"Akak sewa ke tempah baju pengatin?" tanya seorang peserta kepada sahabat di sebelahnya.
Saya yang duduk di barisan hadapan mereka memasang telinga. Hari ini hari terakhri kursus pra perkahwinan yang saya ikuti.
"Akak jahit sendiri baju pengatin nanti, dik. Banyak kos keluar kalau sewa atau tempah ni," balas sahabat tersebut.
"Banyak duit nak pakai lagi untuk beli bunga telur sekali dengan telur, buah tangan untuk tetamu..," sambungnya lagi.
"Betul! Betul! Cadar, langsir dan hiasan-hiasan lain semua tu perlukan duit lagi," sambut sahabat yang bertanya tadi.
Saya menjungkit kening.
Kerisauan itu langsung tidak pernah menjengah hati saya.
Apa tidaknya, setibanya saya di tanah air, bilik bujang saya telah berubah menjadi bilik kelamin. Ibu dan ayah telah belikan set katil dan almari yang baru.
Bunga telur dan beg kertas berkotak-kotak telah bersusun di dalam almari. Begitu juga cadar, langsir. Baju pengatin tinggal menanti saya untuk memilihnya sahaja. (mungkin baju mengatin ini sedikit ujian untuk saya)
Katering semua telah ibu dan ayah tempah.
Subhanallah!
Pengorbanan ibu dan ayah untuk satu-satunya anak perempuan nya ini tidak terhitung bahkan tidak terbalas.
"kakak simpan sajalah duit royalti kak untuk kehidupan selepas kahwin nanti," ujar ibu ketika saya menawarkan untuk menyumbang sedikit wang royalti untuk kenduri nanti.
Sejak lahir sehinggalah hendak mendirikan rumahtangga pun saya masih bergantung penuh kepada ibu dan ayah.
Sudahlah semasa hendak menyambung pengajian ke Mesir, ibu dan ayah bermandi darah dan keringat mencari duit dalam jumlah yang tidak sedikit.
"Kamu berdua hendak bernikah, carilah duit sendiri," itu kata seorang bakal besan ibu saudara saya kepada sepupu saya dan pasangannya.
"Kena tunggu kerja dulu, baru kahwin. kalau tidak mana nak cari duit buat kenduri," ujar seorang teman.
"Bertuahnya munirah. ibu dan ayah benarkan kahwin semasa belajar. Ada dalam kalangan kami yang mahu berkahwin semasa belajar tetapi tidak diizinkan oleh ibubapa," adu seorang sahabat.
Ada seorang teman sekelas yang juga bakal mendirikan rumahtangga diberi syarat oleh ibu dan ayahnya agar tidak hamil sepanjang pengajian sehinggalah selesai.
Alhamdulillah.. Segal puji-pujian itu hanya selayaknya untuk Allah.
Sungguh saya bersyukur. Ibu dan ayah dengan mudah melepaskan saya untuk berkahwin semasa belajar. Tanpa apa-apa syarat. Bahkan mereka sanggup pula mengeluarkan belanja yang untuk pernikahan saya.
"Nanti bunga teluar kita nak buat berapa banyak?" tanya ibu sewaktu saya maklumkan mahu berkahwin tahun ini.
Sungguh saya tidak duga itu reaksi ibu.
Saya tebak ibu akan bertanya, "boleh ke kahwin sambil belajar ini?"
Namun,Ibu dan ayah tidak meragui walaupun sidikit pun kemampuan saya untuk melayari rumahtangga ketika sedang belajar.
Ibu, setelah pulang dari kerja melipat sapu tangan untuk diberikan kepada tetamu nanti. Setelah pulang kerja menemani saya ke kedai pengatin. Hujung minggu menghantar saya ke kursus perkahwinan.
Ibu dan ayah buah hati saya yang tiada ganti. Terima kasih ibu! Terima kasih ayah! Sayang ibu! Sayang ayah!
4 comments:
tahniah kak munirah!
nak kad jemputan!! hehe..
untungnya akak dapat kawin di usia muda..
doakan aisyah jgk yer..ngeh2~ (mode:gatal!)
mudah-mudahan Allah permudahkan semuanya..
barakallahulaki ya ukhti! :)
Munirah,besar sungguh pengorbanan ibu bapa kan?bila awak ckp,dari lahir sampai nak kahwin pun mak ayah tanggung..sebak rasa.huhu
btw,Tahniah!
salam
subhanallah kak..nsb baik salu follow blog akk ni. kalo x mesti sy tlepas ape. Kak, mabruk ye. jangan lupe kasi kad jemputan tau. jangan lupekan sy (^_~)
moga Allah mpermudahkan urusan kak
mabruk2 kak munirah n us....
ana doakan jodoh kalian kekal ke akhirnya...
sayang sangat x dpt pergi majlis perkahwinan akak n us nanti...
Post a Comment