Friday, July 30, 2010

Saya Rindu

Bismillahirrahmanirrahim...


Saya tak tahu nak luah kat mana. Saya tak tahu nak beritahu siapa. Saya tak tahu nak buat macam mana. Saya sedang rindu.


Terfikir blog ini. Jadi saya nak luah di sini.


Saya rindu sahabat-sahabat saya di UIA.


Saya rindukan sahabat –sahabat di Iptips.


Saya rindukan sahabat-sahabat API dan AMANI. Walapun kebanyakan sahabat API dan AMANI ada di Penang saya tak boleh jumpa mereka pun. Saya juga rindu pada Kak Lillah yang jauh di Rawang.


Saya rindukan mereka yang dipertemukan dengan saya dalam ziarah AMANI ( masa turun ziarah mesti akan ada orang baru walaupun seorang. Kata Kak Lillah AMANI inilah telah memperjodohkan kami..=)


Saya rindukan sahabat-sahabat di bumi Fathoni. Kak Tee, Kak Za, Huda dan Chu Ya adalah mereka yang paling saya rindu. Apatah lagi saya sedang menekuni maklumat-maklumat yang diambil bersama-sama dengan mereka sewaktu seminggu berkelana di sana beberapa ketika dulu. Setiap kali menyelak-nyelak lembaran maklumat di tangan, wajah mereka yang saya temui muncul satu persatu. Termasuk keluarga mangsa-mangsa konflik yang saya temui.


Rindunya…


Saya rindukan RAUDHAH. Rindu kat Kak Suna dan Kak Su. Rindukan ketenangan di RAUDHAH.


Apabila dapat tahu Kak Asti pulang ke Indonesia, saya jadi rawan. Bimbang tak berkesempatan jumpa Kak Asti lagi sebelum berlepas ke bumi Anbiya’.


Pada malamnya, beberapa mesej masuk ke dalam inbox telefon bimbit saya. Satu emel dari Fathoni menjengah inbox emel saya.


Ya Allah, mesej-mesej dan emel itu adalah dari mereka yang saya rindu…


Sungguh Allah telah titipkan rindu ini pada mereka. Terima kasih ya Allah…


Sekarang sedang susun jadual untuk pergi ziarah sahabat-sahabat yang saya rindu ini. Cuma sahabat-sahabat Fathoni sahaja yang tak termasuk dalam senarai. Saya dah tak boleh ke sana lagi. Itu janji saya pada ibu. Huhu.


Ya Allah pimpin kami agar jalan perjuangan yang kami telusuri membawa kami kepada redhaMu. Andai kami tergelincir, kembalikanlah kami ke pangkuan jalan. Moga rindu ini membawa kami untuk berkumpul di raudhatul asywaq yang hakiki… Moga kelak kami dapat bertemu lagi di raudhtul jannahMu andai kami tidak lagi berjodoh untuk bertemu di dunia ini selepas ini…ameen…

2 comments:

lillah أم هريرة said...

Akak juga merindukan kamu dik...
Sungguh ukhwah yang dibina atas dasar perjuangan kerana Allah ini sukar untuk dicari..

Di jalan perjuangan ini, kita akan temui hamba Allah yang lebih garang daripada singa di Colosseum ..
yang lebih taat daripada anjing kepada tuannya..
yang lebih tulus hatinya daripada seorang kekasih...
yang lebih mahal nilainya daripada intan permata...

alangkah indah jalan menuju Allah..
walaupun kita bersendirian di tempat kita namun hakikatnya pada detik yang sama, beribu jiwa yang merindukan Allah sedang tekun berjuang juga... cuma di tempat yang berbeza...

bersama-samalah kita mendoakan untuk semua pejuang-pejuang Allah agar kita semua dapat dihimpunkan di Taman Firdausi, Taman idaman.. milik orang beriman...

:)

qamar_muneera said...

huhu..nak menangis baca..thanks akak..=)