Bismillahirahmanirrahim...
Alhamdulillah.
Akhirnya, Hosni Mubarak mahu berundur. Revolusi rakyat Mesir selama dua minggu membuahkan hasil.
Tidak sangka sungguh revolusi berkenaan benar-benar dalam tempoh cuti winter kami. Hari pertama rusuhan bermula adalah hari pertama cuti winter kami. Dan hari Hosni Mubarak mengumumkan pengundurannya adalah hari terkahir cuti winter. Barangkali semua ini sudah dirancang rapi. Siapa tahu?
Kiblat Ilmu
"Apa yang kakak suka sangat dengan Mesir?" tanya ibu suatu malam. Ketika itu saya asyik ucapkan pada ibu saya mahu pulang ke Mesir sesegera mungkin.
"Kerana bumi mesir itu bumi ilmu, ibu. Mesir adalah kiblat ilmu," jawab saya.
Baru lima bulan menapak di bumi berkenaan saya sudah 'dihantar' pulang ke Malaysia.
Mungkin bagi sahabat-sahabat yang sudah bertahun-tahun tidak pulang. hal ini sesuatu yang amat menggembirakan mereka.
Hakikatnya, perkara itu juga turut saya rasai kerana pulang ke Malaysia bermaksud saya akan bertemu dengan kedua-dua ibu bapa yang amat saya cintai.
Cuma hati saya amat berat saat meninggalkan bumi anbiya berkenaan. Apatah lagi apabila mendengarkhabar-khabar angin yang tidak indah.
"Semua kena balik. Mesir dah nak perang ini! entah boleh entah tidak lagi kita datang belajar di sini!"
Kebangkitan dan Domino
Ramai yang melihat kebangkitan rakyat di Mesir ini sebagai satu permulaan untuk sebuah sejarah baru.
Saya juga berkongsi pendapat yang sama.
Bahkan, revolusi yang berlaku membuka hati saya untuk mendalami politik dunia terutamanya politik Asia Barat yang kian rancak bergolak.
Pendapat beberapa penganalisis membuatkan saya semakin tertarik untuk menggali dan meneliti sepak terajang politik Mesir.
Kuantan
Sempat melihat kemeriahan PRK di Kuantan. Kredit untuk sahabat-sahabat yang masih sudi meyambut kehadiran saya walaupun sibuk dengan PRK dan peperiksaan pertengahan tahun.
Kepulangan
Masih menunggu lampu hijau daripada pihak kerajaan sebelum menempah tiket dan pulang ke Mesir. Cumanya entah mengapa, mood untuk belajar sedikit terkuras. (rasanya bukan sedikit) Terasa banyak benar waktu yang telah dipersiakan. Mohon doa agar diri kembali bersemangat. Apatah lagi peperiksaan pertengahan tahun sudah sangat hampir. Ya Alla..semoga dikurniakan kekuatan..
No comments:
Post a Comment