Selamat Hari Guru kuucapkan buat semua guru-guruku dan guru-guru di seluruh Malaysia. Pengorbanan kalian tidak akan kulupakan sehingga ke akhir hayat. Tidak ada apa-apa yang dapat kuberikan sebagai tanda terima kasih. Hanya doa kupanjatkan untuk kebahagiaan kalian dunia dan akhirat. Dalam entri ni kucoret sajak (bukan karya sendiri) buat kalian. Sajak hasil nukilan pendidikku jugak, Cikgu Harisson Hassan, guru bahasa ketika saya menuntut di SMKA Nibong Tebal dulu….
DARI JENDELA HATIKU
1
Dari jendela hatiku
Kuperhatikan wajahmu anakanda
Dalam retak cermin kehidupan
Merapi hidup di wajah keliru
Langkah pertamamu silapkah bermula
Dalam bicara Raja Ali Haji
Anak-anak jika tidak di latih
Ibu bapa menjadi letih
2
Di sini langkahmu kuatur dalam siaga
Meski dilambung ombak prasangka
Namun anakanda masih ada
Berminda hamba
Bersaing langkah dalam undur
Langkah pertamamu silapkah bermula
Dalam bicara Usaman Awang
Timang tinggi-tinggi,
Dapur tak berasap,
Bila besar nanti,
Duduk dalam lokap.
3
Langkah kita di denai hidup ini
Seiring tindak dalam nilai berbeza
Kataku anakanda
Hanya ilmu penyinar bahagia
Dunia akhirat selamat sejahtera
Sayangnya anakanda
Sedang fasih lidahmu
Menghafaz ayat- Nya
“bacalah dengan nama tuhanmu”
Sedang tahun bersilih ganti bacamu
Sekadar selembar Cuma.
4
Hadirmu di majlis ilmu
Bersegera langkah diundur Cuma
Sedang fasih lidahmu
Mengahafaz ayat-Nya
"demi masa"
Di kuliah ilmu tanpa jiwa
Membaca ilmunya dalam alpa
Sedang masih lidahmu menghafaz sabda
“kebersihan separuh daripada iman”
Sedang laman ilmumu bertatah habuk
Sedang habuk bertatah di kalbu
Lalu adap tingkah laku
5
Ringan tanganmu membuang nikmat-Nya
Ringan mulutmu berbicara nista
Dalam bicara lafaz Bismillah
Rezeki disuap dalam rungutan
Kerja ilmu bersambilewa
Setelah tangan menadah doa
Memohon hidayah-Nya, bersyukur tiada
Lalu segalanya berputar dalam langkah pincang
Kerana nilaimu digerak songsang
Lalu kabur persediaan kalbu
Hidayah-Nya bersambut tiada
Sijilmu hanyalah kezaliman diri
6
Demikian berulangkali
Nasihatku bersambut ketawa sinismu
Keliru meiti pelangi hedonisme
Yang kataku akan sirna dek mentari
Kebenaran
Katamu nikmat remaja sekali cuma
Terlupa kiranya bekalan amalan
Di perkampungan mahsyar
7
Di musim peperiksaan masih berpesta
Bagai bercandadi musim bunga
Mengharapkan yang pipih dating melayang
Sayangnya bulan tak jatuh ke riba
Di musim luruh becabang lidah
Membela diri dalam alpa
Ikan dilaut turut berbicara
Siakap senohong gelama ikan duri
Bercakap bohong lama-lama mencuri
Di mahkamah rimba
Ibu bapa terus melatah
Jatuh hukuman tanpa bicara
Dalam pantun tersirat marah
Berburu ke padang datar,
Dapat rusa berbelang kaki,
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.
