognya. Terima kasih saya ucapkan buat sahabat yang mempelawa saya untuk pergi ke pondok. Saya ambil keputusan untuk tidak pergi. Saya sudah susun aktiviti-aktiviti tertentu untuk diri saya. Sebenarnya sejak awal -awal cuti lagi saya telah susun jadual aktiviti-aktiviti saya. Sehingga saat ini ada yang terlaksana dan ada yang tidak. Nampaknya saya perlu berusaha lebih kuat untuk melaksanakan apa yang belum terlaksana. Antara sebab-sebab mengapa saya tidak pergi ke pondok.


Cuti kali ini saya hendak manfaatkan sebaik-baik mungkin untuk membantu ibu dan ayah di rumah. Entah kenapa sehingga sekarang saya rasa kehadiran saya di rumah tidak begitu membantu ibu dan ayah. Misalnya dua buah kitab bertulisan jawi yang ayah minta saya terjemahkan dalam tulisan rumi belum siap lagi. Padahal sudah hampir dua bulan berlalu. Saya sudah susun jadual semula. semoga saya sempat habiskan tugasan yang diberi oleh ayah sebelum saya pergi ke Kuantan.


Ibu minta tolong saya ajarkan adik bongsu saya menngaji Al-Quran(sebenarnya dia ada guru Al-Quran cuma ustaz dia kadang kala ada masalah untuk datang mengajar) dan membaca tulisan jawi. Ibu juga minta tolong saya bantu adik saya ini dalam pelajaran dia. Adik bongsu saya perlukan saya sebenarnya walaupun dia tidak cakap begitu pada saya.


Tahun ini adik saya yang ketiga bakal ambil peperiksaan SPM. Setiap minggu dia akan balik ke rumah. Dia selalu rujuk saya tentang pelajaran dia yang dia tidak faham. Saya bantu setakat yang saya mampu.


Dalam bilik saya ada beberapa belas buah buku yang saya beli sepanjang tahun ini dan tahun lepas yang belum saya baca. Azam saya, saya mahu habiskan semua buku-buku itu sebelum buka semester baru ini.


Saya baru nak ambil lesen kereta.


Saya hendak siapkan manuskrip. Insyaallah kalau sempat saya mahu siapkan dua manuskrip.( bahagian ini paling banyak mencuri masa saya. kadang kala saya perlu berkejar-kejar ke perpustakaan untuk buat kajian. kadang-kadang berjam-jam duduk di hadapan laptop sambil melayari internet. Sampai nak post entry dalam blog pun tidak sempat. Konon-konon sibuklah!)


Saya hendak kaji cara-cara meningkatkan keyakinan diri, cara-cara merancang masa depan agar kehidupan saya di kampus selepas ini lebih tersusun dan terancang. Saya rasa kehidupan saya di matrik dulu aagak kucar-kacir. Jadi study saya pun kucar kacir juga. Beberapa buku motivasi telah saya dapatkan. Tinggal nak baca saja lagi!


Sebelum cuti tempoh hari saya sudah rancang untuk buat kajian beberapa perkara antaranya tentang dinar emas, orang yahudi dan Matematik kewangan. Saya harap saya dapat buat sedikit sebanyak kajian untuk benda-benda yang telah saya gariskan ini dalam waktu cuti yang masih berbaki.



Saya juga mahu menguji sejauh mana saya boleh bertahan dengan amalan-amalan harian seperti qiam, zikir, puasa apabila saya tidak berada dalam biah solehah. Saya telah target beberapa juzuk untuk saya masyikan. Jika berada di kampus, saya boleh buat semua ini, di rumah seharusnya saya boleh buat juga. Namun, saya tidak nafikan sangat susah untuk istiqamah. Tidak hairanlah Nabi Muhammad SAW sampai beruban ketika turunnya ayat tentang istiqamah ini.





Banyak betul alasan saya untuk tidak pergi ke pondokkan? Walau apa pun saya berharap semua yang saya rancang nak buat ini terlaksana bukan sekadar cantik ditulis atas kertas saja. Sudah dua kali saya atur perancangan. Apa-apa pun saya merancang sya tahu Allah juga merancang. Harapan saya perancangan saya selari dengan perancanga-Nya. Harap-harap kali ini menjadi.Buat sahabat-sahabat yang pergi pondok, jangan lupa kongsi ilimu yang anda dapat nanti!

5 comments:

pencinta_tarbiah said...

salam.pandangan huda tentang pondok tu pndgn peribadi dia je.x semesti nti ikut pndgn dia.bg diri ana yg pernah g pondok ni suasana pondok sungguh baik.biahnya lebih baik dari dq sekalipun.malah yg menarik sebulan ana di sana x pernah melihat sebarang wajah perempuan bukan mahram pun walaupun ada student perempuan.memang terpelihara sungguh rasa time tu

qamar_muneera said...

Ana tidak bermaksud pergi pondok tu tak baik. memang ana akui pergi pondok tu baik. ana sendiri pernh pergi cuti sem lalu. cuma cuti kali ini ana tak bercadang untuk pergi pondok sebab sudah ada agenda sendiri. ana sependapat dengan Huda sejak awal lagi. bukan ana ikut dia. sebelum start cuti lagi pergi pondok tidak termasuk dalam agenda pengisian cuti ana. sekali lagi ana tegaskan ana TIDAK pandang serong pada mereka yang pergi pondok waktu cuti dan ana TIDAK PERNAH berpendapat pergi pondok itu tidak baik. KEPADA SESIAPA YANG NAK PERGI PONDOK GO ON! ANA TABIK SPRING LAGI PADA MEREKA!

PEMENANG said...

Hmmm...
Fi mushkilah sket...
Anti ni study kat Mesir ke kat Msia?

qamar_muneera said...

kat Malaysia..apa kaitan post saya dengan tempat sy study?

NourelHousna said...

masyaAllah andak..mabruk!
doakan sy nak pi pondok jugak =)