Wednesday, February 10, 2010

Perindu Pelangi: Nantikan Karya Sulung Saya!

Bismillahirrahmanirrahim...



Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian,
Alhamdulillah pada Allah jua saya panjatkan kesyukuran atas nikmatnya yang berterusan, semoga dengan nikmat ini dapat sama-sama kita manfaatkan.

Karya sulung saya yang diterbitkan oleh Galeri Ilmu Sdn Bhd ini masih dalam proses pencetakan. Insya-Allah kalian boleh dapatkannya di Pesta Buku Antarabangsa tahun ini.

Novel Perindu Pelangi ini adalah novel pertama saya. Masih banyak aspek yang perlu saya perbaiki. Bagi sahabat-sahabat dan pembaca yang berkelapangan membaca novel ini kelak, komen-komen membina dari kalian amat saya harapkan.

Terima kasih atas sokongan sahabat-sahabat sekalian sama ada secara langsung atau tidak langsung. Budi kalian hanya Allah sahaja yang layak mengganjarkannya.

P/S: Syukran Sufi atas post ini!
Wallahua'lam...

12 comments:

-amal- said...

salam...kak munirah,dah keluar ke time pesta buku nanti?

aRiFF hAFIZi said...

salam akak munirah.

tahniah kepada akak atas penghasilan novel tersebut. tampaknya diam2 ubi berisi rupanya. moga2 dilimpahkan ilham dan rahmatnya. selamat berjuang dalam dunia kata2 akak.

p/s: saya teringin sangat nk baca karya tu. =)

crixerity said...

wah. lawa covernya. menarik...

Syahidah Mahassan said...

tahniah! insyaallah,

~faizah~ said...

salam..tahniah..faizah tahu perindu pelangi akan terbit, i-Allah.dah 2,3 kali ke kedai buku cari, akhirnya i-Allah bakal faizah peroleh untuk manfaat kita bersama..=)
sy akan menyokong munirah..

muhammad fakhruddin said...

Assalamualaikum,
diam-diam ubi berisi akak ni ;)

qamar_muneera said...

Syukran atas sokongan semua...=)

Durratul Akhyar said...

wah..x sabar menantikan karya akk..insyaAllah akan dapatkan di pesta buku..thanx 4 da info..

p/s: bangga2! seniorku punya hasil karya sendiri(^_~)

ninim said...

copy dan paste di blog ana

chanz said...

Salam ziarah..dan saya ucapkan tahniah! Tertarik dengan sinopsis cerita, iaitu tentang negara China. =)

Anis said...

saya dah baca buku ni....sgt menarik terutama bila akil merelakan perkahwinan xiao wei dgn yusof atas kehendak ayahnya...Tahniah...

Zaher said...

tahniah kerana berjaya menghsilkan satu karya yg cukup berkualiti dan matang. bila baca Perindu Pelangi terasa macam sedang menonton filem box-office...