Wednesday, June 17, 2009

SIS setuju cadangan PAS adakan forum

Bismillahirrahmanirrahim...

SHAH ALAM – Sister in Islam (SIS) menyambut baik cada-ngan penganjuran sebuah forum khas untuk membahaskan mengenai isu pengharaman pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkenaan.

Pengurus kanannya, Maria Chin Abdullah berkata, cadangan berkenaan memberikan manfaat kepada semua pihak terutamanya SIS dalam memperjelaskan peranan dan perjuangan NGO berkenaan. “Bagus jika ia diadakan dan dianjurkan sendiri oleh Pas, tetapi biar dalam bentuk dialog yang dibuat secara terbuka dan tidak bertujuan menjatuhkan SIS.

“Dalam dialog berkenaan juga pandangan semua pihak perlu dihormati dan SIS tidak mengenakan sebarang syarat, kami akan hadir,” katanya. Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai cadangan Yang Dipertua Pas Shah Alam, Khalid Samad supaya Majlis Fatwa Kebangsaan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Pas dan SIS mengadakan forum untuk membahaskan isu pengharaman SIS.

Khalid berkata, forum berkenaan dapat memberikan penjelasan mengenai peranan SIS dalam memperjuangkan isu berkaitan Islam. Katanya, Pas juga sedia mengadakan perbincangan dengan SIS mahupun badan kerajaan yang bertanggungjawab mengenai isu berkenaan.

Maria berkata, bagaimanapun sehingga sekarang SIS masih belum menerima sebarang jemputan atau panggilan daripada Pas berhubung cadangan Khalid.

“Itu pandangan beliau,” katanya mengulas mengenai kenyataan Khalid bahawa Majlis Fatwa dan Jakim me-ngambil sikap berdiam diri dalam isu pengharaman SIS.

Sementara itu, Majlis Fatwa Kebangsaan gagal dihubungi untuk mengulas mengenai cadangan berkenaan dan dakwaan pihaknya mengambil sikap berdiam diri berhubung isu pengharaman SIS. Dalam pada itu, Jakim ketika dihubungi enggan mengu-las mengenai cadangan dan dakwaan Khalid sebaliknya ia perlu dirujuk kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

sumber:
Sinar Harian Edisi Selangor&KL 18/6/2009

No comments: