Bismillahirrahmanirrahim...
Saya memeriksa email yang telah lama saya tidak periksa. Tajuk email daripada saudara adamleagle menarik minat saya. "Pendedahan bagaimana kita dosa berzina ribuan kali sehari". Malah saudara adamleagle ini minta untuk disebarkan artikelnya dalam blog-blog.
Saya kini meneruskan dengan pernyataan saya. Persoalan pertama kenapa orang Islam zaman ini menjadi lemah dan dipandang hina?
Saya hanya menyentuh 2 sebab utama:
(a) Kerana Perlembagaan kita meninggalkan Al-Quran dan Sunnah sebagai sumber undang-undang utama, dan mengambil undang-undang Inggeris sebagai kitab kita.
(b) Kerana kita hakikatnya adalah musuh Allah SWT dan Rasulullah SAW kerana mengambil riba dalam kehidupan harian kita.
SEBAB PERTAMA (PERLEMBAGAAN) :
Sumber dan pemakaian undang-undang kita berdasarkan undang-undang Inggeris, yang mana sepenuhnya dikuasai Freemason. Freemason atau lebih dikenali Knight's Templer, adalah musuh umat Islam dalam perebutan Jerusalem. Mereka dipenjarakan di France apabila murtad dari Kristian setelah mengamalkan sihir purba dan beragama menyembah syaitan.
Mereka berjaya melepaskan diri ke Scotland dan menguasai Britian, Eropah serta Amerika Syarikat. Dengan penguasaan ke atas negara-negara besar, mereka kemudian menjajah negara-negara Islam dan tanpa sebab rasional, memberikan kemerdekaan mudah kepada semua negara jajahannya.
Ini kerana berundur atas dasar strategi apabila berjaya menguasai sistem eksekutif, kehakiman dan perundangan negara kita. Mereka mengenepikan Al-Quran dan Sunnah dengan meletakkan perlembagaan mereka yang memberi kuasa ke atas pemakaian undang-undang mereka.
Semenjak itu, hakim-hakim membuat keputusan berdasarkan undang-undang Freemason. Undang-undang bertujuan memanipulasi dan mensekularkan umat Islam. Mereka meletakkan konsep "precedent", iaitu hakim tidak boleh membuat keputusan bercanggah keputusan mereka (sila rujuk kesemua video di bawah). Semenjak itu segala undang-undang dan polisi negara ini dibentuk dari acuan mereka dan berjaya mensekularkan serta melemahkan orang-orang Islam.
PENYELESAIAN PERTAMA:
Wahyu pertama diturunkan memerintahkan kita mencari ilmu ("Bacalah (Muhammad) dengan nama TuhanMu"; Surah Al-Ala1:1). Oleh itu penyelesaian pertama kepada situasi ini adalah ilmu.
Ilmu terpenting untuk mengembalikan kekuatan umat Islam ialah mengetahui bagaimana Freemason berjaya melemahkan dan menguasai tubuh, minda dan jiwa orang Islam. Freemason hari ini adalah kerajaan besar di dunia, pertubuhan-pertubuh an antarabangsa dan majikan dalam sebahagian besar industri hari ini.
Kita perlu mengkaji kembali "sejarah" bagaimana penyembah syaitan Freemason berupaya menguasai kerajaan England. Ini kerana keseluruhan sistem perundangan dan pemerintahan kita berasaskan undang-undang England. Negara ini adalah penjajah bertanggung- jawab membentuk sistem pemerintah, perundangan dan kehakiman negara kita. Sistem inilah yang membentuk polisi yang menguasai tubuh, minda dan jiwa kita agar menjadi golongan sekular yang menolak agama. Matlamat utama mereka ialah untuk membentuk kepercayaan kita menyamai kepercayaan mereka.
