Tuesday, December 29, 2009

Sekitar MPR 09

Bismillahirrahmanirrahim...

MINGGU PENULIS REMAJA 2009 (MPR 09)

tarikh
19-25 DISEMBER 2009

tempat
GOLDEN STRAITS VILLAS BEACH RESORT< PORT DICKSON< NEGERI SEMBILAN

anjuran
PUSAT PENYELIDIKAN DAN PENGEMBANGAN KESUSASTERAAN KANAK-KANAK DAN REMAJA (PURNAMA) DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA















Friday, December 18, 2009

Apabila Daie berehat

Bismillahirrahmanirrahim...

Apabila Daie berehat...

Tingkat empat dan lima Central Square Sungai Petani dibanjiri anak-anak muda mentah untuk mengisi kekosongan jiwa. Mereka cuba mencari makna hidup di sebalik budaya Punk, Skin Head,Black metal, Gothic dan Shuffle.Mereka mencari ketenangan dengan melalak dalam jamban karaoke, melanggah arak, main snooker, hidu gam dan bermadu kasih di sana.
Kata kita, "Ini kerja penguatkuasa!"

Apabila Daie berehat...

"Islam tak pa, tak Islam pun tak pa...," ujar seorang warga Kampung kuala Mu. masyarakat minoriti ini bukan sahaja jauh daripada pembangunan dan kemajuan teknologi maklumat. mereka bahkan jauh dengan Islam. Ada dalam kalangan mereka mengaku sebagai Islam namun dalam masa yang sama tangan cekat mengusap anjing.
Kata kita, "Alah, susahlah nak naik ke sana!"

Apabila Daie berehat...

Penduduk Mukim Singkir, Yan berperang dengan K.S Chin Minerals Sdn Bhd dan Kemelong Engineering & Sankojaya Construction Sdn Bhd. Isu pertelingkahan tentu sahaja tentang kuari Jerai. Keselamatan penduduk kampung berdekatan kuari terancam sejak kuari ini beroperasi. Antaranya, bendang penduduk kampung digenangi lumpur. Hasil kebun turut merosot akibat gegaran kuat dari kuari. Bukan itu sahaja, kuari ini sebenarnya beroperasi di kawasan hutan simpan, kawasan yang sepatutnya dipelihara rapi.
Kata kita, "Aik! isu kuari Jerai ini pun kerja daiekah?"

Apabila Daie berehat...

Penduduk Kampung Tanjung Tokong terkontang kanting dibiarkan tanpa pembelaan apabila tanah mereka sedikit demi sedikit direbut oleh pihak yang bertanggungjawab. Alasan yang diberikn oleh pihak ini tanah itu diambil untuk pembangunan. Namun pembangunan yang sepatutnya menjaga hak hakikatnya menodai hak.
Kata kita, " Ini bidang tugas orang politik!"

Apabila Daie berehat...
"Ubat ini halal atau tidak?"
"gelatin ini umat Islam boleh makankah?"
"kasut ini dibuat daripada kulit apa?"
Isu halal haram terus dibagkitkan dari hari ke hari.
Kata kita, "CAP dan PPIM kan ada!"

Apabila Daie berehat...

Chik Saaleh, 112 tahun terbongkok-bongkok menjiruskan air pada tubuh cucunya yang sudah berusia 52 tahun. Di gubuk yang sudah hampir roboh di tapak tanah rizab kerajaan Felda Bukit Tembaga Daerah kuala Nerang, Kedah, Chik Salleh dan cucunya yang lumpuh sejak lahir itu tinggal. Hidupnya yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang tidak mendapat perhatian sewajarnya.
Kata kita,"Daie berdakwah bukan kerja bagi duit pada orang miskin!"

Apabila Daie berehat...

Kemusnahan hutan bakau di persisiran pantai semakin menjadi-jadi. Pengeksploitasian sumber biodiversiti yang tidak terkawal seperti penerokaan kawasan paya bakau untuk pembangunan,ternakan ikan dalam sangkar, ternakan udang, perindustrian, perbandaran dan pembuangan sisa kimia oleh kapal dan bot nelayan telah mengancam ekosistem paya bakau.
kata kita, " Sudahlah! Kerja Daiekah ini?"

Apabila Daie berehat...

"kami perlukan bantuan kamu," ujar seorang mujahidin dari Pattani kepada seorang mubaligh Kristian. Dalam terpaksa dia mohon bantuan dari mereka yang tidak seagama dengannya namun sudi turun membantu. Apa boleh buat tiada saudara seagama yang serius membantu.
Kata kita, " Iman tak cukup tinggi lagi hendak pergi berjuang di sana!"

Apabila Daie berehat...

Lambakan kes-kes di mahkamah syariah terutamanya yang melibatkan wanita tertangguh. Bukan sehari dua. Bukan sebulan dua. Tetapi setahun dua bahkan ada yang lebih lama. Muncul heroin yang menggelar diri mereka sebagai Sisters In Islam. Para Daie mula gelabah.
Kata kita, "Haramkan SIS!"

Apabila Daie berehat...

"Tiada unsur ketuhanan dalam matematik," ujar seorang pelajar matematik. Tuhan itu hanya terdapat dalam subjek agama. Subjek-subjek sains ini kosong dari mengingatkan kita kepada tuhan. Fahaman sekular ini menjangkiti bidang pendidikan.
Kata kita, "Ini semua Barat punya pasallah!"

