Bismillahirrahmanirrahim...
Rindu Masuk Kuliah
Sebulan lebih tidak masuk kuliah. Rasa rindu untuk kembali masuk kuliah. Surat tawaran untuk sambung STAM dari Perlis sudah sampai. Saya mahu ambil STAM di Melaka. Surat itu saya abaikan. Surat tawaran dari Melaka belum sampai. Bimbang pula yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Alamat menganggurlah saya sementara menanti bulan Oktober ini jika surat tawaran dari Kolej Teknologi Islam Melaka (KTIM) sampai sudah tidak sampai-sampai.
Tidak Mahu Berahsia Lagi
Rasanya, saya tidak mahu berahsia lagi. Pada sesetengah rakan saya maklumkan saya hendak mengambil STAM sahaja. Pada sesetengah yang lain saya beritahu saya mahu ke Mesir mengambil perubatan. Sebahagian kecilnya tahu keseluruhan cerita.
Setelah lama fikir( sebenarnya dari matrik beberapa percubaan untuk menukar kos telah saya lakukan termasuk di universiti lain. Namun yang berjayanya hanya pertukaran dari asasi kejuruteraan ke asasi sains fizikal di UIA) saya bertekad untuk ambil keputusan ini. Sayangnya, semasa keputusan diambil, sudah terlewat. Saya terlepas untuk terbang ke Mesir bagi mengambil perubatan bersama-sama beberapa orang sahabat. Setelah berbincang dengan pihak yayasan serta dengan ibu dan ayah, keputusan yang diambil, saya akan pergi tahun depan. Jika ada rezeki pergi dengan adik, Shidqullah. Doakan keputusan peperiksaannya baik.
Habis kenapa keluar dari UIA? Kenapa tidak tunggu sampai bulan Oktober sahaja di UIA?
Sukar saya hendak cakap. Kemuncak keputusan saya ini adalah apabila saya mula mengakui kebenaran kata-kata beberapa sahabat. “Matematik ini tidak tercapai dek pemikiran,” “Susah hendak mengaitkan antara matematik dan kehidupan terutamanya tentang ketuhanan,”.
Saya mula rasa ruginya masa belajar sesuatu yang tidak tercapai dek pemikiran. Lalu saya mengambil keputusan tukar bidang. Mungkin juga ada sedikit sebanyak desakan daripada ibu bapa yang sejak dulu mahu saya mengambil bidang perubatan. Namun ini hanyalah sebahagian sebab dan masih ada sebab-sebab lain yang sulit untuk saya nyatakan di sini.
Setahun Allah tahan saya di sini lagi mungkin untuk saya nilai semula tentang keputusan mengambil bidang perubatan ini. Mungkin, masa buat keptusan tempoh hari saya terlalu mengikut emosi. Namun, sehingga saat saya menulis entri ini, saya masih tetap dengan keputusan saya dan tidak akan berganjak lagi. Insya-Allah.
Kenapa ambil STAM?
Saya ambil STAM sebab setelah mengambil keputusan untuk tukar bidang pengajian tempoh hari, saya sudah tidak boleh berhadapan lagi dengan matematik. Saya masuk ke kelas tanpa membawa hati. Jadi, saya ambil keputusan ini. Tak baiknya ambil STAM sebagai transit sahaja! Namun, saya sudah letak beberapa matlamat sepanjang pengajian STAM nanti. Terutamanya, dari segi Al-Quran saya sendiri sebab salah satu subjek STAM adalah hifz Quran. STAM adalah peluang terbaik buat saya mencari ruh Al-Quran yang telah hilang daripada diri di samping mendalami Bahasa Arab dan ilmu-ilmu agama lain.
Ruginya Umur!
Ramai yang komen demikian ketika saya ceritakan hal yang sebenar. Saya tidak rasa begitu. Sepanjang mengaji kejuruteraan, matematik dan akan datang STAM dan perubatan, saya sentiasa bergelumang dengan ilmu. Lalu di titik mana saya rugi ? Walaupun ketika belajar matematik perasaan itu timbul, namun matematik tetap ilmu. Itu terpaksa saya akui bahkan perlu akui. Saya akan cuba cari ruang dan peluang untuk mengkaji dan mencari hubung kait matematik dan ketuhanan. Kalau ada sahabat-sahabat dapat membantu, saya alu-alukan.
Kenapa tidak ambil perubatan awal-awal dulu?
