Thursday, May 28, 2009

Pilihanraya Kecil Dun Penanti

Bismillahirrahmanirrahim...


90 peratus mengundi bahawa PKR akan menang mudah di Penanti. Itu apa yang saya baca hasil survey yang dibuat oleh akhbar Sinar Harian. Saya sendiri tidak menafikan hal itu. sebenarnya, perkara ini perlu dibimbangi. Walaupun BN tidak menghantar calon, tidak bermakna mereka terus menyepi begitu sahaja. Musuh yang tidak dapat dilihat ini lebih ditakuti. Mereka memasang strategi lain pula setelah menarik diri dari pilihanraya ini. Saya berkenan untuk berbicara tentang perkara ini di sini.

Saya tertarik denga alasan seorang sahabat ketika saya mengajaknya turun untuk membantu pilihanraya kecil Dun Penanti . sahabat saya menolak untuk turun padang membantu pilihanraya kerana katanya dia tidak begitu berkenaan kerana Pakatan Rakyat diwakili oleh parti PKR di samping sebab-sebab lain. Rupa-rupanya bukan dia sahaja yang berpandangan begitu.





Mengapa Pas perlu turun membantu walaupun kita menyedari bahawa PKR mampu menang mudah di Penanti?




Walaupun PKR mampu menang mudah dan PAS tidak menghantar calon untuk bertanding, tidak bermakna kita boleh lepas tangan. Musuh terus menggempur kita tanpa pernah kenal penat lelah. Masakan kita boleh duduk berpeluk tubuh lagi. pelbagai khabar angin disebarkan antaranya pengundi PAS memboikot pilihanraya dan tidak mahu turun mengundi. Malah, pada 31 Mei nanti satu lawatan ke Wang Kelian telah diatur oleh pihak tertentu bagi mengelakkan pengundi turun mengundi.




Justeru, tidak dapat tidak kita mesti turun padang bagi member penjelasan kepada masyarakat bahawa apa yang mereka d engar itu adalah tidak benar.



Kita perlu melihat jauh ke hadapan. Pilihanraya kecil ini besar impaknya untuk Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Andai hari ini hubugan kerjasama antara parti dalam Pakatan Rakyat berantakan dan pincang, bagaimana kita hendak mengharungi gelombang pilihanraya lebih besar kelak? Dalam tempoh sebelum pilihanraya ke-13, kita perlu memenangi hati rakyat dalam usaha mendapatkan kepercayaan mereka untuk memerintah Negara suatu hari nanti.

Saya petik di bawah kata-kata Pesuruhjaya PAS negeri Pulau Pinang, Ustaz Saleh Man yang disiarkan dalam di paspenanti.blogspot.com


Parti Islam Se-Malaysia(PAS) terus komited untuk memenangkan calon Pakatan Rakyat Dr Mansor Othman.Bermula semalam Pesuruhjaya PAS negeri Pulau Pinang, Ustaz Saleh Man telah melancarkan kesemua unit peti undi(PAS) untuk memenangkan Calon Pakatan Rakyat.Dalam ucapannya Ustaz Salleh meminta supaya setiap UPU mengerakkan semua pengundi PAS untuk turun mengundi Dr Mansor Othman pada 31 Mei 2009 nanti.Beliau juga mengingatkan semua pekerja parti supaya tidak mengambil sikap sambil lewa dan melepas tangan walaupun bukan calon PAS yang bertanding.Beliau juga menyeru ahli PAS supaya mengamalkan sikap setiakawan yang tulen dan terus menjadi pendokong kepada perjuangan Pakatan Rakyat dalam rangka menafikan kemenangan UMNO pada Pilihanraya Umum ke 13 nanti.

2 comments:

Huda Idris said...

hoho.. isu semasa saya dah berkarat...

byk guh le alasan..

cmne manuskrip kak?
hehe, goodluck !

qamar_muneera said...

tak siap lagi Huda. huhu. stop kejap untuk wat kerja pilihanraya dan turun program kat sekolah. jemu juga duduk depan laptop je. doakan kak munirah sempat untuk siapkan manuskrip tu sebelum masuk kauantan nanti.huhu