Di sempadan sewaktu menghantar sahabat-sahabat Selatan Thailand pulang
Di Rumah Tetamu Desa Tanjung, Lubuk Kawah, Bandar Darul Aman, Jitra
Belakang dari kiri : Suhaimi (Patani),Saiful (M’sia), Zaidi(M’sia), Zakariya( Chu Ya)(Patani), Halimah(Patani), Hayati(Patani), Azila(M’sia), Romlah( M’sia)
Di hadapan dari kiri: Abdul Salam(Patani), Arofin(Patani), Wajdi(Patani) dan Adnan(Patani)
Dan saat jari jemari saya sedang rancak mengetip papan kekunci computer peribadi saya ini, air mata saya hampir tidak dapat ditahan lagi. Sungguh. Saya rindukan mereka.
Perkenalan sepuluh hari dengan mereka seramai lapan orang (tujuh daripadanya tidak pernah saya temui sebelum ini. Hanya Chu Ya telah sahaja yang saya kenali) sudah cukup membuatkan hati-hati kami bertaut.
Nikmat apakah yang telah Allah campakkan ke dalam hati saya ini.
Dahulu, hati saya ini cukup keras untuk menerima ketukan uhkwah dari sahabat-sahabat seperjuangan. Saya hanya benar-benar merasainya setelah saya saya berjauhan dengan mereka. Bertahun juga masa diambil.
Alhamdulillah, Allah memilih saya untuk merasai nikmat ukhwah ini.
“Macam mana boleh demam ni, munirah. Ke rindu orang Selatan Thailand,” usik Kak Fatin. Saya tersenyum. Sehari selepas mereka pulang tiba-tiba saya demam pula. Boleh jadi demam rindu.
“Kalau tak mahu doa pun ingat jadilah,” ujar Chu Ya.
Seorang lelaki datang duduk bersama-sama dengan Rasulullah SAW. Tiba-tiba lalu seorang lelaki di hadapan mereka.
Lelaki tadi berkata kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku mengasihi lelaki ini.”
Nabi SAW bertanya, “Adakah kamu telah memberitahunya?”
Kata Nabi SAW, “Beritahulah kepadanya.”
Lantas dia berjumpa lelaki tersebut dan berkata, “Sesungguhnya aku mengasihi kamu kerana Allah.”
Lelaki itu menjawab, “Semoga Allah mencintai kamu yang telah menjadikan kamu mencintai aku kerana-Nya.”
Sungguh, saya sayang dan kasih kepada mereka. Mahu sahaja saat ini saya menjerit sekuat hati agar mereka di sebelah sana mendengarnya.
“Insya-Allah, kalau ada rezeki sampailah saya dalam program tu,” jawab saya. Abdul Salam juga bertanya hal yang sama.
Satu slot yang diberikan oleh Saiful kepada saya membuatkan gelaran itu lekat sehingga ke akhir program. Saya ajarkan mereka Bahasa Melayu dalam slot berkenaan. Oleh sebab itu mereka memanggil saya cikgu.
Ah, saya akan rindu panggilan itu. Moga saya akan mendengar mereka memanggil saya begitu lagi pada masa akan datang.

Saya terlelap dalam perjalanan pulang ke Pulau Pinang selepas menghantar sahabat-sahabat Pattani di sempadan. Ketika terjaga saya terdengar perbualan Kak Lillah. Dia menceritakan satu daripada lautan pengalamannya sepanjang program roadshow Aman Pattani yang selesai semalam.
saya pernah bertanya pada kawan saya di sana... ada tak orang lain yang seperti kita?" lirih Kak Tee
"ada tak orang lain yang mahu membantu kita?" tokok Kak Tee lagi"ada tak?" Kak Tee menagih jawapan.
"dan saya tak sangka saya dapat bertemu orang-orang itu di sini.. saya malu pada Lillah dan kawan-kawan Lillah.. kerana kamu semua berada di tempat yang senang tetapi sanggup memilih jalan yang susah.. jalan perjuangan.."
"sedangkan ramai kawan-kawan di sana yang tidak mahu berjuang... yang takut susah.."gadis genit itu bertutur perlahan. (Kak Tee merupakan salah seorang daripada sahabat dari Selatan Thailand yang turun ke Malaysia untuk program Roadshow yang dianjurkan oleh pihak AMANI).