8
Mendekati guru dalam prasangka
Mengharapkan ilmu makna tiada
Kerana ilmu Nur Ilahi
Singgahnya di hati anakanda tercinta
Andai miliki Nur Ilahi
Dalam didikan sejak azali
Anakanda
Selagi tingkahmu berundur langkah
Selagi langkahmu nilainya bertelingkah
Kalbumu sepi tanpa hidayah
Kerana fakir diulit nafsu
Bersepatu songkok kembali di kepala
Kelak fakir kembali ke akal
Bermakna ilmu dalam Nur-Nya
Kembali keyakinan di abadi cinta
9
Dari jendela cintaku
Anakanda
Masihkah kau ingat
Iktibar di warkah hidupku
Meski hidup ibarat kais pagi makan pagi
Adabku dibuai ibu dalam restu;
Timang tinggi-tinggi
Sampai cucur atap,
Belum tumbuh gigi,
Pandai baca kitab.
Langkah pertamaku berdepan guru
Dalam bicara ayah bonda
Santun beradab mohon didikannya
Asal tidak patah tangan atau butamataku
Begitu amanahnya
Dalam amanah seorang guru
10
Dari jendela cintaku
Anakanda
Kala susu berbalas tuba
Niat ibadahku penyembuh luka
Upayaku dalam ikhtiar segala
Menyusun bicara dalam doa
Mendaki ilmu dalam sukar
Ombak kehidupan bersuluh kebenaran
Tidak seperti buah di lautan
Tabah jiwa ibarat karang
Teguh indah di landa ombak
Ibarat ikan di air masin
Tetap tawar menyongsong zaman
11
Dari jendela cintaku guru
Telah kupetik bicaramu antara duri
Menjadi mawar abadi cintaku
Dalam abadi bicara kasihmu
Hidup berguru perlu
Berguru beradab perlu
Adab berilmu tanpa guru
Andai sesat di hujung jalan kembali tidak ke pangkal jalan
Adab berilmu beramal mesti
Beramal tiada, ibarat pohon
Berbuah tiada di pohon kemanusiaan
Adab beramal ber iring ikhlas
Ikhlas beramal ilmu bermakna
Berbeza kita di darjat taqwa
12
Terima kasih guru
Semalam telah kucambah
Lembaran bacaku di kalimah “bacalah”
Lalu kupinjam kecintaan Aishah
Dalam sabda cinta junjungan
Cinta kepada guruku
Ibarat tali disimpul mati.
Sajak ini hasil nuklan guruku Harrison Hassan dan telah dideklamasikan oleh sahabat-sahabatku Nor Izzati, Amirah Asilah dan Ruhan Najwa sempena persaraan guruku Hajah Aishah Abdullah pada 18 Julai 2004.
DARI JENDELA HATIKU
1
Dari jendela hatiku
Kuperhatikan wajahmu anakanda
Dalam retak cermin kehidupan
Merapi hidup di wajah keliru
Langkah pertamamu silapkah bermula
Dalam bicara Raja Ali Haji
Anak-anak jika tidak di latih
Ibu bapa menjadi letih
2
Di sini langkahmu kuatur dalam siaga
Meski dilambung ombak prasangka
Namun anakanda masih ada
Berminda hamba
Bersaing langkah dalam undur
Langkah pertamamu silapkah bermula
Dalam bicara Usaman Awang
Timang tinggi-tinggi,
Dapur tak berasap,
Bila besar nanti,
Duduk dalam lokap.
3
Langkah kita di denai hidup ini
Seiring tindak dalam nilai berbeza
Kataku anakanda
Hanya ilmu penyinar bahagia
Dunia akhirat selamat sejahtera
Sayangnya anakanda
Sedang fasih lidahmu
Menghafaz ayat- Nya
“bacalah dengan nama tuhanmu”
Sedang tahun bersilih ganti bacamu
Sekadar selembar Cuma.
