Cuti semester ini memberi saya pengalaman berharga. Bukan tak pernah sebelum-sebelum ini menziarahi saudara yang meninggal. tapi lain benar pengalaman kali ini. 6 Mei lepas zohor saya dan keluarga bergegas ke Batang Kali kerana kami dimaklumkan tok su dan kembali ke Rahmatullah. selang beberapa hari lepas itu, malam Isnin, 11 Mei kami sekeluarga dimaklumkan dengan satu lagi kematian. Tapi kali ini kematian seorang bayi yang belum pun sempat melihat dunia.
Kedua-dua berita kematian ini ibarat satu amaran buat diri yang selalu lupa. Kematian tidak semestinya berlaku dikala usia sudah senja bahkan bila-bila sahaja hatta bayi yang belum sempat pun memanggil si ibu yang melahirkan..
Kehidupan ibarat satu pelayaran.(ungkapan yang sokmo kita dengar tapi sokmo jugak dilupakan). Dunia pulak ibarat persinggahan. Tempat berteduh sebelum meneruskan perlayan yang entah berapa lama lagi. Justeru, masa yang sekangkang kera ni perlu digunakan untuk cari bekalan secukupnya (walaupun kita tak de penimbang untuk ukur sama ada bekalan dah cukup atau tak..) tapi masalahnya tempat persinggahan ini menawarkan pelbagai kemewahan dan keseronokan yang menyebabkan kita lalai akan tujuan asal kita berlabuh disitu. kita hanyut bersama akademi fantasianya, Jom hebohnya, sukan olimpiknya dan macam-macam lagi.
Bila sampai masa untuk meneruskan perlayaran baru kita sedar " ah bekalanku belum cukup lagi!"
lalu kita nak mintak tempoh beberapa ketika lagi daripada Sang Nakhoda Kapal.. Sedangkan kita sudah tahu Sang Nakhoda ni bukan jenis yang boleh bertolak ansur dengan masa..maka terus-terusanlah kita menangis dan merayu untuk kembali ke tempat persinggahan untuk mencari bekalan. .namun perkara sedemikian tidak akn berlaku...
Justeru, sementera kapal masih berlabuh ni jom kita buat persediaan.moga-moga kita tidak termasuk dalam golongan yang mahu kembali ke tempat berlabuh itu sebaliknya menjadi golongan yang tidak sabar-sabar untuk tiba di destinasi kerana di situ ada janji yang mahu ditagih. Ada kekasih yang menanti (kalaulah kita menjadikan Dia kekasih)........
No comments:
Post a Comment