Monday, November 02, 2009

Menanti Kelahiran Anak Sulung

Bismilahirrahmanirrahim...

Sesungguhnya setelah kesulitan ada kemudahan. Dua tiga hari ini fikiran saya sedikit terganggu. Saya rasa tidak bersemangat saat ini walhal peperiksaan sudah sangat hampir.
Saat ini teringat manuskrip yang telah siap diedit yang saya telah kembalikan kepada pihak penerbit sebulan lalu.Pagi tadi saya meringankan jari jemari menaip emel kepada Encik Zakaria bertanya perkembangan manuskrip sulung saya ini, Perindu Pelangi.
Alhamdulillah ini emel balas yang saya terima dari Encik Zakaria.

Waalaikumussalam Siti Munirah,Manuskrip Perindu Pelangi sedang diedit. Saya serahkan tugas itu kepada novelis Siti Zabehah Ibrahim yang membantu menyunting secara sambilan.Saya jangka minggu ini atau awal minggu depan saya akan terima manuskrip yang sudah diedit itu daripada Zabehah. Rekabentuk cover juga sedang diusahakan. Kami sasarkan Disember untuk 'final'kan.

Emel ini sedikit sebanyak mengubat hati yang sedikit 'terluka'. Tidak sabar rasanya menanti kelahiran anak sulung ini. Doakan semuanya berjalan lancar. Ameen...

9 comments:

ninim said...

Assalamualaikum..sahabat lamaku Munirah...sudah makin berkembang kebolehanmu...Alhamdulillah..dari dunia pengucapan awam..beralih ke dunia penulisan..baguslah..selamat maju jaya sahabatku..aku masih aku yang dulu

Salam sayang,
bumi Tanjong Malim

qamar_muneera said...
This comment has been removed by the author.
qamar_muneera said...

Waalaikumsalam.
Aini hang pun apa kurangnya hebat di pencak debat.Hang masih hang yang dulu tapi km tidak. km dah tak boleh cakap kat depan lagi. Entah ke mana pergi keberanian yang pernah singgah dalam diri ini dulu.Sehingga tahap km tak berani balik ke sekolah. tak mahu berhadapan dengan Cikgu Harison, Cikgu Kamil dan guru-guru lain yang pernah tahu kisah silamku.Ah! km telah melalui zaman gelap sejak keluar dari SMKA atau lebih. Teraba-raba di sana sini. Mungkin ini satu tarbiyyah dari Allah buat diri agar tidak terus leka dengan kejayaan demi kejayaan yang dikurnia-Nya. dan sekarang dalam usaha membina diri balik. km cuba hendak jadi seperti dulu tapi km masih tidak berdaya. Sebab tu km beralih dalam bidang penulisan. Apa pun, biar di mana pun posisi kita, kita adalah duta-duta Islam yang akan terus menjaga dan mempertahankan Islam di posisi kita. Doakan km berjaya dalam pencarian diri ini semula. Km dalam proses membuat satu keputusan besar dalam hidup km. doakan..

Kholah Afifah said...

x sabar rasanya nak baca anak sulung kak muni ni...

qamar_muneera said...

Hehe.Semoga bermanfaat buat Iba..

qamar_muneera said...
This comment has been removed by the author.
sufygirl said...

slm,

mabruk adikku!
semoga terus istiqamah & segala urusan dimudahkan-Nya..ameen..^_~

qamar_muneera said...

ameen. Syukran akak. nanti kalu dah ada kat pasaran jangan lupa beli.hehe

Faizah Najihah said...

salam...munirah, masih ingat kami dak?faizah ni..kami rindu sangat kat munirah..datangla rumah kami jika ada lapang, datang ke u.m pun boleh..kami tinggalkan no contact-0195199556=)