Thursday, March 12, 2009

Manikam Kalbu

Bismillahirrahmanirrahim…

Saya baru selesai membaca satu lagi karya Saudara Faisal Tehrani, “Manikam Kalbu”. Sungguh menikam kalbu dan cukup kelakar. Tak kering gusi membacanya. Seperti sebelum-sebelumnya, membaca karya Saudara Faisal memang tidak sia-sia. Banyak input-input baru yang saya peroleh.

Tergerak hati untuk berkongsi di laman sesawang ini satu perkara yang cukup menarik perhatian saya, iaitu tentang Ziryab. Rupa-rupanya masih banyak tokoh-tokoh terkemukaIslam suatu masa dahulu yang saya tidak tahu. Contohnya, macam Ziryab ini. Saudara Faisal meletakkan nama Ziryab ini pada watak remaja lelaki dalam novel Manikam Kalbu ini.

Ziryab merupakan nama pereka fesyen terkenal Islam di samping beliau juga seorang ulama. Nama sebenarnya ialah Abul Hasan Ali ibn Nafi. Beliau dilahirkan di Iraq pada tahun 789 Hijrah. Beliuau merupakan ahli muzik dan anak murid kepada ulama muzik terkenal Ishak al-Mausili ketika era kehebatan dinasti Abbasiyyah. Malah beliau sangat terkenal di Adalusia dan dikatakan orang yang bertanggungjawab memperkenalkan fesyen musim dingin dan fesyen musim panas.Juga fesyen untuk musim gugur dan musim bunga. Pada abad ke-9, Ziryab memperkenalkan suatu gaya rambut baru untuk para wanita di Al-Andalus: suatu yang lebih penduk, potongan berbentuk, dengan bangs di dahi dan telinga tidak ditutup. Ziryab membukakan beauty parlour pertama dan “sekolah kosmetologi” untuk para wanita berhampiran Alcázar, Al-Andalus. Ziryab mengajar para wanita di Al-Andalus "pembentukan bulu mata dan kegunaan depilatories untuk memindahkan rambut badan. Di samping itu Ziryab juga mencipta sejenis ubat gigi, yang dia memasyhurkan sepanjang Islam Sepanyol. Ramuan-ramuan tepat pada ubat gigi ini kini tidak diketahui, tetapi tidak seperti ubat gigi orang Mesir dan Rom, ubat gigi Ziryab dilaporkan "berfungsi dan menyeronokkan rasa”. Ziryab mencipta minyak wangi lelaki bawah lengan di Al-Andalus.

Secara ringkasnya novel ini berkisar tentang seorang remaja lelaki yang memiliki hasrat untuk memurnikan bidang fesyen kini yang semakin tidak ketahuan akibat diteraju oleh golongan yang juga tidak ketahuan.

Membaca novel ini mengingatkan saya perbualan saya dengan seorang sahabat suatu ketika dahulu mengenai islamisasi industri perfileman tanah air. Kita sering mengharapkan adanya atau berlakunya perubahan dalam industri filem negara kita atau dalam perkataan lebih mudah kita mengharapkan lebih banyak filem-filem Islamik yang dihasilkan. Lantang kita mencerca dan mengutuk habis-habisan filem-filem yang yang dibuat oleh saudari Yasmin Ahmad misalnya. Silapnya kita ialah kita hanya pandai mengutuk dan mengata. Sedang orang-orang yang pandai dalam hal agama tidak ada yang mahu terjun dalam bidang ini untuk membuat perubahan. Tetapi kita- terus-terusan mengharapkan berlakunya perubahan dalam indistri ini. Fikir-fikir. Renung-renung.

Diharapkan akan lahir lebih ramai golongan seperti Ziryab ini. Bagi sahabat-sahabat yang belum baca, ruang-ruangkanlah masa untuk baca. Insyaallah tidak sia-sia. Tidak semua novel yang menjaja cinta murah dan cerita entah apa-apa. Ada novel yang berkualiti dan banyak membantu memberi input berguna. Tinggal kita bijak memilihnya. Selamat Membaca!

3 comments:

Huda Idris said...

chaiyok2.. bestnye kalu ade syariat seniri.. kak usu ade kilang wat novel, kak andak ade kilang air tasnim, kak huda ade..... kilang kluarkan paper. pastuh ubat2an. pastu ubat gg. kak andak ade kilang wat dinar emas, n kluarkan roti dan donut2 yg mcm entrec jual tu.. ha, ok x? amin.. hoo..tgh cuti ni, otak kene berjalan gak! seiring dgn ibadah dll..~~ mujahadah2.. Allah..

-hudaidris-

Huda Idris said...

maaf, -syarikat

qamar_muneera said...

betul tu huda. Huda, awak kan akan jadi ahli farmasi nanti, apa kata awak buat kajian tentang ubat-ubatan yang Allah sebut dalam al-Quran dan nabi sebut dalam hadis. awak tahu, sekarang masyarakat dunia semakin menolak ubat-ubatan yang berasakan dadah, alkohol, atau dalam erti kata lebih mudah, ubat-ubatan kimia yang ada hari ini. di hospital Israel mereka telah menolak sedikit demi sedikit penggunaan ubatan ini dan beralih kepada ubatan berasaskan madu setelah tiga puluh tahun mereka menjalankan kajian ke atas madu. mungkin 20 atau 30 tahun akan datang orang tidak lagi menggunakan ubatan hospital. terbukti dalam satu kes pesakit tumor otak. dia dah dibedah sekali tetapi penyakitnya semakin melarat. tetapi setelah mengambil madu, alhamdulillah dia pulih totally. sedangkan sebelum dia mengambil madu doktor mengesahkan dia tidak akan hidup lama kerana keengganannya untuk membuat pembedahan kali kedua. Kak Munirah berkesempatan sendiri untuk berjumpa insan ini..wallahu'alam