Bismillahirrahmanirrahim...
Dapatkan novel PERINDU PELANGI di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 di booth Galeri Ilmu Sdn Bhd yang berada di ruang legar PWTC dengan diskaun sebanyak 15%. Booth Galeri Ilmu bernombor B-01.
PERINDU PELANGI
ISBN: 978-983-097-246-6
PENULIS: Siti Munirah A. Rashid
TEBAL: 388 halaman
HARGA: RM19/ RM21*
KOD: GB0069
Usia Akil masih terlalu mentah untuk menanggung musibah sebegitu berat. Mujurlah ada tangan yang simpati, lalu dia dibawa pergi – meninggalkan sepi pusara bonda dan tanda tanya tentang siapa ayahnya.
Belasan tahun Akil menikmati warna-warna kehidupan yang ceria di Guangzhou, China. Namun segalanya berubah selepas perkenalannya dengan Isador, angkasawan misteri yang mencari kebenaran.
Konflik dengan Ho Man, kemelut hubungannya dengan Xiao Wei dan peristiwa tragik sewaktu kepulangan singkatnya ke Malaysia . . . semua itu seakan petanda Allah menarik balik satu demi satu nikmat daripadanya.
Apakah dia akan terus merindui pelangi? Atau mungkinkah ada anugerah tersimpan untuknya di ufuk nan kelam?
UNTUK BELI SECARA ONLINE, LAWAT galeriilmu.com.my
10 comments:
Huhu..
Buku akak dah selamat dibeli oleh saya^_^
masahALLAH!!!!!!!!!!!!!!!!
ya rabb... moga thabat dalam perjuangan ukhty!:)*Sebak*
rindu kat munirah:(
Ainul pun baru je beli buku k.munirah...=)
Mabruk alaiki..
muni,
fiza pesan kat sarah bujang suh beli buku ni.so,x dpt nak baca lagi..huhu
btw,TAHNIAH!
Tahniah, mantap2, bukan senang nak hasilkan sesuatu karya yg boleh dipublish...terbaik!!! seeru 'ala barokatiLlah
salam.
kak munirah,hari tu saya kirim pada hasni syakila..
alhamdulillah,dah selamat sampai ke tangan saya..
tapi x baca lagi,buat list bahan bacaan untuk cuti short sem nanti...^_^
Syukran atas sokongan dan kata-kata semangat dari kalian. mohon komen andai sudah dibaca..=)
alhamdulillah..tahniah pada andak
tahniah munirah.. berjaya hasilkan novel.... dari fahizan
salam'alayk k.munirah, bru bis bce novel 2 ptg td.. besh yg amat.. byk ilmu ley dpt,, history, mskn etc.. tp kn, ade bbrpe pktaan yg kurang phm.. agk2 je.. kalo ade glosari, ok kot, n mkne nme2 watak skali, lg bmkne..(^_^) syukran!
Post a Comment