Bismillahirrahmanirrahim...
300 Bantah Pindah Kubur Hindu
Jalan-jalan di laman sesawang telah menemukan saya dengan satu berita bertajuk "300 Bantah Pindah Kubur Hindu". Saya tertarik dengan berita ini.
Lebih 300 penduduk termasuk waris kepada ahli keluarga mereka yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Hindu di Ladang Batu Pekaka, Kuala ketil dekat Sungai Petani membantah rancangan kerajaan negeri yang mahu memindahkan tanah perkuburan itu di tempat baru. Kerajaan negeri bercadang untuk membina Kolej universiti Insaniah di atas tanah perkuburan itu.
Begitu bersemangat kaum ini mempertahankan tanah perkuburan mereka.
Kenapa ya pentingnya tanah perkuburan ini dipertahankan?
Misteri Kubur
berbelas tahun lalu, di Jalan Datuk Keramat, Kampung Makam Tuan Guru Haji Kassim, bersemadi aman lebih kurang empat puluh ahli kubur di atas tanah wakaf itu. Namun, kini sebuah bangunan Kelab UMNO berdiri gah pula di sana.
Kemana perginya kubur-kubur itu?
Tidakkah ini satu misteri?
Sebenarnya ini bukan misteri. Penduduk Kampung Makam tahu ke mana perginya kubur-kubur ini.
pada 25 Februari 2003, beberapa anggota UMNO cawangan, pemberita TV3, beberapa anggota polis tidak beruniform,pemberita utusan malaysia dan kontraktor cina datang ke Kampung Makam memaklumkan penduduk mereka mahu membina sebuah tadika. Hakikatnya, kini berdiri agam bangunan UMNO dia atas tanah perkuburan di tanah wakaf itu! Lebih kurang 40 buah kubur keluarga Tuan Guru Haji Kassim telah dilanyak penuh rakus tanpa pembelaan melainkan oleh sebilangan penduduk yang tiada kuasa sebesar Majlis Agama!
Saya terfikir, adakah kita orang melayu dan beragama Islam ini terlalu lemah dan tidak berdaya sehingga hendak mempertahankan kawasan perkuburan saudara kita pun kita tidak mampu?
Alhamdulillah. Allah takdirkan saya menjadi sebahagian dari keluarga Akademi Dakwah '09. Baru saya tahu, di negeri tumpahnya darah saya ini, saudara seagama dan sebangsa saya sedang dilanyak dan dianiaya. Bukan sahaja oleh bangsa lain tetapi oleh mereka yang seagama dan sebangsa dengan saya juga.
Misteri ini terjawab ketika saya melawat Kampung ini.
Amat menyedihkan sekali. Di Jalan Zainol Abidin di Pulau Pinang, perkuburan Yahudi terjaga rapi.
Mungkin ramai yang merasakan apa perlunya dibangkitkan isu remeh menjaga kawasan perkuburan ini.
Hakikatnya, kubur merupakan salah satu monumen sejarah yang penting. Bukan itu saja,kita sebagai umat Islam diminta menghormati jiwa-jiwa lain walaupun seseorang itu sudah meninggal dunia. Rasulullah SAW mengajar kita memberi salam bukan sahaja kepada yang hidup tetapi juga kepada yang telah meninggal dunia.
Memang jalan penyelesaian untuk masalah ini belum dapat dikenalpasti namun sekurang-kurangnya, pengalaman turun sendiri ke Kampung Makam telah membuka mata saya. Lambakan masalah umat di luar kampus memerlukan aktivis muda dan ahli gerakan untuk turun kelapangan. Saat menjejak kaki ke sana, baru saya tahu, bertapa selama ini sempitnya skop dakwah yang saya fahami.
Ayuh sahabat-sahabatku, kerja kita bukan sekadar mengkader ahli-ahli baru, turun bertempur di medan demonstrasi ataupun membantu parti yang kita dokong menang pilihanraya. Bukan maksud saya menyuruh kalian berhenti gerakkerja jemaah dan pergi menjadi penjaga kubur. Isu kubur ini hanya sebahagian kecil daripada lambakan masalah umat di luar kampus.
Isu Kubur ini juga menjadi penanda aras bahawa lemahnya kita mempertahankan hak kita di negara kita sendiri. Mungkin ini hari ini, kita hilang kawasan kubur. Esok kita hilang negara. Banyak lagi isu lain yang memerlukan perhatian kita. Sama-sama kita buka mata, buka minda!
Sungguh kerja kita masih banyak!
3 comments:
di manakah harus ku mulakan langkah pertama untuk menyahut seruan mu?
Salihah, di luar sana ada lambakan isu misalnya, isu masyarakat minoriti( orang asli misalnya), isu pergolakan antarabangsa( kes selatan thai misalnya). isu gejala sosial di malaysia( isu penagihan dadah di tempat sendiri misalnya), isu pendidikan, pemikiran dan alam sekitar. awak pernah cakap awak minat isu alam sekitar bukan> pilih satu isu yang paling diminati dan dalami serta cari penyelesaian terbaik untuk menyumbang dalam isu itu. Kalau saya, saya pilih isu pergolakan antarabangsa dan pemikiran. Dan kebolehan saya pula menulis. Jadi saya bercadang untuk menulis, artikel, novel, cerpen yang mengangkat tema ini untuk menyedarkan masyarakat bahawa saudara kita di Pattani memerlukan kita. Dalam akademi dakwah, kami disediakan wadah untuk berjuang berdasarkan minat masing-masing. Tetapi saya tegaskan di sini, Angkatan Pemuda Pemudi Islam bukan lah jemaah baru cuma sebuah NGO. Insya-Allah, kalu berkesempatan saya panjangkan dalam blog nanti...
akak- malunya...
bersemnagat baca artikel akak ni
tercabar saya- adoi
doakan saya kak munie
doakan saya !!!
Post a Comment