Bismillahirrahmanirrahim...
SEBAB KEDUA (RIBA):
Faktor kedua kelemahan orang Islam kerana kita hari ini berperang menentang Allah SWT dan Rasulullah SAW. Kita adalah musuh Allah dan RasulNya. Ini kerana kita mengambil riba dalam setiap masa dalam kehidupan kita, iaitu pinjaman pelajaran, pinjaman rumah dan kenderaan, simpanan bank, ASB dsbnya.
Riba terbesar ialah menggunakan wang kertas. Ya! wang kertas adalah riba!! Semenjak 1991, ulama mengeluarkan fatwa wang kertas adalah riba dan operasi bank (termasuk bank islam) adalah perdayaan. Sistem wang kertas adalah kunci kekayaan utama bagi penyembah syaitan Freemason, dan kunci utama penguasaan kekayaan tidak dibayangkan. Rothschilds sahaja dianggarkan mempunyai wang sebanyak 500 Trillion, iaitu separuh daripada seluruh kekayaan dunia, dan mengalahi hutang negara Amerika Syarikat yang hanya 45 Trillion. Kekayaan ini membolehkan mereka menguasi hampir keseluruh industri dunia dengan mudah.
Sistem wang kertas memberikan mereka kuasa mencipta wang atas angin!!! (samalah seperti mengeluarkan cek tendang, tanpa perlu mempunyai wang dalam bank). Sistem ini memiskinkan, memperhambakan dan melemahkan umat dan seluruh negara Islam. Pemuda Ottaman yang dahulunya pendekar tetapi hari ini menjadi migrasi bekerja sebagai penjaga pam di stesen minyak New York.
Negara-negara Islam yang Allah kurniakan dengan kekayaan semulajadi menjadi negara miskin dan hidup dalam kelaparan serta kesengsaraan. Negara mereka yang ketiadaan sumber menguasai kekayaan negara Islam dengan murah (kerana beli dengan cek kosong). Oleh kerana manipulasi sistem wang kertas , fatwa dikeluarkan untuk berjihad fisabillah ke atas sistem perbankan dan kembali menggunakan wang sunnah Dinar Emas dan Dirham.
Kita perlu berjuang untuk menghapuskan sistem riba wang kertas, dan kembali kepada wang sunnah Dinar Emas dan Dirham. Adakah anda tahu dosa ditanggung mengambil riba?
"...Ribâ itu mempunyai 73 jenis; sedangkan yang paling ringan adalah seperti seseorang yang bersetubuh dengan ibunya…" [HR. Ibnu Majah dan Al-Hakim, no. 2275, dari Ibnu Mas'ud dengan sanad shaih].
"...Satu dirham (+/- RM14) yang diperoleh seseorang dari hasil riba lebih besar dosanya 36 kali daripada perbuatan zina dalam Islam..." [HR. Baihaqi dari Anas bin Malik]
Hadis menyatakan pemberi riba, pengambil riba, perekod riba (pekerja bank), dan saksi seperti peguam, hakim, pendaftar mahkamah, saksi perbicaraan, ulama dan ustaz, pengubal undang-undang dsb adalah sama (kerana maksud saksi ialah sesiapa sahaja yang mengesahkan kebenaran perjanjian riba sebagai perjanjian yang sah). Mereka menanggung dosa yang sama.
Jabir r.a. meriwayatkan:"..Rasulullah melaknat pemakan riba, pemberi riba, penulis dan kedua saksinya... Mereka itu adalah sama..."; (Muslim)
Oleh itu dan apabila saya membeli rumah RM100,000 dibayar dalam tempohn 30 tahun, bank akan mengenakan riba sebanyak RM300,000. Maka dosa bagi jumlah riba ialah RM400,000, atau $28,571 Dirham, iaitu dosa seperti menyetubuhi ibu sendiri dan sebanyak 1,028,571 kali. Hadis turut menyatakan pemberi dan pembil riba, perekod riba (semua lapisan pekerja bank), dan saksi-saksi seperti peguam, hakim, pendaftar dan pekerja mahkamah, saksi perbicaraan, ulama dan ustaz, pengubal undang-undang dsb akan menanggung dosa dan akibat yang sama (ini kerana maksud saksi ialah sesiapa sahaja yang mengesahkan kebenaran perjanjian riba sebagai perjanjian sah).
Oleh itu, apakah pula dosa pekerja bank, peguam dan hakim yang mengendalikan 500 kes pinjaman bank dalam sebulan? Maka dosa bagi jumlah riba ialah RM200,000,000 atau $14,285,714 Dirham, iaitu dosa seperti menyetubuhi ibu sendiri dan sebanyak 514,285,704 kali sebulan, 6.2 billion setahun, dan 185 billion kali sepanjang tempoh 30 tahun bekerja.
Apakah dosa ditanggung saksi katergori pemimpin, pengubal undang-undang dan ulama yang membenarkan undang-undang dan transaksi riba? Tidak dapat dibayangkan! Mungkin atas sebab ini terdapat hadis mengatakan ulama dan pemimpian hari ini adalah makhluk terhina di bawah langit. Namun itu dan lebih memudaratkan, riba mengakibatkan kesemua ibadah kita tidak diterima Allah. Kita akan dimasukkan neraka, dan kekal selama-lamanya di dalam neraka.
"..Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya PEPERANGAN dari Allah dan RasulNya..." ; Surah Al-Baqarah:279
Catatan: Apakah kemunasabahan ibadah selama ini diterima Allah SWT apabila hakikatnya kita berperang menentang Allah, dan kekasihNya Rasulullah SAW? Tidak munasabah mengharapkan ibadah diterima apabila bukan sekadar bermusuh (tidak melibatkan membunuh), tetapi berperang menentang Allah SWT dan kekasihNya, Nabi Muhammad SAW (melibatkan membunuh).
"..Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itulah ahli neraka, mereka KEKAL di dalamnya.."; Surah Al-Baqarah:275
Keterangan jelas menyatakan kita KEKAL dalam neraka. Terjemahan apakah diperlukan lagi untuk memanipulasi keterangan Allah dan menghalalkan perkara diharamkan? Namun saya pasti tidak akan kekurangan ulama atau orang yang berhujah bertentangan maksud ayat tersebut, samalah seperti dilakukan ahli-ahli kitab terdahulu.
Permainan lapuk yang telah berabad-abad dilakukan oleh Yahudi dan Nasrani sebelum zaman ini.Oleh itu mereka boleh meneruskan hujahan mereka hingga nafas terakhir. Hanya selepas itu mereka akan mengetahui sendiri apakah jawapannya. Hujahan mereka akan didengar kembali, dan malangnya pada masa itu, tiada lagi peluang membetulkan kesilapan dan hanya mempunyai pilihan menetap selama-lamanya di neraka.
Terdapat juga sebilangan besar mengatakan "aku ini masih muda dan boleh bertaubat nanti". Oleh itu persoalan ialah adakah taubat akan diterima Allah SWT? Cubalah baca dan fahamkan sendiri ayat di bawah:—
"..Sesungguhnya penerimaan taubat itu disanggup oleh Allah hanya bagi orang-orang yang melakukan kejahatan disebabkan (sifat) kejahilan kemudian mereka segera bertaubat, maka (dengan adanya dua sebab itu) mereka diterima Allah taubatnya.." ; Surah An-Nisaa:17
"...Sesungguhnya orang-orang yang beriman, kemudian mereka kafir, kemudian mereka beriman semula, kemudian mereka kafir sekali lagi, kemudian mereka bertambah-tambah lagi dengan kekufuran, Allah tidak akan sekali-kali akan memberi ampun kepada mereka, dan tidak akan memberi petunjuk hidayah kepada mereka ke jalan yang benar..."; Surah An-Nisaa:137
Keterangan di atas juga jelas dan tanpa memerlukan sebarang terjemahan. Namun saya juga pasti pasti mereka ini akan mempunyai terjemahan sendiri yang bercanggah dengan maksud sebenar ayat tersebut. Silakanlah, dan Allah akan membiarkan mereka hidup dengan kepercayaan mereka adalah orang beriman berdasarkan sangkaan semata-mata. Mereka tidak akan mendapat hidayah hingga nafas terakhir, dan akhirnya mendapati telah terlampau sesat jauh untuk pulang ke pangkal jalan.
"..Bagaimana Allah akan memberi petunjuk hidayah kepada sesuatu kaum yang kufur ingkar sesudah mereka beriman, dan juga sesudah mereka menyaksikan bahawa Rasulullah itu adalah benar, dan telah datang pula kepada mereka KETERANGAN-KETERANG AN YANG JELAS NYATA.
Dan (ingatlah) Allah tidak akan memberikan petunjuk hidayahNya kepada kaum yang zalim..."; Surah Ali-Imran:86
"...Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah, kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang rugi serugi-ruginya amal-amal perbuatannya? (Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan". Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka... oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatnya Kami tidak akan memberi sebarang pertimbangan untuk menilai amal mereka pada hari kiatmat kelak..."; Surah Al-Kahfi:103- 106
"...Sesungguhnya orang-orang yang kafir serta berlaku zalim, Allah tidak sekali-kali akan mengampunkan mereka dan tidak akan menunjukkan jalan kepada mereka..."; Surah An-Nisaa:168
Riba adalah haram, dan perniagaan adalah halal, dan keterangan ini jelas. Allah menegaskan keterangan Al-Quran jelas dengan menyatakan "keterangan- keterangan yang jelas nyata". Oleh itu bagaimana mereka masih berhujah keterangan Allah masih kabur? Adakah keterangan Allah kabur atau mereka yang sebenarnya tidak mendapat hidayah kerana gemar mencampuradukkan iman dengan kezaliman mengikut hawa nafsu mereka.
"...Orang–orang yang beriman dan tidak mencampur adukkan iman mereka dengan kezaliman, mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan merekalah orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk..." ; Surah Al-An'aam:82
Akibat tindakan menghalalkan sedikit riba, kini seluruh umat Islam terkorban dan sudah tidak mengira samada riba atau tidak. Riba yang jelas haram telah tidak diendahkan. Ini mengakibatkan umat Islam menjadi bangsa dicaci hina serta menjadi hamba kepada penyembah syaitan Freemason.
Allah menyesatkan sebahagian ulama hari ini tanpa mereka disedari dan mereka menanggung dosa tidak terbayang. Saya juga percaya pasti ramai berhujah menyatakan ini tidak munasabah, kerana jika benar wang kertas adalah riba, maka hampir semua dimasukkan ke dalam neraka. Saya khuatiri itulah hakikat dunia hari ini, samada kita suka atau tidak.
Mari kita lihat Hadis qudsi di bawah:
"...Allah berfirman pada hari kiamat: "Hai Adam! Bangkitlah, siapkanlah sembilan ratus sembilan puluh sembilan keturunanmu (untuk ditempatkan) dalam neraka dan satu (di antara mereka itu akan ditempatkan dalam syurga)." (Ketika Rasulullah menerimanya kemudian menyampaikannya kepada para sahabat), baginda menangis tersedu-sedu, demikian para sahabat lainnya turut menangis lalu baginda bersabda: "Angkatlah kepalamu, Demi Allah Yang Menguasai jiwaku. Dibandingkan dengan umat-umat Nabi lain, umatKu hanyalah bagaikan selembar bulu putih (yang terdapat) pada kulit lembu jantan yang berbulu hitam..." (Hadis qudsi riwayat Tabrani didalam kitab al-Kabir dari Abu Darda' r.a.)
Perkara riba menjadi wahyu yang terakhir, diturunkan dalam kitab yang terakhir, kepada nabi yang terakhir, dan semasa umur Rasulullah SAW yang terakhir. Sifat "akhir" pada amaran ini menunjukkan Allah SWT memberi amaran di sini terkandung bahaya terbesar akan dihadapi umat akhir zaman.
Namun itu sebahagian ulama dan pemimpin kita tidur dan lena dibuai nafsu. Akibatnya 99.9% akan ke neraka dan kekal selamanya di neraka. Mungkin atas sebab riba maka hadis tiada lagi orang beriman dan mengucapkan kalimah pada akhir zaman menjadi benar. Ini kerana daripada hadis kita dapat ramalkan sekarang dimana ramai antara manusia tertipu dengan kesenangan dunia sekejap cuma kerana menurut hawa nafsu dan hidup melanggar ketetapan agama Allah ini.
Mereka mengubah maksud Al-Quran untuk mengejar keuntungan dan memakai prinsip ekonomi kafir berasaskan kapitalisma, sistem yang menindas kepentingan masyarakat demi keuntungan lumayan beberapa orang individu. Mereka meninggalkan prinsip ekonomi Islam yang memfokuskan kehidupan dan kesejahteraan semua manusia, dan bukan sekadar kekayaan beberapa orang.
Dalam itu, ramai yang samada sedar atau tidak, keluar dari garisan yang dibenarkan. Bila kapitalisma menjadikan sekadar beberapa orang kaya dengan sebahagian besar populasi dunia sengsara serta kelaparan, mereka masih tidak sedar sehingga menyangkakan penyelesaiannya ialah membenarkan lebih banyak transaksi riba. Akibatnya 99.9% akan ke neraka dan kekal selamanya di neraka.
Kini siapakah yang tidak berakal menyangkakan Allah SWT akan memberikan laluan mudah untuk kita ke syurga? Ujian begitu mudah pada zaman kemunculan Dajjal ini walaupun nabi-nabi dan banyak hadis menyatakan cabaran zaman ini adalah paling sukar dilalui?
Melihat kembali kepada hakikat kehidupan kita hari ini, ianya terlalu mudah untuk kita katakan telah melalui ujian Allah yang sukar. Sekiranyalah kehidupan sebegini dianggap ujian yang sukar, maka ianya pasti bercanggah hadis yang menyatakan ujian terbesar adalah pada akhir zaman (zaman kemunculan Dajjal). Oleh itu adalah tidak masuk akal Allah memberikan ujian tersangat mudah, kecualilah kita sendiri yang beriman dengan sangkaan semata-mata.
"...Adakah kamu menyangkakan bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)? ..."; Surah Ali-Imran:142
Ramai juga yang percaya alasan darurat kerana seringkali mendengar ceramah sebahagian besar ulama dan ustaz mendakwa pinjaman riba dibolehkan atas dasar darurat. Saya sesungguhnya percaya alasan ini tidak masuk akal dan bercanggah dengan Al-Quran.
Pertamanya bagaimana boleh dikatakan darurat jika kita masih boleh menyewa rumah?
Keduanya saya dapati ianya bercanggah dengan keterangan di bawah:
"..Sesungguhnya orang-orang yang diambil nyawanya oleh malaikat semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela Islam dan rela ditindas oleh kaum kafir musyrik), mereka ditanya oleh malaikat dengan berkata: "Apakah yang kamu telah lakukan mengenai agama kamu?" Mereka menjawab: Kami dahulu adalah orang-orang yang tertindas di bumi. Malaikat bertanya lagi: "Tidakkah bumi Allah itu luas, yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya?" Maka orang-orang yang sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah neraka jahanam, dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.."; An-Nisaa:97
Ini disokong dengan fakta sejarah Hijrah ke Madinah bagi membolehkan orang Islam mengamalkan cara hidup sebagai orang Islam. Selanjutnya disokong cerita dalam Surah Al-Kahfi, iaitu kisah Ashaab'ul ul-Kahfi dan Ar'Raqiim. Mereka berhijrah apabila tidak berupaya mengamalkan cara hidup Islam di bawah pemimpin zalim. Kesemua fakta ini tidak membenarkan alasan darurat.
Pengajaran ini juga disokong hadis Rasulullah SAW, yang memerintahkah kita mengasingkan diri, walaupun terpaksa berpaut kepada akar pokok hingga kita mati. Hadis Rasulullah SAW, Hudhayfah ibn al-Yaman:"...Orang biasa bertanya kepada Nabi tentang kebaikan, sedangkan saya bertanya tentang kejahatan, kerana saya bimbang kejahatan itu akan menimpa saya. Lalu saya berkata, `Wahai rasul Allah! Kami sebelum ini dalam keadaan kejahilan dan kejahatan, lalu Tuhan mendatangkan kebaikan kepada kami. Akan berlakukah kejahatan lagi selepas kebaikan ini?' `Ya,' jawab Nabi. `Dan adakah kebaikan akan kembali lagi selepas kejahatan ini?' saya bertanya. Nabi menjawab, `Ya, tetapi ia bercampur-baur dengan kejahatan.' `Apakah kejahatan itu?' saya bertanya. Nabi menjawab, `Setengah orang akan mengikut selain daripada sunnahku dan akan memimpin mereka ke jalan lain daripada jalanku. Setengah perbuatan mereka baik, setengah jahat.' Saya bertanya, `Adakah akan wujud kejahatan lagi setelah kebaikan (campuran) ini?" Beliau menjawab, `Ya, pendakyah-pendakyah yang berdiri di pintu neraka; barangsiapa mendengar mereka kan mereka campakkan ke dalamnya.' `Terangkanlah kepada kami sifat-sifat mereka, wahai rasul Allah!' saya meminta. Nabi berkata, `Mereka dari bangsa kita dan bercakap bahasa kita.' Apakah perintahmu kepadaku jika aku berada di dalam keadaan itu?' saya bertanya. Nabi berkata, `Ikutlah puak majoriti orang-orang Islam (ummah) dan pemimpin mereka (khalifah).' `Tetapi jika mereka tidak ada puak majoriti atau seorang pemimpin?' saya bertanya. Nabi menjawab, `Jika demikian, tinggallah semua puak walau kamu terpaksa berpaut kepada akar pokok hingga kamu mati...'; (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Hadis di atas menyokong dan tidak bercanggah Surah An-Nisaa:97 dan Surah Al-Kahfi. Hadis jelas mencerminkan tiada alasan darurat dan menyarankan pengasingan diri bagi membela agama Allah. dan mengamalkan hidup cara Islam.
Hadis turut menjelaskan 5 zaman telah kita lalui:
1. Zaman Jahilliyah
2. Zaman bidaah
3. Zaman ulama memanggil kita masuk ke neraka
4. Zaman institusi Khalifah dan Jemaah
5. Zaman ketiadaan institusi Khalifah dan Jemaah (mengasingkan diri)Institusi Khalifah dan Jemaah telah tiada hampir 100 tahun lepas (1921).
Oleh itu, zaman ulama mengeluarkan pernyataan palsu telah lama berlalu. Sebahagian ulama hari ini hanyalah warisan dari sifat ulama dahulu yang gemar menghalalkan apa diharamkan Allah (ulama dunia).
Oleh itu untuk memahami bagaimana sebahagian ulama berani menghalalkan riba adalah bukan suatu yang pelik. Ini kerana Rasulullah telah dari awal memberi amaran dan banyak hadis yang menyokong situasi sekarang ini. Ianya bukan sesuatu yang pelik kerana telah lama dinyatakan dalam Al-Quran. Ianya bukan lagi satu permainan baru, tetapi permainan yang telah lama dan lapuk.
Kita hari ini sebenarnya hidup di zaman sebahagian besar ulama menjadi jahat. Allah SWT menjadikan menjadikan mereka ini sebagai umat paling hina.
"...Sesungguhnya orang yang menyembunyikan apa yang telah kami turunkan dari keterangan yang jelas dan petunjuk setelah kami nyatakan kepada manusia dalam al-Quran, mereka dilaknati Allah dan dilaknati semua makhluk yang dapat melaknati mereka..."; Surah Al-Baqarah-159
Langkah mesti diambil mengenal pasti ulama sejati dan ulama jahat. Dari aspek ini, Said Hawwa dalam kitabnya 'al-Assasu fi-Tafsir (1985) mengupas pendapat Ibnu Mas'ud dan menyatakan ulama bukanlah sekadar yang mempunyai banyak ilmu tetapi juga orang yang banyak 'khasyyah' (takut dan cinta yang tinggi) kepada Allah".
Mereka menjadi pemimpin umat menegakkan agama Allah dan sanggup mengatakan perkara yang hak. Selanjutnya adakah ulama jahat wujud? Apakah itu ulama jahat? Rasulullah menyebut dalam beberapa hadisnya bahawa ada orang yang berilmu, mengetahui halal-haram, mengetahui hak dan batil dan memahami al-Quran serta al-hadis tetapi mencampur-adukkan perkara yang hak dan yang batil.
Inilah dikatakan ulama menyeleweng (ulama syirar, as-syin, fasik). Mereka ini ulama yang berusaha menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran untuk orang lain, tetapi diam-diam mengejar kedudukan dan harta duniawi.
Rasulullah bersabda: "Ketika seseorang dicampakkan ke dalam neraka jahanam pada hari kiamat dan bertaburan isi perutnya, ahli neraka lain bertanya: "mengapakah anda jadi begini sedangkan anda sentiasa menyuruh kami berbuat baik dan mencegah kemungkaran? " Dia menjawab: "Ya benar saya menyuruh kamu semua berbuat baik tetapi saya tidak melakukannya dan saya yang melarang anda tidak melakukannya tetapi saya sengaja melanggarnya. " (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Ulama jahat menghalalkan riba melalui "Islamic Banking" dan mereka malahan turut bersama mengamalkan pinjaman kenderaan, pinjaman rumah, pinjaman pelajaran, dan menyimpan wang di bank kafir serta membuat pelaburan-pelaburan haram. Untuk menutupi kejahatan, mereka menghalalkan riba dan mengakibatkan ibadah masyarakat Islam tidak diterima. Perbuatannya mengakibatkan seluruh masyarakat Islam kekal selama-lamanya di dalam neraka.
Dalam pada itu ada yang tidak sedar dan mengeluarkan fatwa tanpa mempunyai pengetahuan. Rasulullah ada bersabda mengenai ulama jahat yang berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Daripada Abdullah bin Amr bin 'ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. mereka sesat dan menyesatkan orang lain." (H.R. Muslim)
Hadis merujuk kepada sebahagian besar ulama hari ini. Ini kerana ulama hari ini tiada pengetahuan mencukupi dalam ilmu kewangan tetapi mengeluarkan fatwa menghalalkan transaksi bank islam. Ilmu bukan sekadar penguasaan ilmu agama, tetapi merujuk pengetahuan segala ilmu, termasuklah sejarah, ekonomi, perbankan dan berkaitan kewangan.
Pada masa sama ini bermaksud usaha Freemason mewujudkan sistem yang mengasingkan agama dan ilmu selainnya berjaya dan ini mewujudkan ulama-ulama jahat. Mereka adalah ulama-ulama yang sesat dan menyesatkan orang lain. Saya ingin membangkitkan sedikit persoalan tentang tindakan ulama menghalalkan bank islam dan transaksi riba.
Hakikat wang kertas atau lebih dikenali sebagai "Bank Note" adalah sebenarnya "promissory note" (Surat I.O.U atas surat hutang kerajaan) yang tidak mempunyai nilai sebenar (kertas). Ya!! nota bank adalah kertas hutang kerajaan kita daripada Bank Negara, sama seperti perjanjian lainnya (definisi Bank Note: Wikipedia: A banknote (often known as a bill, paper money or simply a note) is a kind of negotiable instrument, a promissory note made by a bank payable to the bearer on demand, used as money, and in many jurisdictions is legal tender)Selanjutnya, Bank tidak pernah mempunyai wang untuk dipinjamkan.
Tidak munasabah bank mempunyai wang yang begitu banyak untuk memberi pinjaman serentak kepada berjuta-juta orang bagi membeli kereta, rumah, pinjaman perniagaan dan pemaju, kad kredit, pinjaman perdagangan dan pada masa sama, tidak pernah melarang kita mengeluarkan duit kita dengan alasan duit kita sedang dipinjamkan kepada orang lain. Bank tidak meminjamkan wang, mereka mencipta wang melalui Fractional Reserve System, atau di Malaysia, dikenali sebagai Statutory Reserve System (rujuk video how money is created).
Oleh itu apakah jawapan sebahagian ulama-ulama ini kepada persoalan di bawah:—
(a) Bagaimana perjanjian hutang menjadi halal apabila bank tidak meminjamkan wang, tetapi mencipta wang selepas pelanggan menandatangani perjanjian? Bank tidak mempunyai apa-apa sebelum perjanjian ditandatangani.
(b) Peminjam pihak tunggal menawarkan aset bernilai , dan bank tiada sebarang kerugian jika tiada bayaran kembali. Bank turut tidak perlu membayar kepada Bank Negara kerana tidak meminjam dari Bank Negara, tetapi mencipta wang. Jikalah bank dikehendaki membayar Bank Negara, maka pengaliran wang dalam ekonomi tidak akan berkembang. Oleh itu, tindakan bank yang tidak mempunyai apa-apa tetapi memeras keringat peminjam dan melelong rumah adalah adil dan halal dalam Islam?
(c) Bagaimana wang kertas yang hakikat adalah sendirinya riba, boleh menghalalkan perjanjian pinjaman? Bagaimana halal boleh terjadi dari sesuatu yang haram?
(d) Bagaimana Islam boleh membenarkan pinjaman dibayar menggunakan pinjaman lainnya (iaitu wang kertas yang hakikatnya adalah Promissory Note)? Bukankah dalam Islam perjanjian terhad hanya kepada dua pihak, dan tidak boleh berulang-ulang kali bertukar-tukar dari tangan ke tangan lain dalam ekonomi?
(e) Bagaimana wang kertas (fiat money) yang "nilainya" berasaskan paksaan undang-undang, boleh menjadi halal dan mempunyai nilai sebenar di sisi Islam? Hakikatnya wang kertas adalah sekeping kertas yang tiada nilai tersendiri, Bagaimana sebahagian ulama ini boleh menyatakan kertas itu mempunyai nilai dalam Islam?
(f) Bagaimana pinjaman wang kertas RM100,000, yang mana selepas 20 tahun nilai menyusut kepada jatuh RM70,000 boleh menjadi halal? Bukankah ini pengurangan 30% nilai secara penganiayaan dan tidak adil?
Jawapan persoalan ini akan membuktikan sebahagian ulama membuat dusta terhadap keterangan Allah. Mereka yang melakukan dusta akan menanggung dosa seluruh umat Islam. Sekiranya selepas membaca surat ini mereka masih tidak bertaubat dengan memperbetulkan kesemua kemungkaran akibat perbuatan mereka, dan berusaha memusnahkan sistem yang beroperasi akibat tindakan mereka, maka sedarlah, satu hari nanti mereka juga akan dihadapkan di Mahkamah lainnya. Pada masa itu tiada lagi jalan kembali dan yang didapati bersalah dimasukkan ke neraka selama-lamanya.
Oleh itu, pilihan sementara masa masih ada hari ini ialah berjuang habis-habisan membasmi riba atau mengasingkan diri. Surah Al-Baqarah:279 menyatakan "PEPERANGAN" . Peperangan adalah bukan tanggung-jawab individu, tetapi tanggung-jawab negara dan seluruh orang Islam berjihad bersama Allah dan Rasulullah SAW membasmi riba dalam mana-mana negara didudukinya.
Tiada seorang pun boleh mengamalkan riba tanpa mengira samada dia seorang Islam, Buddha, Hindu, Kristian atau pun dia pelancong dan sebagainya. Tiada pengecualian dan riba sama sekali tidak dibenarkan dalam negara Islam. Ini juga tidak bertentangan dengan mana-mana agama kerana setiap agama melarang amalan riba, kecuali agama Yahudi.
2 comments:
ya Allah.
tkejutnya bila baca.
kena rujuk ustz nih.
tq 4 d info kak
Untuk pengetahuan Huda, bahagian kedua ni juga merupakan intisari seminar dinar emas yang pernah kak munirah hadiri dulu..
Post a Comment