Keputusan untuk ambil kejuruteraan( mula-mula dulu sebelum tukar ke sains fizikal) saya buat sewaktu di Darul Quran. Sebabnya? Biarlah saya sahaja yang tahu. Namun, apa yang boleh saya katakan keputusan itu dibuat mengikut emosi tanpa istikarah dan perbincangan dengan sesiapa pun. Jadikan ini pengajaran.
Kurangkan Beban
Untuk mengurangkan beban ibu dan ayah, saya cuba untuk mencari pendapatan sendiri. Alhamdulillah, Allah berikan ruang dan peluang untuk saya pergi jauh dalam bidang penulisan. Ruang ini bukan sahaja menjadi medan dakwah bahkan turut memberikan pulangan buat saya. Moga Ibu dan ayah tidak terbeban lagi menanggung anak mereka yang seorang ini.
Kesimpulan
Akhirnya, semoga rentetan cerita yang sebenar jelas buat sahabat-sahabat semua. Saya tulis entri ini untuk elak salahfaham berlaku dek versi-versi cerita yang berbeza. Maaf, bukan niat hendak rahsiakan cuma ketika itu tidak yakin untuk nyatakan. Bimbang nanti apa pula orang kata. Kini saya tidak kisah lagi apa orang hendak kata. Sedikit sebanyak saya sudah nampak kesan dari keputusan saya. Sehingga saat ini, kesannnya masih positif. Semoga kesan baik mengatasi kesan negatif.
Kita merancang, Allah juga merancang. Namun, Allah jualah sebaik –baik perancang. Semoga perancangan saya ini selari dengan perancangan Dia. Ameen.
10 comments:
"Pasal kahwin, ibu sudah bagi lampu hijau berkahwin masa belajar. Cuma calon sahaja belum ada. Hehe."
wah, betuahnya akak. hehe. semoga akak membuat keputusan yang tepat. insya-Allah. mengenai matematik, aku akan cuba dapatkan jawapannya daripada kawan yang hebat math sambil memikirkannya sendiri. tetapi, jika dilihat sendiri, mathematics merupakan ilmu berfikir secara logik, mengasah daya berfikir logik. jadi, ianya amat berguna apabila berdepan dengan atheis yang amatlah tidak menerima benda selain logik. hehe. :D
contohnya, Allah maha pencipta. kata Allah mencipta perisai paling tahan. tak tembus apa sahaja. lalu, cipta pedang yang paling tajam dan boleh menembus apa sahaja. apa akan jadi bila keduanya berhadapan?
ini contoh logik yang direka oleh orientalis untuk menyesatkan. :)
Itu juga yang awak highlight ye Mirul. hehe. apapun pasal tu akak tak fikir lagi buat masa ni.
Hmmm.., akak pun baru tahu matematik tu mengasah fikiran kita waktu mula-mula masuk main campus hari tu. Dulu, akak ingat matematik ni cuma buat kira-kira saja. Mungkin akak bukan jeins pemikir atau dalam erti kata lain malas berfikir. Kesannya jadilah macam ini.
Apapun Mirul, terima kasih atas info tu. Akak alu-alukan info yang lain. Ada sahabat-sahabt lain juga memerlukan info sedemikian. Untuk pengetahuan Mirul, akak dah dengar banyak kes yang terjadi macam kes akak ni. Mungkin info-info dari Mirul boleh bantu mereka yang lain juga.
Mirul memang menonjol. Kan akak dah cakap. hehe. Syukran Doktor!
Aku sentiasa untuk membantumu wahai sahabat
Salam ziarah. Teringat post senior sy tentang matematik ni.
http://nim-diet.blogspot.com/2009/11/beauty-of-mathematics.html
Syukran Aini atas sokongan anda..
Syukran Hakim atas perkongsian laman blog tu..
Moga segala Urusan dipermudahkan Allah,dan keputusan yang telah diambil ,adalah yang terbaik buat diri anti,biarlah apa yang orang kata ..yang paling penting Yakin dengan Allah & diri sendiri !
=)
bukan lagi rahsia.. =) Allah pasti memandumu ke arah jalan yg terbaik.. salam sayang
salam munirah. walau apa pun keputusan yg munirah buat, kmi sentiasa sokong munirah.
Allah Maha Mengetahui. dan Dia tahu segala kebaikan dan keburukan untuk kita.
all the best sahabatku ;)
Post a Comment