Wednesday, June 24, 2009

Manuskrip Siap

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, hari ini 24 Jun 2009 bersamaan 1 Rejab 1430 hijrah, saya telah menyiapkan manuskrip pertama saya. Tepat pukul 3.59 petang.

Setelah beberapa bulan bertungkus-lumus, akhirnya siap juga. Pernah saja saya putus asa. Rasa tak ada mood. Tak ada idea. Tertekan juga kadang-kadang. Bermacam-macam lagi saya rasa. Naik berbinar-binar mata tengok laptop berjam-jam dalam sehari. Tetapi dengan izin-Nya, saya berjaya berjuang sehingga ke garisan penamat.

Cadangnya dalam tempoh cuti ini saya nak siapkan dua manuskrip. Tapi nak siapkan satu pun jenuh. Apa pun Alhamdulillah. Ada juga buah tangan masa cuti.

Baru saya tahu bukan senang nak tulis novel. Selama ini suka baca novel saja. Kemudian kutuk kalau jalan cerita tak selari dengan citarasa. Hehe.

Terima kasih buat sahabat-sahabat yang memberi sokongan. (Terutama Wan Salihah, Syud yang selalu tanya perkembangan manuskrip saya).

Sekarang tinggal nak cari penerbit.

Saya memilih untuk hantar ke Galeri Ilmu dahulu atas saranan Wan Salihah. Jika tidak berjaya, baru saya akan cari penerbit lain.

Doakan manuskrip saya diterima, Insyaallah.

5 comments:

DaruL said...

ameeeennn insyaAllah diterimA...

Selamat mnymbut bln rejab..

Nurul Husna Abu Bakar said...

salam

tahniah munirah..moga2 manuskrip tu cepat2 publish..hehe

km sokong dari blkng.
May Allah be with u..=)

qamar_muneera said...

Terima kasih huda n husna..

Ainul Salasiah Bintun Shafian said...

salam rindu..

mabruk alaik k.munirah..
tak sabar rasanya...

nurseri said...

tahniah!ku doakan yang terbaik untuukmu