4
Hadirmu di majlis ilmu
Bersegera langkah diundur Cuma
Sedang fasih lidahmu
Mengahafaz ayat-Nya
"demi masa"
Di kuliah ilmu tanpa jiwa
Membaca ilmunya dalam alpa
Sedang masih lidahmu menghafaz sabda
“kebersihan separuh daripada iman”
Sedang laman ilmumu bertatah habuk
Sedang habuk bertatah di kalbu
Lalu adap tingkah laku
5
Ringan tanganmu membuang nikmat-Nya
Ringan mulutmu berbicara nista
Dalam bicara lafaz Bismillah
Rezeki disuap dalam rungutan
Kerja ilmu bersambilewa
Setelah tangan menadah doa
Memohon hidayah-Nya, bersyukur tiada
Lalu segalanya berputar dalam langkah pincang
Kerana nilaimu digerak songsang
Lalu kabur persediaan kalbu
Hidayah-Nya bersambut tiada
Sijilmu hanyalah kezaliman diri
6
Demikian berulangkali
Nasihatku bersambut ketawa sinismu
Keliru meiti pelangi hedonisme
Yang kataku akan sirna dek mentari
Kebenaran
Katamu nikmat remaja sekali cuma
Terlupa kiranya bekalan amalan
Di perkampungan mahsyar
7
Di musim peperiksaan masih berpesta
Bagai bercandadi musim bunga
Mengharapkan yang pipih dating melayang
Sayangnya bulan tak jatuh ke riba
Di musim luruh becabang lidah
Membela diri dalam alpa
Ikan dilaut turut berbicara
Siakap senohong gelama ikan duri
Bercakap bohong lama-lama mencuri
Di mahkamah rimba
Ibu bapa terus melatah
Jatuh hukuman tanpa bicara
Dalam pantun tersirat marah
Berburu ke padang datar,
Dapat rusa berbelang kaki,
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.
8
Mendekati guru dalam prasangka
Mengharapkan ilmu makna tiada
Kerana ilmu Nur Ilahi
Singgahnya di hati anakanda tercinta
Andai miliki Nur Ilahi
Dalam didikan sejak azali
Anakanda
Selagi tingkahmu berundur langkah
Selagi langkahmu nilainya bertelingkah
Kalbumu sepi tanpa hidayah
Kerana fakir diulit nafsu
Bersepatu songkok kembali di kepala
Kelak fakir kembali ke akal
Bermakna ilmu dalam Nur-Nya
Kembali keyakinan di abadi cinta
9
Dari jendela cintaku
Anakanda
Masihkah kau ingat
Iktibar di warkah hidupku
Meski hidup ibarat kais pagi makan pagi
Adabku dibuai ibu dalam restu;
Timang tinggi-tinggi
Sampai cucur atap,
Belum tumbuh gigi,
Pandai baca kitab.
Langkah pertamaku berdepan guru
Dalam bicara ayah bonda
Santun beradab mohon didikannya
Asal tidak patah tangan atau butamataku
Begitu amanahnya
Dalam amanah seorang guru
10
Dari jendela cintaku
Anakanda
Kala susu berbalas tuba
Niat ibadahku penyembuh luka
Upayaku dalam ikhtiar segala
Menyusun bicara dalam doa
Mendaki ilmu dalam sukar
Ombak kehidupan bersuluh kebenaran
Tidak seperti buah di lautan
Tabah jiwa ibarat karang
Teguh indah di landa ombak
Ibarat ikan di air masin
Tetap tawar menyongsong zaman
11
Dari jendela cintaku guru
Telah kupetik bicaramu antara duri
Menjadi mawar abadi cintaku
Dalam abadi bicara kasihmu
Hidup berguru perlu
Berguru beradab perlu
Adab berilmu tanpa guru
Andai sesat di hujung jalan kembali tidak ke pangkal jalan
Adab berilmu beramal mesti
Beramal tiada, ibarat pohon
Berbuah tiada di pohon kemanusiaan
Adab beramal ber iring ikhlas
Ikhlas beramal ilmu bermakna
Berbeza kita di darjat taqwa
12
Terima kasih guru
Semalam telah kucambah
Lembaran bacaku di kalimah “bacalah”
Lalu kupinjam kecintaan Aishah
Dalam sabda cinta junjungan
Cinta kepada guruku
Ibarat tali disimpul mati.
Sajak ini hasil nuklan guruku Harrison Hassan dan telah dideklamasikan oleh sahabat-sahabatku Nor Izzati, Amirah Asilah dan Ruhan Najwa sempena persaraan guruku Hajah Aishah Abdullah pada 18 Julai 2004.
No comments:
Post a Comment