“Apa akan jadi kepada generasi negara ini pada masa akan datang, jika kita terus melahirkan mereka?” tegas beliau.
Menurut Elizabeth, pesakit talasemia memerlukan pemindahan darah setiap bulan, selain kos ubat membuang zat besi dari tubuh sepanjang hayat mereka.Tetapi, apa yang lebih menakutkan, jangka hayat mereka juga tidak panjang iaitu antara satu hingga dua dekad saja. Ini kerana, 80 peratus daripada mereka akan meninggal dunia.
Talasemia merupakan sejenis penyakit darah yang diwarisi kerana ketidakupayaan tubuh menghasilkan hemoglobin.Hemoglobin sejenis protein yang terdapat dalam sel-sel darah merah yang membawa oksigen dan zat makanan ke seluruh tubuh.
Menurut beliau, sekiranya pasangan terbabit tahu status diri dan tetap mengambil keputusan untuk berkahwin, itu adalah hak mereka.
Begitu juga dengan anak-anak yang bakal mereka lahirkan. Menceritakan pengalamannya,
Elizabeth memberitahu, setiap kali beliau membuat diagnosa kanak-kanak di klinik, rata-rata di kalangan ibu mereka tidak tahu status kesihatan diri.
“Itulah yang menyentuh perasaan saya, kerana setiap kali saya mengajukan soalan, jawapan mereka mengecewakan.
“Rata-rata tidak tahu mereka pembawa talasemia. Ini menunjukkan adalah bahawa kesedaran tentang talasemia masih rendah,” jelasnya.
Di sesetengah negara seperti Cyprus misalnya, pasangan yang merancang berkahwin perlu menyediakan sijil yang mengesahkan mereka telah menjalani ujian darah.
Begitu juga di Maldives, sebahagian besar rakyatnya beragama Islam. Kadi yang menikahkan pasangan akan meminta sijil pengesahan menjalani ujian darah.
“Sekalipun ia bukanlah sesuatu yang termaktub dalam undang-undang, tetapi kerana kesedaran, mereka sanggup melakukan sesuatu untuk kebaikan rakyat negara mereka,” jelas Elizabeth.
Menurut beliau, talasemia merupakan sejenis penyakit yang meninggalkan trauma bukan saja kepada pesakit, malah kepada seluruh keluarga.
Bayangkan, katanya, bayi yang didiagnos seawal tiga bulan terpaksa menanggung kesakitan dan menjalani pemindahan darah untuk memastikan mereka terus bernafas. Malah, katanya, tidak seperti kanak-kanak lain, semangat kanak-kanak talasemia ini agak luntur.
Ini kerana, sebahagian besar kehidupan mereka terpaksa dihabiskan di hospital menyebabkan mereka kelihatan bosan dengan sesiapa saja yang menyapa mereka. Menurut Elizabeth, pemindahan darah, suntikan ubat-ubatan untuk mengeluarkan zat besi antara trauma dan pengalaman pahit yang terpaksa dilalui oleh kanak-kanak talasemia ini.
Ibu yang ketika itu sedang bertugas bergegas mendapatkan saya di klinik kesihatan.
"Darah kakak jenis apa?" tanya ayah. Sambil menunggu ibu datang ke Klinik Kesihatan Kubang Semang.
Ayah yang menemani saya pergi membuat pemeriksaan darah.
"O positif" jawab saya.
Ayah mengerutkan kening.
"Kakak buat ujian grup darah di mana?" tanya ayah lagi.
"buat kat Mesir masa lab physio,' jawab saya.
"Macam mana darah kakak boleh O sedangkan ayah dengan ibu darah A?" soal ayah lagi.
Saya menjungkit bahu.
Sepatutnya saya perlu mengadakan temu janji pada minggu berikutnya bagi menjalankan sekali lagi untuk ujian Talasemia. Namun ibu mahu peemriksaan dijalankan pada hari yang sama. Oleh itu, saya terpaksa menderma darah lagi untuk pemeriksaan kedua.
"Nanti kakak buat ujian grup darah sekali ya!" pesan ibu.
Saya mengangguk kepala.
Untuk sehari itu, kedua-dua belah cubital vein sayabersama-samadengan sebatang jari dicucuk untuk mengambil darah.
"Ini baru sikit. Nanti mengandung, beranak, bersalin, lagi banyak darah dik," pujuk jururawat yang bertugas.
saya tersenyum malu.
Ingat lagi masa kali pertama ambil darah dalam lab physio, saya sampai pening-pening. Padahal cucuk sikit saja jarinya.
Keputusan ujin darah sata tetap O positif.
Manakala ujian darah untuk Talasemia belum keluar. berdebar-debar menanti.
Alhamdulillah, setelah bakal suami membuat pemeriksaan darah untuk talasemia, semuanya normal.
Semoga keputusan ujian darah saya nanti juga normal.