Friday, August 19, 2011

Muhasabah Cinta

Bismillahirrahmanirrahim....


Baru-baru ini, saya terjatuh dari motor sewaktu hendak turun dari motor. Hihi mungkin sebab jarang2 naik motor. Entah macam mana kain saya tersangkut pada motor. Itu baru membonceng. Kalau saya yang bawa sendiri tak tahulah. Sememangnya saya tak tahu menunggang motor. Mujur masa itu saya dan kak Asti sudah sampai di rumah.

Mula-mula memang tak sakit. Namun ketika bangun sahur saya mula rasa sengal-sengal di badan.

Teringat kisah Kak Fatin di awal perkahwinannya dulu. kak Fatin jatuh sewaktu keluar dari bilik air kerana lantai licin. Kak Fatin menangis.

"Akak menangis bukan kerana sakit tapi bimbang berlaku sesuatu pada sistem peranakkan," ujar Kak Fatin.

Namun sekarang Kak Fatin sudah punya anak berusia enam bulan. Menjadi ibu sebelum usia perkahwinan mencecah setahun pun. Jadi maksudnya kak Fatin menyambut ulang tahun perkahwinan pertama bersama babynya Hikmah Insyirah. Alhamdulillah...

Jadi ,pagi itu saya pun luahkan kebimbangan saya kepada sahabat-sahabat.

" Jangan risau pada sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah. Jodoh, rezeki, anak semua itu telah Allah tetapkan untuk kita. Sebaliknya risaulah pada sesuatu yangtidak menjadi ketetapan Allah yakni amalan kita. Allah tidak menetapkan amalan kita sebanyak ini atau sebanyak ini," nasihat Kak Wani.

Saya terdiam memikirkan kata-kata Kak Wani. Memang selama ini rasanya kita gemar sungguh bimbang akan perkara-perkara yang telah ditetapkan oleh Allah.

Padahal yang lebih utama untuk kita risaukan adalah amalan kita. Amalan tidak ditetapkan oleh Allah. bergantung kepada kita sejauh mana berusaha mencari dan memenuhkan bekalan amalan kita.

Renungan bersama....


1 comment:

HafizahNik said...

Suka sangat nasihat tu!