Saya menemani dia di dalam kenderaan sementara sahabat-sahabat lain sedang sibuk di dalam masjid menguruskan road show.. sahabat ini lelah, dadanya sakit. Walaupun sakit, dia tetap cekal untuk bersama kami sehingga tamat road show. (sedutan dari blog Kk Lillah yang turut saya dengar dalam perjalanan pulang )
Dan saat jari jemari saya sedang rancak mengetip papan kekunci computer peribadi saya ini, air mata saya hampir tidak dapat ditahan lagi. Sungguh. Saya rindukan mereka.
Perkenalan sepuluh hari dengan mereka seramai lapan orang (tujuh daripadanya tidak pernah saya temui sebelum ini. Hanya Chu Ya telah sahaja yang saya kenali) sudah cukup membuatkan hati-hati kami bertaut.
Nikmat apakah yang telah Allah campakkan ke dalam hati saya ini.
Dahulu, hati saya ini cukup keras untuk menerima ketukan uhkwah dari sahabat-sahabat seperjuangan. Saya hanya benar-benar merasainya setelah saya saya berjauhan dengan mereka. Bertahun juga masa diambil.
Alhamdulillah, Allah memilih saya untuk merasai nikmat ukhwah ini.
“Macam mana boleh demam ni, munirah. Ke rindu orang Selatan Thailand,” usik Kak Fatin. Saya tersenyum. Sehari selepas mereka pulang tiba-tiba saya demam pula. Boleh jadi demam rindu.
“Kalau tak mahu doa pun ingat jadilah,” ujar Chu Ya.
Insya-Allah, tautan ini bukan sekadar membawa kepada rindu yang berpanjang. Tautan ini akan menguatkan semangat saya dan sahabat-sahabat di Malaysia untuk terus menghulurkan segala yang termampu buat membantu sahabat-sahabat di sana.
Teringat sebuah kisah yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik.
Seorang lelaki datang duduk bersama-sama dengan Rasulullah SAW. Tiba-tiba lalu seorang lelaki di hadapan mereka.
Lelaki tadi berkata kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku mengasihi lelaki ini.”
Nabi SAW bertanya, “Adakah kamu telah memberitahunya?”
Jawab lelaki tadi, “Tidak.”
Kata Nabi SAW, “Beritahulah kepadanya.”
Lantas dia berjumpa lelaki tersebut dan berkata, “Sesungguhnya aku mengasihi kamu kerana Allah.”
Lelaki itu menjawab, “Semoga Allah mencintai kamu yang telah menjadikan kamu mencintai aku kerana-Nya.”
Sungguh, saya sayang dan kasih kepada mereka. Mahu sahaja saat ini saya menjerit sekuat hati agar mereka di sebelah sana mendengarnya.
Namun, saya percaya, tanpa berbuat demikian pun Allah sudah terlebih dahulu menitipkan rasa hati saya kepada mereka. Allah telah bisikkan ke telinga mereka tentang apa yang terdetik di hati nurani saya. Saya percaya itu dan tidak akan berhenti daripada mempercayainya.
Moga kasih dan sayang yang tumbuh ini adalah kerana Dia semata-mata kerana saya menginginkan kami kembali berkumpul dalam taman-taman syurgaNya kelak.
“Cikgu munirah, datang tidak program pada 17,28 dan 29 nanti?” tanya Suhaimi atau lebih mesra dipanggil Ban.
“Insya-Allah, kalau ada rezeki sampailah saya dalam program tu,” jawab saya. Abdul Salam juga bertanya hal yang sama.
Satu slot yang diberikan oleh Saiful kepada saya membuatkan gelaran itu lekat sehingga ke akhir program. Saya ajarkan mereka Bahasa Melayu dalam slot berkenaan. Oleh sebab itu mereka memanggil saya cikgu.
Ah, saya akan rindu panggilan itu. Moga saya akan mendengar mereka memanggil saya begitu lagi pada masa akan datang.
Ya Allah, semoga Engkau redha dengan tautan cinta ini.
No comments:
Post a Comment