Saturday, June 06, 2009

Pelangi Di Persia

Bismillahirrahmanirrahim...


Agak-agak apa Pelangi di Persia ini? sebenarnya Pelangi di Persia ini adalah sebuah buku. Ketika ibu dan ayah sibuk di Kedai Mutiara Egypt, saya menerpa sebuah premis buku. Baru dibuka. Sebelum ini tidak pernah saya lihat kedai buku tersebut.




Rupa-rupanya di Pulau Pinang ini banyak toko buku besar. Saya sahaja yang tidak pernah jelajah. Jadi selepas ini saya tidak perlu risau lagi andai tercampak ke Kauntan sekali pun. Sebelum ini saya rasa sedih kerana terpaksa meninggalkan Kampus di Kuala Lumpur dan berpindah ke Kuantan. Saya sedih untuk berpisah dengan MPH. Saya sayu untuk berjauhan dengan Kinokuniya. Melalut pula saya. Bukan ini isi utama entri saya kali ini.



Dalam cerpen-cerpen yang saya tukangi, saya banyak menggunakan latar belakang negara-negara asing. Sehingga timbul pertanyaan enti belajar di mana? Pernah pergi ke Mesir ke?
Saya senyum sendiri.



Pernah baca cerpen Kerana Manisnya Epal karya Saudara Faisal Tehrani?




Saya rasa kebanyakan orang arif tentang cerpen ini. Cerpen ini merupakan salah satu cerpen yang terdapat dalam Antologi Kesusasteraan Melayu Sekolah Menengah. Saudara Faisal menggunakan lataran belakang luar Negara. Masih ingat Tsolum River Fruit Trees? Saudara Faisal berjaya mengolah dengan baik suasana luar negar terbabit walhal beliau tidak pernah sampai pun ke Negara itu. beliau baru berusia belasan tahun ketika itu.



Jadi , bagaimana beliau boleh menggarap dengan baik suasana luar Negara tanpa pengalaman berada di sana? Anda rasa bagaimana?



Kita mengembara dengan dua cara. Pertama, kita pergi sendiri ke tempat itu. kedua. Kita membaca pengalaman orang yang pernah mengembara ke sana.



Percaya atau tidak kita sebenarnya boleh mengembara hanya dengan membaca pengalaman orang lain. Namun tidak dinafikan, tentulah pengalaman itu tidak sama dengan pengalaman menjejakkan kai sendiri ke tempat itu.



Pelangi Di Persia ini merupakan catatan pengalaman saudari Dina Y. Sulaeman sepanjang lapan tauhn beliau tinggal di Iran. Saudari Dina perupakan warganegara Indonesia.




Dalam buku ini beliau menceritakan pengalaman beliau sepanjang bergaul dengan orang-orang Iran dari pelbagai jenis etnik, budaya dan agama. Beliau turut memuatkan keunikan orang-orang Gilan di utara, militansi kesukuan Kurdi di Barat, kehangatan nyala api orang-orang majusi di Timur hingga keramahan etnik Arab di selatan Iran.




Desa kuon berusia 5000 tahun di Abyaneh, kebun-kebun mawar yang air sulingan bunganya dipakai untuk mencuci Kaabah, kebun teh di pinggir laut Kaspia, puing-puing perang di Khurrasamshahr, kuil sembahan orang Parsi kuno di pedalaman Shoush, kota kuno di Shouhstar yang pernah diperebutkan pada era Khalifah Umar Al-Khattab, masjid kaum sunni di Sanandaj dengan beranda tuanya yang tenang, pergunungan Zagros yang membuatkan nafas tertahan, dan puing istana Perpolis yang menjadi bukti kemegahan peradaban Parsi kuno adalah antara keeksotisan Iran yang dimuatkan dalam buku ini.



Iran disebut-sebut sebagai sebuah negara paling berani menentang kehendak negara Polis Dunia. Di bumi Iran termuat segala macam khazanah sejarah. Mengembara ke Iran tentu sahaja menjadi pengalaman paling indah.




Teringat firman Allah dalam Surah Ali Imran ayat 137 yag bermaksud “Maka berjalanlah kamu di atas muka bumi dan perhatiknlah bagaimana akibatnya orang yang mendustakan (agama)."



Cuma masalahnya buku ini ditulis dalam bahasa Indonesia. Jadi sesetengah perkataannya tidak dimengerti! Namun itu bukan masalah besar. manfaatnya melebihi kekurangan buku ini.


Jika hendak tunggu cukup wang untuk terbang ke Iran entah bila hasrat itu akan terealisasi. Jadi rebutlah peluang untuk membaca pengalaman orang. Moga-moga dengan cara ini kita juga dapat mengembara bersama. Andai berpeluang untuk ke sana suatu hari nanti, pengembaraan kita akan tambah menyeronokkan kerana kita telah ada maklumat seba sedikit tentang negara tersebut. Selamat mengembara dengan membaca !

2 comments:

cahaya hidayah said...

salam

kat penang?kat mana?tak tau pulak kata ada kedai buku tu..jom kt pi jelajah sblm msk kuantan..hehe

hasellusiby said...

salam...

tumpang ziarah. jika ada yang berminat dengan teori konspirasi, sejarah nusantara yang hilang, sufism, kebangkitan akhir zaman..sila lah ke nusanaga.blogspot.com

harap salam ukhwah akan bertaut demi masa depan..sekian

......................................