ENAM PULUH TAHUN telah berlalu Nakbah Palestin.. Nakbah Palestin ni sahabat sekalian merujuk kepada penubuhan Negara Haram Israel yang telah diumumkan secara rasminya pada 15 Mei 1948. Tarikh yang menjadi titik hitam bukan sahaja kepada penduduk bumi Palestin malah umat Islam seluruhnya. Sedikit demi sedikit tanah milik peribumi Palestin dirampas. Kekejaman demi kekejaman diterima saban hari oleh rakyat malang ini yang dilakukan tidak lain dan tidak bukan oleh pengganas yahudi zionis. Rakyat Palestin diganyang hari demi hari. Rumah-rumah mereka dibakar , kebun-kebun dirampas nyawa mereka seolah-olah tiada nilai boleh dibunuh sesuka hati. Masjid Al Aqsa diserang dan acapkali dicabul lantaran mahu mendirikan Kuil Yahudi.
Tragedi Deir Yassin yang berlaku pada 9 April 1948 tidak seharusnya kita lupakan. Orang awam yang tak berdosa dibunuh, dan yang cukup menyayatkan hati wanita-wanita hamil dibelah perutnya dan dikeluarkan bayi hidup-hidup dari rahim ibunya. Kalau nak sebut semua kekejaman zionis ni rasa tak muat entri ni.
Isu Palestin ini bukan isu yang dipertanggungjawabkan kepada rakyat Palestin atau orang-orang tertentu je, ini isu kita bersama sebagai umat Islam yang mengaku manusia-manusia di Palestin tu saudara kita( kalau mengakulah sebab lecturer sahabat saya pernah bagitau satu ketika dulu ketika di menonton satu wawancara di tivi boleh pulak seorang selebriti ni kata "buat apa kita nak susah-susah pikir tentang nasib masyarakat Palestin itu, sebab diorang jauh daripada kita" apabila ditanya kepadanya tentang nasib saudara kita di sana..).
Pernah saya menonton satu siri kekejaman yang berlaku di Palestin. Hati saya benar-benar kecut mendengar rintihan yang berbau ancaman dari seorang kanak-kanak Palestin...
Di mana kamu wahai umat Islam ketika rumah-rumah kami di robohkan! di mana kamu ketika ayah-ayah kami keluar berjuang dan tidak pernah pulang! di mana kamu ketika wanita-wanita kami dinodai tanpa pembelaan!
kami akan menuntut di hadapan Allah nanti atas hak-hak kami yang kalian tidak tunaikan! kami akan menuntutnya dari kamu wahai umat Islam diluar sana!
Oleh itu wahai sahabat -sahabat sekalian sedar tak sedar tanggungjawab kita banyak. Nasib mereka di Palestin perlu pembelaan. Namun peroalannya pembelaan yang bagaimana?
Selain doa dan derma yang dihulurkan sekali-sekala ada lagi ke benda yang boleh kita buat?
Teringat saya ungkapan seorang penceramah ketika Minggu Palestin di kampus. Katanya pimpinan HAMAS yang ditemuinya berpesan, didiklah anak-anak muda kamu menjadi manusia yang terpimpin dengan cahaya Ilahi dan berjaya dalam bidang mereka agar dengan kejayaan mereka nanti dapat membela kami disini..
Nah! mugkin disini ada jawapan yang dicari...
tepuk dada tanya iman.....
No comments:
Post a Comment