Setelah mengkaji sejarah dan mengetahui matlamat serta kaedah mereka (rujuk video), perkara kedua terpenting ialah berjuang meminda Artikel 4 Perlembagaan Malaysia. Perlembagaan perlu dipinda untuk meletakkan kembali Al-Quran dan Sunnah sebagai sumber utama undang-undang di Malaysia. Rakyat perlu berjuang meminda Artikel 4 Perlembagaan Malaysia memasukkan peruntukan seumpama di bawah:—
"..God's Book and the Sunnah of His Prophet (peace be upon him) is the Constituion of the Federation and any law which is INCONSISTENT with this Constitution shall, to the extent of the inconsistency, BE VOID.."
Pindaan ini akan menjadikan membatalkan segala undang-undang yang bercanggah dengan Al-Quran dan Sunnah. Sistem Mahkamah akan digantikan Mahkamah Syariah. Akibatnya kita bebas daripada undang-undang ciptaan Freemason, tetapi mengikut "precedent" undang-undang Arab Saudi yang ribuan tahun telah mengamalkan undang-undang Al-Quran dan Hadis sebagai sumber undang-undang utama.
Persoalan selanjutnya ialah adakah kita mempunyai pilihan tidak mengubah undang-undang ini? Saya percaya kita boleh lupakan untuk hidup dan mati sebagai orang Islam jika tidak mengubah undang-undang ini. Ini adalah bukan pernyataan saya tetapi pernyataan dari Allah SWT sendiri. Mari kita lihat maksud ayat di bawah:-
"..dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang kafir.."; Surah Al-Maa'idah: 44"..Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum Jahiliyah? Padahal kepada orang-orang yang penuh keyakinan – tidak ada siapa boleh membuat hukum yang lebih baik daripada Allah..."; Surah Al-Maaidah:50
Maksud ayat di atas adalah begitu jelas dan tanpa memerlukan sebarang terjemahan lagi. Namun, saya pasti ramai yang akan tetap berhujah undang-undang Allah tidak sesuai, sepertimana diucapkan di televisyen dan masyarakat keseluruhannya, terutamanya dari orang tidak beragama Islam (kafir).
Seperkara penting ialah bantahan mereka tidak utama dan sekadar ujian kepada orang Islam. Perkara utama ialah kita berjuang di pihak Allah.Kemenangan atau kekalahan tidak penting. Sekiranya kemenangan itu utama, maka Allah dengan sekelip mata dapat memenangi peperangan ini tanpa sebarang bantuan. Kalah atau menang adalah ujian ke atas keimanan kita semata-mata. Seperkara yang pasti, akan tiba satu hari nanti di mana hujahan mereka didengar kembali di Mahkamah Allah.
Selanjutnya, sebahagian besar sistem hari ini adalah berasaskan sistem mereka. Malahan kita bermati-matian menguatkan sistem mereka, samada di persidangan dalam negeri atau luar negeri. Namun itu keterangan Allah menyatakan kita bukan dari golongan Islam apabila mengambil sistem dan mengangkat mereka sebagai pemimpin ikutan kita (awliya). Kita akan hidup dan mati sebagai orang Kristian dan Yahudi. "..Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai pemimpin (awliya), kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain. dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka pemimpin (awliya), maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka.."; Surah Al-Maa'idah: 51
Keterangan di atas merujuk zaman hari ini. Ini kerana Yahudi dan Kristian tidak menjadi teman rapat sesama mereka pada zaman dahulu. Sebab utama ialah Kristian menyatakan Yahudi bertanggung- jawab membunuh Jesus, iaitu tuhan mereka. Namun itu dan sebaliknya, Yahudi dan Kristian hari ini bekerjasama menguasi dunia. Mereka bersama bantu membantu menguasai dunia dan menyerang negara Islam. Oleh itu keterangan merujuk kepada zaman kini dan kita akan hidup dan mati sebagai Yahudi dan Kristian apabila tidak mengembalikan undang-undang Allah dan Sunnah.
No comments:
Post a Comment