Wednesday, March 11, 2009

Siswazah Menganggur : Salah Siapa ?

Bismillahirrahmanirrahim...

Tertarik saya dengan berita di muka hadapan akbar utusan Malaysia “ pakej RM60 billion”. Saya tidak begitu mengikuti perkembangan pembentagan pakej ransangan kedua bernilai RM60 billion bagi merangsang ekonomi dari terjerumus ke arah kemelesetan di Parlimen ini. Tetapi apa yang menarik perhatian saya ialah terhadap teras pertama bajet mini ini. Bajet Mini yang dibahagikan kepada empat teras itu akan dilaksanakan dalam tempoh dua tahun iaitu 2009 dan 2010.

- Teras pertama sebanyak RM2 bilion akan memberi tumpuan mengurangkan pengangguran dan menambah peluang pekerjaan;

- Teras kedua, RM10 bilion untuk meringankan beban rakyat terutamanya golongan mudah terjejas;

- Teras ketiga, RM29 bilion untuk membantu sektor swasta menghadapi krisis dan

- Teras keempat, RM19 bilion untuk membina keupayaan masa depan

Teras pertama dan kedua dalam Bajet Mini memberi tumpuan menyeluruh daripada soal memberi latihan, menjaga kebajikan dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada pekerja yang diberhentikan serta siswazah menganggur sehingga kepada subsidi tol, gula, roti dan tepung gandum.

Apa yang saya hendak highlightkan di sini ialah tentang siswazah yang menganggur. Mengapa siswazah boleh termasuk dalam golongan menganggur? Satu persoalan yang telah lama dilontarkan tetapi tidak pernah kunjung selesai.

Pada pendapat saya, ada dua factor yang menyumbang kepada berlakunya perkara ini. Pertama, factor didikan yang kita terima. Kedua, factor diri siswazah itu sendiri.

Rata-rata kita dapat lihat sangat kurang orang melayu menceburi bidang yang berisiko tinggi, perniagaan misalnya. Apa puncanya? Apabila diselidiki, rupa-rupanya sejak dari kecil kita telah didik untuk takut menanggung risiko. Cuba kita perhatikan, biasanya kita diberi penghargaan atau dalam erti kata lebih mudah, hadiah atas kejayaan kita dalam peperiksaan sebagai contoh Cara ini diterima pakai oleh majoriti ibu bapa dan pihak sekolah sama ada diperingkat sekolah rendah mahupun di peringkat pengajian tinggi. Jarang-jarang penghargaan diberikan atas usaha yang dilakukan. Malah anak-anak yang tidak berjaya diperlekeh dan direndah-rendahkan.Sedangkan ada dalam kalangan anak-anak ini yang tidak perlu terlalu pulun belajar tetapi boleh skor dengan cemerlang dalam peperiksaan.Ada pula dalam kalangan mereka yang belajar bagai nak rak tetapi hasilnya tidak seberapa.

Jadi anak-anak kecil ini akan set dalam minda mereka,’ jika aku berjaya maka akau akan dapat hadiah atau penghargaan.Jika aku gagal aku tidak mendapat apa-apa malah kejian dan hinaan orang pula tertimpa ke atas aku.’ Impaknya, mereka tidak akan memilih untuk melakukan sesuatu yang mereka yakin mereka akan menanggung kegagalan(berisiko) pada hari muka. Play save kata orang. Dengan mind setting ini mereka membesar dan dewasa. Inilah yang menyunbang kepada factor kedua yang akan saya sebutkan.

