Friday, August 13, 2010

Mencari Prameodya di Gramedia

Bismillahirrahmanirrahim...

Saya emelkan sinopsis Sebelum Berkalang Tanah kepada Kak Syahidah untuk dikomen. Selepas beberapa hari, Kak Syidah mengemelkan saya komen-komennya. Bahkan, Kak Syahidah mencadangkan sebuah novel untuk saya baca. Keluarga Gerilya oleh Prameodya Ananta Toer.

Saya mula mencari resensi terhadap novel ini. Dan Natijahnya, saya jadi pingin sekali mahu membacanya. Saya cuba membelinya secara online.

"Out Of Stock"

Aksara ini yang muncul sepanjang pencarian saya.

Sedih. Namun, saya inigin sekali membaca karya-karya Pramoedya. Jadi, saya membuat keputusan untuk memilik beberapa naskhah novelnya. Tidak kisah tajuk apa pun.

Saya cuba cari di kedai buku online. Sayang sekali, Kebanyakan kedai buku online yang menjual karya Pramoedya ini adalah syarikat Indonesia dan ada sedikit kesukaran dari aspek penghantaran jika mahu memesannya online.

Teringat Kedai Buku Gramedia di Tesco Seberang Jaya. Mengunjunginya sekali pada tahun lepas.

GRAMEDIA Bookstores, ialah gedung bagi salah sebuah syarikat penerbitan buku terbesar di Indonesia PT GRAMEDIA. Ia adalah salah satu daripada cabang empayar Gramedia Group yang diasaskan oleh Bapak Jacob Oetama.

Apa lagi, saya bersiap siap untuk ke sana dengan penuh keterujaannya.

Saya tidak pernah ke Tesco berkenaan menaiki bas. Oleh sebab itu, saya terpaksa naik turun bas rapid penang tiga kali dari rumah yang akhirnya memakan masa hampir empat jam!. Huh itu tempoh perjalanan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur!

Sepatutnya, saya hanya perlu berganti dua biji bas sahaja untuk ke sana dari rumah yang mungkin memakan masa kurang dari dua jam.

Saya menerjah masuk ke dalam Tesco dan menuju ke premis Gramedia. Hati berbunga tidak terkata.

Sebaik sahaja tiba di hadapan pintu kedainya, saya tergamam.

Hairan kenapa pintu premis tertutup. Dinding bertampal kertas putih dan sudah tentu sahaja kedai gelap gelita.

"Sebulan lebih sudah kedai ini tutup," maklum seorang abang di kedai bertentangan.

"Tuan punya kedai ini sudah bungkus balik Indonesia," maklum Kak dari kedai bertentangan juga.

Rasa macam nak menangis masa itu. Sedihnya.

Sudah tentu tuan punya toko berkenaan menghadapi kejutan budaya. Barangkali di Indonesia, premis-premis bukunya sentiasa penuh sesak dengan pembeli tapi tidak di Malaysia ini. Huhu. Sebab itu dia bungkus dan balik Indonesia. Tak untung meniaga buku di Malaysia. Agak sayalah!

Saya benar-benar mahu dapatakan novel-novel Pramoedya.

Di Mesir nanti, saya mahu buat satu perpustakaan kecil di dalam bilik saya. Jadi sekarang, saya sedang mengumpul bahan bacaan yang baik untuk memenuhkan perputakaan itu kelak. Saya juga sedang membuat revolusi bahan-bahan bacaan.

Selepas menghadiri program bedah buku anjuran PPM di USM tempoh hari, entah mengapa, hati saya ini tertarik untuk mencari bahan bacaan dari seberang. (Ketika itu, saudara Arif Juhani membedah buku prof Dr. Hamka, Kesepaduan Iman dan Amal Salih).

Saya sudah mendapatkan beberapa koleksi tulisan Prof Dr. Hamka.

Sekarang saya mahu dapatkan tulisan Pramoedya pula.

Beberapa novel Arena Wati yang sudah lama dibeli tetapi belum dibaca-baca juga akan dibawa. =)

Saya tahu akan kewujudan Kedai Buku Gramedia ini di Kuala Lumpur. Satu di The Mines, Seri Kembangan. Satu lagi di Tesco Shah Alam.

Atas maklumat Kak Nadiah Yusof, saya dapat tahu satu lagi kewujudan premis buku-buku Indonesia di Masjid India yakni Syarikat Fajar Ilmu Baru. Beberap buku Pramoedya ada dijual di sana.

Semuanya di KL.

Hmm. Nampaknya, ziarah saya ke KL nanti menjadi ziarah serampang dua mata. Ziarah sahabat-sahabat sambil ziarah toko-toko buku ini.

Moga-moga saya berjumpa dengan apa yang di cari.

Err...ada sesiapa nak pesan kepada saya untuk belikan buku? =)

3 comments:

Anonymous said...

ada program apa turun KL?

qamar_muneera said...

tak ada program nak ziarah kawan sebenarnya. Tapi kebetulan pula hujung mniggu ni ada taklimat untuk ke mesir tu. kebetulan sekali tempatnya dekat dengan The Mines seri kembangan..=)

Unknown said...

Promeodya Ananta Teor,
Manusia yang pernah mengatakan 'perjuangan manusia yang ulung adalah menjadi manusia.

Keluarga Gerilya.. suatu novel. bukan .. bukan novel.. bagi saya ianya adalah pedoman hidup.

Saya pun masih mencari Keluarga Gerilya. Ianya tercicirnya dalam perjalanan hidup .. tapi kata -kata seperti ..

" kalau jiwa sudah bertentangan badan.. kalau perjuangan yang dilakukan jauh bertentangan dengan kesucian yang terdapat dalam cita-citanya..
itulah suatu tanda badan itu harus dibunuh untuk memenangkan jiwa..
untuk memenangkan kesucian yang terdapat dalam cita-citanya..."

mengukir jiwa dan seterusnya mewarnakan hidup saya.

Saya sentiasa mencari Keluaga Gerilya untuk memilikinya. Kalau ada yang memiliknya, tolong ..sekurang-kurangnya bagi saya sentuh sekali lagi dalam perjalanan hidup ini.

baru baru ini saya mula membaca novel saudara Promoedya.. Bumi Manusia.

di awal novel tersebut..
ada penjelasan manusia dan kesulitan memahami manusia.
(Rasa macam nak mencium tangan saudara Promoedya tapi hanya boleh dilakukan dalam mimpi saja)

kata-katanya "....dan tak ada lagi lebih sulit dapat di fahami daripada sang manusia, jangan anggap remeh si manusia yang kelihatan begitu sederhana,

biar penglihatanmu lebih tajam dari mata elang,
pikiranmu lebih tajam dari pisau cukur,

perabaanmu lebih peka dari dewa.
pendengaranmu dapat menangkap musik dan ratap tangisan kehidupan....."

adalagi saya belum sempat menghafalnya..


(tolong hubungi saya kalau ada memiliki novel keluarga gerilya..
velu.upm@gmail.com)