Monday, October 10, 2011

Ceritera Bulan Madu


Bismillahiwalhamdulillah...

Alhamdulillah, hari ini genap sebulan rumahtangga yang telah dibina oleh saya dan suami. Tidak sangka rupa-rupanya baru sebulan kami bernikah. Banyak perkara yang telah kami lalui bersama membuatkan saya rasa seolah-olah kami telah lama bernikah. Subhanallah.

Dua minggu di Malaysia selepas walimah kami isi dengan menziarahi kaum keluarga. Sungguh, pernikahan itu bukan saja menyatukan antara dua jiwa yakni aeorang lelaki dan seorang perempuan tetapi sebenarnya menyatukan nataa dua buah keluarga.

29 September kami pulang ke Mesir. Saar yang amat-amat dinanti. Kerinduan kepada bumi anbiya tidak tertangung lagi. Rindu sangat akan taman-taman ilmu yang subur di sini.

Kelas saya pada mulanya dijadualkan bermula pada 8 Oktober. Jadi ketika sampai di Mesir saya dan suami berkira-kira untuk menyelesaikan urusan rumah dan perpindahan dengan segera agar nanti apabila masing-masing sudah mula berkuliah tidak perlu lagi bimbang akan urusan rumah.

Alhamdulillah, sahabat-sahabat di Zagazig telah membantu mencarikan rumah untuk kami lebih awal sebelum kami pulang ke Mesir.

Dalam pada masa yang sama saya juga terlibat dalam program STARGEt adik-adik baru.

Jadi, ketika itu tidak terfikir untuk berjalan-jalan berbulan madu di Mesir.

Namun, saat-saat akhir saya dikhabarkan kuliah akan bermula seminggu lewat dari tarikh yang dijangkakan. Mula-mulanya sedih juga, sebab dah semanagat sangat nak pergi kelas,

Peluang seminggu becuti itu kami manfaatkan dengan menziarahi makam-makan para aulia.

Bermula dengan makan Syeikh Sidi ahmad Badawi di Tanta. Suami yang ketika itu mahu mengambil barang-barang di sebuah kilang di Tanta untuk dijual di Malaysia. Jadi kami langsung menziarahi makam ulama berkenaan.

Kemudian kami menghabiskan masa beberapa hari di Kaherah. Suami membawa saya menziarahi makam-makanm yang terdapat di sekitar Kaherah antaranya Makam Saidina Hussin, Imam Syafie, Imam Baqi'.

Menziarahi makam adalah agenda awal dalam perjalanan bulan madu kami.

"Abang tak pernah pergi Sinai juga. Sebab nak tunggu untuk pergi dengan isteri," ujar suami ketika saya memaklumkan saya belum pergi ke Sinai. Dulu, sewaktu melihat iklan jaulah ke Sinai, Dumyat dan macam-macam lagi saya bisik ke dalam hati saya mahu pergi dengan suami.
Rupa-rupanya suami juga menyimpan cita-cita yang sama walau kami tidakpernah berkenalan sebelumnya.

"Nanti abang bawa munirah ke Dumyat dan banyak tempat lagi. Paling penting abang nak bawa munira menunuaikan umrah insya-Allah kalu ada rezeki tahun depan," janji suami.

Suami kerap membawa saya menghadiri majlis-majlis talaqi juga dalam tempoh ini. Serasa bulan madu yang paling manis adalah saat bersama-sama suami menadah kitab dengan syeikh-syeikh muktabar.

"Lepas ni, munirah tumpu pada pelajaran. Biar abang yang kutip mutiara-mutiara yang ada di Mesir ini . Nanti abang persembahkan buat munirah di rumah," ujar suami ketika saya meluahkan rasa ingin mengikut kelas-kelas talaqqi yang selalu dihadiri suami.

Pada mulanya saya sedikit kecewa namun apabila difikir-fikirka perkara itu ada betulnya. Tambahan saya tidak begitu menguasai bahasa Arab dengan baik lagi.


Perjalanan bulan madu kami masih panjang. Lima tahun berbaki di bumi anbiya ini adalah hadiah bulan madu yang terisitimewa. semoga kami mampu memanfaatkan peluang ini sebaik-baiknya.

Friday, October 07, 2011

NUR DI HATINYA

Bismillahiwalhamdulillah...

Syukur ke hadrat Ialhi kerana akhrinya novel ketiga saya ini berjaya diterbitkan dan kini berada di pasaran. Jangan lupa mendapatkannya!

Penerbit : ALAF 21
Harga : 19.90


sinopsis:
“Kau pembunuh, Udin! Kau pembunuh!” Kalimah yang terbit di bibir Siti Sarah, kakak kepada Saifuddin itu terus terngiang-ngiang di indera dengar anak muda itu. Kerana kata-kata itu juga, dia membawa diri ke sebuah daerah di Indonesia. Dia berpaut pada kasih dan ehsan seorang murabbi, Kiai Hasan. Ketika itulah dia mengenal manisnya al-Quran.
Beberapa tahun berlalu, dia kembali ke kampung halaman dengan izin Kiai Hasan yang sudah dianggap seperti bapanya. Dia pulang bukan lagi sebagai seorang penagih dadah, sebaliknya menggalas satu harapan, iaitu menunaikan hajat arwah ayahnya yang tidak kesampaian. Namun jauh di sudut hati, dia tertanya-tanya, sudahkah Siti Sarah mengampunkan dosanya?
Di kampung, Saifuddin berusaha mengumpul dana untuk membina pusat pengajian al-Quran untuk golongan warga emas. Dalam diam Siti Zulaikha, majikannya memuji kegigihan lelaki itu untuk menegakkan tiang agama.
Panas tidak sampai ke petang. Saifuddin disahkan doktor menghidap barah perut. Tanpa diduga, Siti Zulaikha menghulurkan kasih kepada Saifuddin. Mampukah Saifuddin menyambut salam kasih wanita itu? Hakikatnya, dia turut menyukai wanita itu, tetapi dia sedar hayatnya tidak panjang.