Friday, July 03, 2009

Al- Fatihah

Bismillahirrahmanirrahim...

Al Fatihah buat akh Nabil Marwan. semoga ruhmu di tempatkan dalam kalangan para auliya' dan solihin.

Arwah yang saya kenali seorang yang cukup baik.

Walaupun tidak pernah sekelas, tidak pernah bercakap dengannya, saya tetap rasa kehilangannya.

Arwah sangat bertuah kerana meninggal malam Jumaat, malam penuh keberkatan. Apa lagi kini kita telah menginjak dalam bulan Rejab.

Sama-sama kita mengambil ikhtibar.

Mati itu datangnya tiba-tiba. Tidak pernah dapat dijangka bila ia akan berlaku.

Sementara umur masih berbaki ini, saya menyeru diri saya dan semua para pembaca, marilah sama-sama kita tingkatkan amalan diri buat bekalan bertemu dengan Allah, kelak.

Mati itu akan datang pada setiap anak Adam. Biarpun dia bersembunyi di sebalik benteng yang kukuh. Bezanya lambat atau cepat saja.

Semoga peristiwa ini menjadi ibrah buat kita semua..
Al- Fatihah...

No comments: