saya sedang mengulit buku Pelangi Di Persia sekarang ini. jadi sedikit sebanyak saya mengambil berat perkembangan di Iran. Antaranya pilihanraya umum di Iran yang berlangsung Jumaat lalu.
Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad telah memenangi pilihanraya umum negara itu apabila menewaskan calon popular Mirhossein Mousovi.
Ahmadinejad mendapat undi sebanyak 65% berbanding Mousovi yang membawa agenda utama iaitu menggalakkan perdamaian di antara Iran dan Amerika.
Ahamdinejad yang dilihat sebagai seorang pemimpin Islam yang lantang bersuara menentang sekeras-kerasnya sebarang usaha perdamaian dengan Washington masih mengekalkan pendirian untuk membangunkan tenaga uranium di negara teluk itu.
Sebelum ini juga Ahmadinejad dilihat sebagai seorang yang lantang mengecam pemimpin arab berikutan serangan di Semenanjung Gaza yang mengorbankan beribu warga penduduk Palestin. Hanya beliau seorang yang dilihat berani mempertahankan hak tanah suci umat Islam itu secara terang-terangan.
Hakikatnya beliau dapat diibaratkan sebagai 'Singa' bagi umat Islam pada era ini meskipun beliau berketurunan Syiah. Dunia melihat kemenangan Ahamdinejad sebagai kemenangan untuk seluruh umat Islam.
Memanglah Israel tidak gembira dengan hasil pilihan raya Presiden ini kerana pemimpin yang dipilih memberi masalah kepada Israel. Salah satu kebimbangannya ialah Ahmadinejad tidak pernah membayangkan menghentikan program nuklearnya. Ternyata rakyat Iran tidak mengikut acuan Israel dan AS dalam memilih pemimpin mereka. Kerana itu keputusan pilihan raya ini menjadi penting sebagai penyukat takah untuk Iran melangkah ke hadapan dengan bermaruah.
Isu wanita(feminisme) di Iran juga cukup menarik untuk diperkatakan. Insyaallah jika ada ruang dan peluang saya kan cuba perpanjangkan dalam blog ini.
2 comments:
iran dan syria blh jd cth kt ngara2 islam myg lain skrang. juga dr sg perubatan... thanks akak post pasal ni.
~good luck. teruskan menulis =)
Syiah bukan Islam la..mana leh kata mazhab..kalau korang kata mazhab..then kristian pun mazhab...depa sesat, sama je cam Kristian yg putarkan segala kebenaran al-quran..Syiah pun begitu sama cam kristian sebab mereka berpendapat Jibrail salah bagi wahyu kepada nabi Muhammad dan sepatutnya ke Ali. Tanggapan mereka sama seperti kaum nasrani / kristian yg tidka percaya nabi Muhammad raul / nabi yg terakhir..so renunglan lah...
Post a Comment