Kelab apa pula ini? Sungguh mengaibkan. Saya jadi gerun ketika membaca berita mengenai kelab ini di akhbar semalam. Apakah semakin hari kita semakin menuju kehancuran? Lebih malang lagi kelab ini di anggota oleh mereka daripada bangsa melayu.
Memetik laporan akhbar itu: “Walaupun masih belasan tahun, mereka bangga tiada dara. Kumpulan remaja Melayu terbabit juga menubuhkan kelab untuk bertukar teman lelaki. Ahlinya diwajibkan memakai tatu.”
Dalam akhbar yang sama dilaporkan ramai pelajar Melayu ketinggalan dalam bidang pelajaran. Kajian terhadap 20000 murid sekolah rendah menunjukkan hanya lima peratus dalam kalangan mereka menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai idola manakala selebihnya menjadikan pemimpin, penyanyi dan ahli sukan sebagai mentor. Menurut seorang pakar motivasi, Azizan Shuib, kebanyakan pelajar melayu sebenarnya pandai tetapi mereka terlalu sibuk dengan aktiviti sia-sia dan tidak berfaedah.
Kenapa mereka sibukkan diri mereka dengan perkara yang tidak berfaedah? Jadi Penyelesaiannya ialah memberi mereka kerja yang berfaedah, bukan?
Ketua Puteri UMNO Pulau Pinang, Nor Hafizah Othman mengambil pendekatan mengajak golonfan ini menyertai Skuad Puteri yang dipergiatkan dengan member pendedahan kepada remaja wanita khususnya untuk berkelakuan baik dan membina semangat.
Sementara Ketua Angkatan Pemuda Keadilan, Fariz Musa, mendesak kerajaan bertindak segera membendung kegiatan tidak bermoral ini. malah beliau mempersoal keprihatinan Jabatan Agama Islam. Menurut saudara Fariz lagi, konsep satu Malaysia tidak mencerminkan kekuatan pegangan agama dan budaya UMNO selama inidalam mempertahankan ketuanan melayu kerana terlalu leka dengan projek dan politik sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap nak bangsa.
Ketua Cawangan Pas Bagan, Safian Salleh pula menggesa pihak berkuasa khususnya polis dan Jabatan Agama Islam supaya menjejaki punca masalah dan tidak melakukannya seperti melepas batuk di tangga.
Terakhir, saya memetik kata-kata Naib ketua Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang, Ir Shaik Hussein Mydin. Menurut beliau, pendekatan Islam sahaja yang dapat membawa mereka kembali ke pangkal jalan.
Entah mengapa saya rasa kita banyak menunding jari kepada orang lain. Seolah-olah kita nak cakap ini bukan tanggungjawab aku tetapi tanggungjawab pihak sekian dan sekian. Saya nampak Puteri UMNO sahaja yang memberikan saranan yang realistic dan praktikal. Saya tahu tidak cukup hanya dengan mendedahkan kepada golongan untuk berkelakuan baik jika tiada asas agama yang kukuh.
Saya jadi takut untuk meniti hari depan. Jika zaman saya hari ini sudah sebegini pincang, bagaimana pula agaknya zaman anak cucu saya nanti?
Di Pulau Pinang, ada pelbagai NGO sebenarnya. Antaranya NISA’. Justeru, jangan biarkan Puteri UMNO bersendirian dalam menangani masalah ini. Kita anjurkan program khidmat masyarakat dengan melibatkan golongan ini sebagai jawatankuasanya. Apa-apa sahaja program kita libatkan mereka bersama. biar mereka ada kerja berfaedah sehingg a dan tiada masa untuk kerja tidak berfaedah. Tampil ke hadapan dengan tindakan bukan sekadar berkata-kata kemudian senyap begitu sahaja.
Pesanan buat diri saya juga, selalu dan latihlah dirikan untuk merasakan INI TANGGUNGJAWAB SAYA ! daripada merasakan INI TANGGUNGJAWAB DIA!
No comments:
Post a Comment