Factor kedua ialah diri siswazah itu sendiri.Apabila membesar dan dewasa, anak-anak ini menjejakkan kaki ke pusat pengajian tinggi dengan satu mind setting, ‘lepas keluar ini aku mesti bekerja dengan syarikat ini atau degan jabatan ini’. Ini disebabkan bekerja dengan orang lebih selamat. Kalau berlaku kerugian,kita kena tempias-tempias sahaja. Tidaklah kerugian itu tertanggung atas bahu kita. Berfikir untuk bekerja dengan orang berbanding membuka peluang kerja kepada orang. Ditambah pula dengan sistem pendidikan kita yang lebih ke arah melahirkan tenaga kerja mengikut pasaran semasa dari melahirkan manusia. Mentaliti hendak bekerja dengan orang ini telah melumpuhkan daya kreativiti dan semangat berdikari siswazah kita. Apabila keluar university dan gagal menepatkan diri di mana-mana syarikat swasta atau jabatan-jabatan kerajaan, kita jadi buntu hilang arah dan punca. Tak tahu nak buat apa.hendak bercucuk tanam rasa tidak padan dengan segulung sijil yang ada. Hendak bergelumang dalam lumpur rasa terlalu jijik dengan status mahasiswa yang disandang. Alih-alih tanam anggur di rumah sehingga kerajaan terpaksa membuat satu peruntukan pula untuk siswazah menganggur.

Mengubah mentality bukan satu kerja mudah tambahan pula telah lama ia berakar umbi dalam masyarakat kita. Tapi tiada yang mustahil selagi kita berkehendak akan ia. Mungkin mentaliti ibu bapa, guru-guru di sekolah dan pihak kerajaan perlu diubah terlebih dahulu sebelum kita mengubah cara berfikir siswazah kita.


Sebagai siswazah, kita perlu memiliki otak yang lebih bercabang dan rencam. Masih banyak bidang baru yang boleh kita ceburi dan teroka. Dalam bidang kewangan misalnya, dunia melihat dinar emas sebagai alternatif ataupun jalan keluar kepada kemelut krisis ekonomi yang melanda dunia hari ini. Seharusnya, siswazah tidak melihat krisis ini sebagai bala sebaliknya rahmat dari Allah. Siswazah perlu mempunyai pandangan menjangkau dimensi masa. Baru kita nampak di mana peluang dan ruang untuk kita mencipta kerja. Banyak tanah-tanah terbiar menanti kita berbudi padanya. Jika tiada kerja kitalah yang menciptanya! Jangan tunggu peluang tapi cari peluang. Seruan buat diri saya terutamanya dan siswazah di luar sana!

6 comments:

Huda Idris said...

hmm....ape lg kak? kite skang ni siswazah cfs dah selame 4 bulan. ade ape2 cadangan nak banteras mengganggur kt rumah??? hee.

qamar_muneera said...
This comment has been removed by the author.
qamar_muneera said...

waktu cuti-cuti macam ni banyak benda yang boleh kita buat sebenarnya huda. waktu ni lah kita nak baca banyak-banyak' kalau waktu kuliah sebelum ni selalu dengar alasan tak sempat nak baca buku-buku selain buku pelajaran. jadi waktu cuti ni peluang untuk kita tambah pengetahuan am kita. kena jadi siswazah yang cakna dengan perkembangan isu semasa. bantulah mak ayah di rumah. cuti peluang untuk kita berbakti kepada mak ayah. ada jugak sahabat-sahabat yang nak pergi pondok mengulang. satu benda yang bagus jugak tu. kalau ada adik-adik yang ambil peperiksaan besar tahun ni boleh lah buat tuition kalau nak cari pengalaman bekerja pun boleh. banyak benda boleh buat. tinggal kita bijak merancang dan menjalankan perancangan. betul tak?

Huda Idris said...

btul, stuju sgt, tp kelesuan merajai diri.. sy try nak banterasnye skit3.. Allah, mmg benar syaitan mjadi musuh utama.. dan skang br saya paham kenape jihad lawan nafsu tu jihad akbar.. ALLAHUAKBAR! kak, kalu ade dalil2, kongsila ng sy... he=)

qamar_muneera said...

memang pun. kak munirah pun hadapi masalah yang sama. tapi cuba kita letak target, insyallah sedikit sebanyak membantu kita untuk lawan nafsu.. dalil apa huda?

Huda Idris said...

dalil al-Quran dari bacaan haraki... kita kongsi dgn emel, insyaAllah..