FILEM 'Perempuan Berkalung Sorban (PBS)' menggamit kontroversi. Filem ini dinilai telah menyakiti umat Islam dan kalangan pesantren atau pondok-pondok agama.
Imam Besar Masjid Istiqlal Indonesia Ustaz Ali Mustafa Yaqub mencadangkan agar filem sutradara Hanung Bramantyo ini diboikot. "Saya malah menganjurkan tidak usah nonton aja. Selesai. Kerana memang filem ini akan dapat menimbulkan salah paham terhadap Islam dan terhadap pesantren." kata Ali Mustafa Yaqub.
Tidak hanya memboikot, Ali Mustafa juga meminta filem itu ditarik sementara dari peredaran. Bagi Ustaz Ali Mustafa Yakub yang juga menjadi Wakil Ketua Komisi Fatwa Majelis Ulama Indonesia (MUI), ada dua hal yang menyakitkan umat Islam dalam filem itu.
Pertama, pencitraan Islam yang sangat buruk. Seolah-olah Islam mengajarkan yang tidak sesuai perkembangan zaman.Kedua, penggambaran salah tentang pesantren. "Pencitraan tentang pesantren sangat disayangkan sekali, bahkan saya berani mengatakan itu bukan hanya merusak citra saja tapi memfitnah itu," kata pemimpin Pondok Pesantren Daarus Sunna tersebut. Tidak hanya memboikot, Ali Mustafa juga meminta filem itu ditarik sementara dari peredaran.
Sebelum ini di Malaysia dikejutkan dengan filem 'Gubra' terbitan Yasmin Ahmad. Gubra yang dimulai lafaz 'Bismillahir Rahmanir Rahim' dan paparan pemikiran 'pluralisme & liberisme' secara halus dan terancang.
Ditonjolkan watak seorang lelaki (Bilal) yang baru masuk Islam, memegang anjing dalam perjalanan menuju surau, aksi seks diiringi suara azan Subuh, wanita mencabut bulu dada seorang lelaki Cina asing, bercakap atas katil jadi bualan biasa, kempen murtad secara halus antara lelaki Islam dengan lelaki Cina diselangi aksi seks dengan bunyi azan lagi, menunjukkan konsep semua agama sama (pluralisme) daan sebagainya.Filem PBS lebih parah isinya dalam memberi gambaran buruk terhadap Islam.
PBS, wataknya dilakonkan oleh pelakon 'Bawang Putih' menceritakan bagaimana Anissa anak seorang kiyai disebuah pesantren (pondok) didiskriminasikan begitu dahsyat oleh guru-guru dipesantren, termasuk bapanya sendiri, yang mempunyai fahaman sempit dan keras dalam agama. Contohnya, Anissa dipaksa berkahwin dengan lelaki yang ditentukan oleh bapanya sendiri sehingga lelaki itu menzaliminya setelah menjadi isteri.
Dia dan pelajar-pelajar pesantren tidak dibenarkan keluar ke kedai sedikitpun melainkan ada lelaki yang menemani. Buku-buku dari selain kitab-kitab pesantren seperti novel, cerita dan sebagainya tidak dibenarkan langsung dibawa masuk ke pesantren Al-Huda tersebut...
Suasana tekanan digambarkan dirasai oleh pelajar-pelajar wanita dipesantren itu sehingga ada yang melarikan diri. Buku-buku dari luar itu akhirnya dirampas dan dibakar dengan iringan takbir. Berkarya untuk menulis pun dianggap ancaman zaman moden yang merbahaya bagi pelajar dan sebagainya.
Wanita anak kiyai inilah digambarkan sebagai ‘pejuang hak asasi wanita’ dalam mempertahankan hak-hak mereka yang dicabuli oleh kiyai-kiyai dan guru-guru berfikiran sempit. Dia bersusah payah ‘menyeludup’ buku-buku bacaan dari luar untuk pelajar-pelajar perempuan yang ingin membaca sehingga dimarahi pihak pentadbiran pesantren. Dia yang merasai tekanan untuk perjuangkan kebebasan dan keterbukaan ini diuji pula dengan kematian suaminya kedua setelah bercerai dengan suami pertama.
Akhirnya perjuangan yang didokong oleh pelajar-pelajar perempuan di pesantren itu berjaya melenyapkan pemikiran sempit kiyai dan guru-guru lain. Di akhir filem, digambarkan wanita ini sedang menunggang kuda dipesisir pantai bersama anaknya.. yang satu ketika dahulu menunggang kuda pun diharamkan oleh bapanya (kiyai)... dengan penampilan mengikat serban berwarna merah dileher. Serban merah itupun dicabut dari lehernya dan dibuang ketanah.
Jelas, imej agama yang sempit itu disimbolkan kepada ‘serban’ yang dirungkai dari lehernya.Filem ini ditentang oleh sebahagian besar pertubuhan-pertubuhan Islam dan Majlis Ulama’ Indonesia (MUI) kerana jelas penyelewengannya. Samada filem ini sudah beredar di Malaysia, tak tahulah! Dan kita kena jaga-jaga, kerana menegak kebenaran dan menyekat kebatilan adalah dituntut agama tanpa batasan negara.
sumber:
www.ibnuhasyim.com
1 comment:
masyaAllah!
Post a Comment