Wednesday, July 27, 2011

Tazkirah Senafas : Menjejak Tapak Kaki Para Anbiya'

Bismillahiwalhamdulillah...



Alhamdulillah, selamat tiba di tanah air tanggal 19 Julai tempoh hari.


Sebelum pulang tempoh hari Allah mengizinkan saya menziarahi makam-makam di sekitar Kaherah. Saat yang saya ternanti-nanti sekian lama.Alhamdulillah..

Makam pertama yang kami ziarah adalah makam Ibun Hajar Al-Asqalani.


"Maka para aulia ini adalah antara tempat yang makbul doa," jelasd Ustaz Syed Ramadhan yang menjadi musrif kami sepanjang lawatan tersebut.


"Antara sebabnya kawasan makam ini makbul doa adalah kerana di sini para malaikat beretandang dan beristighfar untuk mereka," sambung ustaz lagi.

Saya mengangguk-anggukkan kepala.

Kemudian kami meneruskan perjalanan ke makam Uqbah Ibnu Amir al-Juhani. di dalam kawasan makam beliau adaserpihan hajarul aswad yang dihadiahkan oleh Rasulullah SAW kepadanya.

kami langsung ke makam Rabiatul Adawiyah.


Seorang kanak-kanak kecil menyambut kedatangan kami.


"Kalian mahu masuk ke dalam makam ini?" soalnya saat melihat kami terjenguk-jenguk melalui jeriji tingkap. Makam itu berkunci.

Kami mengangguk-anggukkan kjepala hampir serentak.

"Sekejap," pesan kanak-kanak itu sebelum menghilangkan diri di celah-celah bangunan berbumbung rata.

Kami singgah solat zohor (jamak takdim ) di Masjid Uqbah ini.

Setelah itu, kami langsung ke makam Imam Syafie.

"Orang kata doa di makam Imam Syafie ini makbul," ujar seorang teman.

Saya tersenyum.

Bahkan, di setiap makam, saya tidak lupa menitip doa yang panjang-panjang.

"Sambil berjalan di bumi Mesir ini kita kena banyakkan doa. Sebab kita tak tahu, mungkin tanah tempat kita pijak ini pernah dipijak juga oleh nabi-nabi Allah. Nabi Musa...Nabi Yusuf," sempat Saidatul Husna, sahabat sekelas saya menitipkan nasihat dalam kekalutan kami sebagai ajk pelaksana program.

"Molek bila bercakap. ini Mesir!" kerap kalimah ini meluncur dari mulut beberapa sahabat lagi.






Subhanallah..kelebihan buat mereka yang diberi kesempatan oleh Allah merantau dan menuntut ilmu di bumi anbiya.






Ramai yang berdoa, tetapi tidak ramai yang yakin akan doanya.

Sungguh rugi kerana kita tidak mengambil dan memanfaatkan sebaik-baik senjata yang Allah kurniakan untuk orang mukmin.

Ia bertepatan dengan firman Allah maksudnya: "Minta doalah daripada-Ku, aku menerima doamu." (Surah al-Mukmin, ayat 60)

Doa bukan hanya ibadat, malah otak ibadah seperti yang diterangkan Rasulullah saw, maksudnya: "Doa itu adalah otaknya ibadat." - (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari)



Jika kita teliti sejarah para nabi dan rasul, doa sangat akrab dalam kehidupan harian mereka.



Justeru, ayuh kita jejaki tapak kaki para anbiya'. berdoa dan yakinlah akan doa kita!

Sunday, July 24, 2011

Catatan Terima kasih Buat Buah Hatiku

Bismillahiwalhamdulillah...





"Akak sewa ke tempah baju pengatin?" tanya seorang peserta kepada sahabat di sebelahnya.


Saya yang duduk di barisan hadapan mereka memasang telinga. Hari ini hari terakhri kursus pra perkahwinan yang saya ikuti.


"Akak jahit sendiri baju pengatin nanti, dik. Banyak kos keluar kalau sewa atau tempah ni," balas sahabat tersebut.


"Banyak duit nak pakai lagi untuk beli bunga telur sekali dengan telur, buah tangan untuk tetamu..," sambungnya lagi.


"Betul! Betul! Cadar, langsir dan hiasan-hiasan lain semua tu perlukan duit lagi," sambut sahabat yang bertanya tadi.


Saya menjungkit kening.


Kerisauan itu langsung tidak pernah menjengah hati saya.


Apa tidaknya, setibanya saya di tanah air, bilik bujang saya telah berubah menjadi bilik kelamin. Ibu dan ayah telah belikan set katil dan almari yang baru.


Bunga telur dan beg kertas berkotak-kotak telah bersusun di dalam almari. Begitu juga cadar, langsir. Baju pengatin tinggal menanti saya untuk memilihnya sahaja. (mungkin baju mengatin ini sedikit ujian untuk saya)


Katering semua telah ibu dan ayah tempah.


Subhanallah!


Pengorbanan ibu dan ayah untuk satu-satunya anak perempuan nya ini tidak terhitung bahkan tidak terbalas.



"kakak simpan sajalah duit royalti kak untuk kehidupan selepas kahwin nanti," ujar ibu ketika saya menawarkan untuk menyumbang sedikit wang royalti untuk kenduri nanti.



Sejak lahir sehinggalah hendak mendirikan rumahtangga pun saya masih bergantung penuh kepada ibu dan ayah.


Sudahlah semasa hendak menyambung pengajian ke Mesir, ibu dan ayah bermandi darah dan keringat mencari duit dalam jumlah yang tidak sedikit.


"Kamu berdua hendak bernikah, carilah duit sendiri," itu kata seorang bakal besan ibu saudara saya kepada sepupu saya dan pasangannya.


"Kena tunggu kerja dulu, baru kahwin. kalau tidak mana nak cari duit buat kenduri," ujar seorang teman.


"Bertuahnya munirah. ibu dan ayah benarkan kahwin semasa belajar. Ada dalam kalangan kami yang mahu berkahwin semasa belajar tetapi tidak diizinkan oleh ibubapa," adu seorang sahabat.


Ada seorang teman sekelas yang juga bakal mendirikan rumahtangga diberi syarat oleh ibu dan ayahnya agar tidak hamil sepanjang pengajian sehinggalah selesai.


Alhamdulillah.. Segal puji-pujian itu hanya selayaknya untuk Allah.


Sungguh saya bersyukur. Ibu dan ayah dengan mudah melepaskan saya untuk berkahwin semasa belajar. Tanpa apa-apa syarat. Bahkan mereka sanggup pula mengeluarkan belanja yang untuk pernikahan saya.




"Nanti bunga teluar kita nak buat berapa banyak?" tanya ibu sewaktu saya maklumkan mahu berkahwin tahun ini.


Sungguh saya tidak duga itu reaksi ibu.


Saya tebak ibu akan bertanya, "boleh ke kahwin sambil belajar ini?"


Namun,Ibu dan ayah tidak meragui walaupun sidikit pun kemampuan saya untuk melayari rumahtangga ketika sedang belajar.


Ibu, setelah pulang dari kerja melipat sapu tangan untuk diberikan kepada tetamu nanti. Setelah pulang kerja menemani saya ke kedai pengatin. Hujung minggu menghantar saya ke kursus perkahwinan.


Ibu dan ayah buah hati saya yang tiada ganti. Terima kasih ibu! Terima kasih ayah! Sayang ibu! Sayang ayah!