Tuesday, August 11, 2009

Alahai Matematik...

Bismillahirrahmanirrahim...

Saya minat matematik. Dek kerana minat ini, saya berada dalam bidang sains matematik di UIA. Tapi saya bukanlah tergolong dalam mereka yang genius matematik.

“Nak kerja apa nanti ambil matematik ni?” tanya ibu saudara saya.

“Kalau kakak ambil medic dulu pun bagus. Terjamin masa depan," kata ibu pula.

“Matematik?” Cikgu Nordin mengangkat kening ketika saya maklumkan saya mengambil jurusan sains matematik di UIA.

Saya mula tertanya-tanya. Bidang matematik ini tidak menjamin masa depankah?

Namun itu belum apa-apa.

“Saya tak nampak kaitan matematik ini dalam kehidupan kita. Apatah lagi kaitan belajar matematik dengan kehidupan ukhrawi,” ujar seorang teman.

“Matematik ni teori saja. Satu subjek yang keawang-awangan dan tidak berpijak di bumi realiti,” tambahnya lagi. Dalam diam saya akui kebenaran kata-katanya.
“Kenapa kak Munirah ambil engineering? Kenapa tak ambil medic ke, farmasi ke? Kan lebih berhubungkait dengan al-Quran yang kak hafal,” teringat perbualan saya dengan salah seorang rakan dari kuliyyah kejuruteraan seaktu awal-awal mendaftar di Pusat Asasi Petaling Jaya dulu. Saya hanya membalas pertanyaan itu dengan senyuman. Ketika itu saya masih belum tukar ke sains fizikal.
“Arghh!” Saya menekan kepala. Kenyataan-kenyataan seperti ini yang mengharu-birukan saya.
Sedikit demi sedikit minat saya terhadap matematik pudar.
“Takkan nak tukar kos lagi?” Saya menggaru-garu kepala yang tidak gatal.

Saat itu saya akui saya berkongsi pendirian dengan Imam-e-Rabbani Mujaddid Alf Sani Shaykh Ahmad al-Farooqi Sirhindi (1564–1624) , yang menjuluki ahli matematik sebagai orang idiot dan para pemujanya lebih tolol dan hina kerana mengira bahawa matematik dan mempelajari matematik tidak ada manfaatnya untuk kehidupan manusia kelak di akhirat nanti.
“Adakah belajar matematik ini mendekatkan diriku kepada Allah?” persoalan-persoalan seperti ini kerap bergentayangan dan bermain-main di fikiran saya sejak akhir-akhir ini.
“Arghhh!”
“Adakah aku telah tersalah membuat pilihan?”

Entah macam mana saya boleh tercampak dalam dilema ini. Saat fikiran ini kacau bilau, saya merayau-rayau di laman sesawang. Cuba –cuba mencari satu sandaran yang kukuh untuk saya pegang bagi meneruskan kelangsungan saya dalam bidang ini.

Saya tertarik dengan satu komentar ini. Cuba kalian perhatikan.

Saya sepakat sekali, jika matematik menjadi alat paling berharga dalam pengembangan ilmu pengetahuan (IP) yang didasarkan pada nalar rasionalitas. Darisinilah, IP kemudian berguna bagi manusia pemiliknya untuk membantu dirinya menaklukkan alam untuk memperoleh kebaikan dan kenyamanan hidupnya di dunia. Dan selanjutnya memudahkan perjalanannya untuk menuju akhirat. Akhirat hanya bisa dicapai jika ia bisa memanfaatkan dunia dengan baik, benar, adil dan jujur, sebagai “jembatan” yang mengantarkannya kesana. sayangnya, di dunia Islam, banyak sekali orang-orang yang mengira, bahwa dengan memanfaatkan akal bagi memikir ciptaan Allah ini, akan tersesat di jalan yang salah dan menjauhkan dirinya dari syurga. Sehingga akhirnya, umat Islam malas berpikir, karena takut menggunakan akal dan selanjutnya menjadi tertinggal dan terjajah oleh bangsa-bangsa lain yang menguasai ilmu pengetahuan, ang sebagian daripadanya diturunkan menjadi tekonologi., yang membuat hidup menjadi semakin mudah.Oleh karena itu, mari menggalakkan kehidupan berpikir umat Islam, untuk menggali segala ilmu dan himah yang terkandung dalam teks, ayat Quran maupun pada seluruh makhluk alam ciptaan Allah. Semoga umat Islam bisa keluar secepatnya dari kemenderitaannya, kejumudannya, kemiskinnannya, keterjajahannya dan kepicikannya. Agar realitas umat Islam bisa beransur-ansur pulih, dan kemudian pada gilirannya bisa diangkat bagi Imam Peradaban oleh orang-orang non-Islam. Insyallah….

Saya juga tertarik dengan kenyataan Victor J. Katz, pengarang buku A History Of Mathematics: An Introduction;: Chapter The Mathematics of Islam.

“The mathematicians responded by always invoking the name of God at the beginning and end of their works and even occasionally referring to Divine assistance throughout the texts”

Masyaallah, tokoh-tokoh matematik Islam terdahulu memulakan setiap kajian mereka dengan membaca basmalah dan diakhir kajian, mereka selalu menghubungkan hasil penemuan mereka dengan kebesaran Allah!
Mereka ialah peneroka dan pengkaji ilmu matematik!
Saya terfikir-fikir, macam mana kita hendak mengaitkan matematik dengan kebesaran Allah?


Belajar matematik ini tidak seperti belajar biologi. Sahabat-sahabat yang mengambil biologi mungkin secara langsung dapat mengaitkan apa yang mereka pelajari dengan kebesaran Allah. Ini adalah kerana tubuh badan kita adalah benda yang paling hampir dan paling jelas pada penglihatan kita.

Matematik ini suatu benda yang abstrak.
"By time you will find that mathematic in not only about number but more on words (dalam erti kata lain lebih kurang sastera)," jelas Dr Jesni dalam kelas pertama Analytic Geometry tempoh hari.
"If you take mathematic just because you want to get rid from reading, you are wrong," kata-kata Dr Pah bersimpongang kembali. Saya menghela nafas.
Penyelesaian terbaik ialah bukan lari daripada masalah tetapi berhadapan dengannya.
"Physician use mathematic as a language to explain the world to society," penuh semangat Dr Torla bersyarah.
Mathematic as a language?

Satu fakta yang menarik.
Saya terfikir tentang ilmu astronomi dan cosmologi. Ahli fizik menggunakan matematik untuk menerangkan tentang konsep tarikan graviti. Mereka menggunakan kelajuan cahaya untuk mengukur jarak antara planet dan bintang. Semuanya menggunakan matematik bukan?

Apabila menyebut tentang kelajuan cahaya, apa yang muncul dibenak saya ialah peristiwa israk dan mikraj. Kenderaan yang digunakan oleh Rasulullah SAW sewaktu israk dan mikraj itu lebih laju dari pergerakan cahaya. Sehingga kini saintis masih belum menemui suatu benda atau objek yang lajunya lebih daripada kelajuan cahaya.

Kesimpulan yang boleh saya buat, sebenarnya apa-apa yang kita pelajari boleh kita kaitkan dengan kebesaran Allah. Cuma matematik ini menuntut kita berfikir lebih jauh dan mendalam sebelum dapat kita kaitankan dengan keagungan Yang Esa. Bergantung kepada kita bagaimana kita melihat sesuatu perkara itu. Apabila niat kita menuntut ilmu itu benar maka kebenaranlah yang akan kita temui sepanjang kembara kita dalam menuntut ilmu.

Lebih penting lagi, harus diingat, semua ilmu itu pemiliknya ialah Allah. Sesuai dengan firman-Nya dalam Surah Luqman yang bermaksud "dan sekiranya segala pohon yg ada di bumi menjadi pena dan segala lautan (menjadi tinta),dengan dibntu kepadanya 7 lautan lagi sesudah itu,nescaya tidak akan habis kalimah-kalimah Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa,lagi Maha Bijaksana."

Ilmu matematik ini tentu sahaja tidak terkecuali bukan?

8 comments:

Kembara Sufi said...

huhu..
matematik oh matematik

qamar_muneera said...

tak pa Sufi, kes hang ni kes lain. kes km kes lain..

CAHAYA MEMELIHARA said...

oh banyak kes pulak sahabat-sahabatku ini..

qamar_muneera said...

huhu...fizah bagi kata2 semangat sikit. entah kenapa lesu je rasa nak teruskan perjuangan dalam math kat kuantan ni...

uranicade said...
This comment has been removed by the author.
uranicade said...

salam.

insyaAllah boleh.ana pernah mendengar satu seminar berkenaan pemikiran syed naquib al attas di mana salah seorang pembentangnya telah bertanyakan soalan,apa yang kamu boleh kaitkan matematik dengan Islam.

bagaimana dengan matematik itu,kamu dapat buktikan kewujudan Allah.matematik bukannya sekadar angka dan awangan sahaja kerana dengan ilmu matematik,komputer tercipta.dan begitu juga dengan 3D dan juga virtual reality.pandangan yang mengatakan matematik adalah ilmu awang-awangan jelas merupakan pandangan yang jelik dan tidak berpijak di bumi nyata sebaliknya hanya berniat belajar untuk bekerja,bukannya belajar untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan menjadi hambaNya.

pembentang itu pernah bertanyakan kepada pelajar non muslimnya,apa kaitan matematik dengan ajaran buddha.dan bertanyakan juga kepada pelajar muslim kaitan matematik dengan ajaran Islam.berdasarkan ilmu matematik,mengapa solat itu 5 waktu.

cuba cari filem "a beautiful mind" berkenaan seorang genius matematik tetapi hilang hala tuju kerana tidak ada agama sebagai panduannya.

jangan mudah mengalah,insyaAllah boleh...;-)

siapakah yang didunia ini yang dapat menjamin masa depan selain Allah....?

kalau mahu pintar , belajar
kalau mahu hasil , usaha

wallahu'alam

qamar_muneera said...

Masyaallah, syukran atas motivasi dan makluman enta

Coolz Night said...

Saya dpt sains fizikal uia tp bleh x kalau say a tukar jurusan? Sebab saya sendiri x tau jurusan yg btul2 sesuai dgn saya