Sunday, July 11, 2010

Saat Meniti Malam Yang Panjang

Bismillahirrahmanirrahim...



Akhirnya, saya berjaya memiliki buku tulisan Pak Herry Nurdi ini. Bahkan dapat bersua muka dengan orang yang selalu saya dengar namanya disebut-sebut dalm Konvensyen Spiritual Kepimpinan Islam : Memperkasa Kalimah Allah.
Sayang saya tidak mendapatkan tandatangan beliau. Bukan apa saya sedikit malu. Hihi. Biasanya jika penulis buku itu lelaki saya tidak akan meminta tandatangannya biarpun dia ada di hadapan mata. Malu :P

Buku ini seakan menjadi aspirasi untuk saya menyiapkan buku saya yang belum pun ada tajuk.

“Dah cukup maklumat untuk buat novel?” tanya Abang Amir. Sewaktu itu sahabat-sahabat lain sedang sibuk berkemas usai sahaja konvensyen.

“Err…saya bukan nak tulis novel tapi travelog,” jawab saya.
“Oh ya ka.. hmm…tiada lagi novel pasal Patani yang ditulis setakat ini,” balas Abang Amir. Saya sekadar diam.

Sebenarnya saya sudah siapkan satu proposal novel berkisar tentang Patani tapi saya masih belum puas hati dengan jalan ceritanya. Masih dalam tempoh peram.

Kalau boleh saya mahu buat novel yang bakal saya tulis kelak setanding dengan karya Der Judenstaaat karya Theodore Herzl, pengasas fahaman zionis.

“Melalui novel Der Judenstaat ini, Theodore Herzl berjaya menpengaruh penduduk Yahudi di seluruh pelosok dunia akan idea zionisnya.,” ujar Pak Herry Nurdi.

Teringat satu pesana Hilal Asyraf kepada seorang rakan MPR 2009.

“Penulis ada dua. 1. Penulis itu adalah pejuang. Laptop & pena adalah peluru manakala buku/karya yang diterbitkan adalah senjata. Senjata untuk apa? Untuk membunuh jahiliah. 2. Penulis itu adalah doktor. Karya/novel itu adalah ubat. Ubat untuk menyembuhkan penyakit jahiliah yang ada dalam diri masyarakat.”

Mana tahu novel saya itu mampu mencetus kebangkitan seluruh umat Islam dunia sekaligus membantu Patani untuk merdeka. Hihi. Tinggi benar angan-angan. Menjadi cita-cita saya untuk menghasilkan sekurang-kurangnya sebuah novel yang apabila pembaca membacanya, bangkit rasa ingin berjuang membela agama dan mengakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini.

“Sekian banyak pelajar Patani yang berada di Mesir tetapi mengapa orang Arab tidak tahu apa yang berlaku di sini (Selatan Thailand)?” ujar saudara Aladi dalam pertemuan singkat kami beberapa minggu lalu.

Saya terbayang-bayang untuk menghidupkan AMANI di bumi anbiya’ kelak. Sekurang-kurangnya, apabila saya berpisah dengan API dan AMANI di Malaysia, saya tidak terus senyap dan membisu. Menekuni buku tanpa mengambil peduli urusan umat. Melupakan tarbiyyah yang telah saya terima sepanjang bergerakkerja dengan PUM Pulau Pinang.

Namun, saya bukan orang yang petah berkata-kata di atas pentas. Apa lagi menjadi kepala meneraju satu tampuk kepimpinan. Yang saya tahu hanya menulis.

Mahu tidak mahu saya mesti menyiapkan sekurang-kurangnya satu buku tentang Selatan Thailand. Kelak, dalam kembara saya di ardhul kinanah, ada buah tangan yang dapat saya kirimkan buat sahabat-sahabat di sana dalam usaha mencetuskan kesedaran tentang konflik umat Islam di negara jiran Malaysia itu.

Bahkan, buah tangan itu dapat saya kelek sepanjang jaulah saya ke Syiria, Jordan, Yaman dan mungkin juga beberapa bahagian negara Eropah yang sempat saya singgah. (Hai ini nak pergi belajar ke nak pergi berjalan-jalan. Hihi :P) Biar setiap Ardhul Sufi menerima buah pena saya agar mereka dapat melirik apa yang berlaku dengan mata hati. Biar setiap Malaysian Hall menerima kehadiran buku saya sekaligus memaknakan isi kandungannya.

Seperti Theodore Herzl merantau di segenap jihat menyebar buah fikirannya. Akhirnya, hari ini negara Israel yang menjadi subjek utama buku Der Judenstaat menjadi kenyataan.

Uhuh! Sekadar mencoret harapan dan cita-cita saat meniti malam yang panjang.
Err…ada sesiapa mahu bersama-sama saya dalam usaha ini?

3 comments:

Anonymous said...

salam, kak Adawiyah ada beritahu di bumi anbiya' kelak Muni tanya-tanyalah pihak di sana, PMRAM mungkin kerana boleh juga Muni menyampaikan sesuatu dalam bentuk penulisan,

setiap negara yang ada pelajar Malaysia memang ada persatuan penulis masing-masing, itu yang saya tahu secara umum melalui internet, jadi teruskan usaha murnimu itu!

qamar_muneera said...

Ye ke kak setiap negara yang ad pelajar malaysia ada persatuan penulis? GKLN tu ke?

err..atau lebih mudah saya jadi perwakilan pelajar saja..hihi lebih mudah sebarkan maklumat..=)

Anonymous said...

hoho, bagus, semangat tu penting, hehe