Malunya saya hendak mengakui diri sebagai daie sedang kerja dibuat bermusim. Ya Allah kuatkan diri ini di atas jalan yang telah daku pilih ini. Kerja kita masih banyak! Jangan berehat wahai daie!(pesanan buat diri sendiri)

Thursday, December 17, 2009

Panggilan Dari Pattani

Disediakan oleh:

Mohd Saiful Afindi Sulaiman,
Timbalan pengerusi (I),
Angkatan Pemuda-pemudi Islam (API),
Persatuan Ulama' Malaysia cawangan Pulau Pinang (PUMPP),
Pulau Pinang
.


 



pintu masuk MA'HAD AL-BI THAT AD-DINIAH(Pondok Haji Harun)


 

Ziarah ke pattani beberapa hari yang lepas telah mengetemukan kami dengan timbalan mudir sekolah MA'HAD AL-BI THAT AD-DINIAH ( Pondok Haji Harun) iaitu Tn. Haji Abdul Rahman. Sekolah ini terletah di wilayah Yala di bahagian Selatan Thailand.

Sekolah ini merupakan sekolah aliran agama yang juga menekankan akademik. Di mana, sesi paginya lebih menfokuskan kepada akademik dan sesi petangnya lebih kepada agama. Pondok Haji Harun merupakan antara sekolah yang mempunyai bilangan pelajar yang teramai di Selatan Thailand, malah bagi saya yang teramai di Asia iaitu lebih 5,500 orang pelajar bedaftar di sini. Malah, bilangan pelajar sekolah ini pernah mencapai sehingga 10,000 orang pelajar pada satu ketika dahulu.

Namun, akibat pergolakan dan krisis di Selatan Thailand jumlah pelajar di situ semakin berkurangan. terutama, apabila ramai guru-guru yang pernah mengajar di situ ditangkap, hilang tanpa dapat dikesan dan ditembak. Malah menurut kata timbalan mudir sekolah juga, kejadian seperti bom atau tembakan disekitar kawasan sekolah bagaikan suatu pekara biasa bagi guru-guru dan pelajar sekolah ini. Persekolahan tetap diteruskan seperti biasa walaupun kejadian pegeboman atau tembakan terjadi hanya berhampiran pagar sekolah. Namun, akibat daripada pelbagai peristiwa ini, sedikit sebanyak telah menjejaskan bilangan pelajar yang mendaftar di sekolah ini..


 




pelajar Pondok Haji Harun waktu perhimpunan pagi


Melihat kepada keadaan fizikal sekolahnya memang tidak logik untuk menempatkan pelajar seramai itu dan menurut guru yang mengajar juga memang bilangan bilik darjah sebenarnya tidak mencukupi untuk menampung jumlah pelajar yang ada, jadi mereka terpaksa menempatkan pelajar dalam kuantiti yang semaksimum mungkin dalam satu-satu kelas.

Dari pemerhatian saya juga, memang keadaan bangunan dan infrastrukturnya seperti bangunan sekolah dan kemudahan belajar agak daif. Malah masih ada bilik darjah yang hanyak berdindingkan jaring besi.



bangunan bilik darjah




 

Namun semangat dan kesungguhan serta keikhlasan yang ditunjukkan oleh guru-guru di sana dalam usaha mendidik anak bangsa supaya berilmu untuk membela nasib agama, bangsa dan negara dan ketidak adilan dalam masyarakat amat tinggi sekali. Ditambah lagi kesedaran ibu bapa dan anak-anak yang melihat pendidikan adalah salah satu elemen penting untuk mengubah corak hidup dan taraf hidup mereka pada masa hadapan.

Ini dijelaskan sendiri oleh guru yang mengajar di situ, ada pelajar yang tingga berpuluh-puluh batu dari sekolah berusaha untuk belajar di sini sehingga mereka terpaksa bertolak seawal sebelum subuh lagi ke sekolah. Malah ada pelajar di sekolah ini yang tidak mampu membayar yuran persekolahan juga masih diterima masuk. Ini termasuklah pelajar-pelajar yang ibu bapa mereka telah tiada( yatim piatu), ayah ditangkap, ayah ditembak, ayah hilang dan sebagainya menyebabkan sumber pendapatan keluarga tidak cukup untuk menampung keperluan persekolahan anak-anak. Kesungguhan dan keikhlasan pihak sekolah untuk memberikan pendidikan kepada anak bangsa mereka untuk terus maju dan kedepan amat jelas sekali.



rombongan kami bersama guru sekolah Pondok haji harun




Hasil perbincangan kami dengan Tn Haji Abdul Rahman telah menghasilkan beberapa cadangan untuk turut sama membantu pihak sekolah dalam menyediakan pendidikan kepada saudara muslim kita di Pattani. Antaranya:

- Bengkel Pengajaran untuk Para guru dan Pelajar di sekolah tersebut untuk subjek Bahasa Melayu(BM) dan Bahasa Inggeris(BI).

- sumbangan keperluan asas pelajar seperti pakaian sekolah, beg sekolah, alatan belajar dan buku-buku yang boleh dimanfaatkan (bahan yang terpakai juga blh disumbangkan).

- sumbangan kewangan untuk menyediakan dana untuk membina dan meningkatkan kemudahan asas sekolah seperti bilik darjah, perpustakaan, pejabat dan sebagainya.

Bengekel pengajaran

-Kita memerlukan 10 orang (5 lelaki,5 perempuan) sukarelawan untuk mengajar bahasa melayu dan bahasa inggeris kepada para guru-guru dan pelajar di sekolah tersebut. keutamaan diberikan kepada bakal-bakal guru khususnya dalam pengajaran bidang BM dan BI.

-tempoh bengkel 3-4 minggu( masih dalam perbincangan)

-tarikh dalam bulan 3 atau 4 tahun 2010 ( masih dalam perbincangan tarikh spesifik)

-penempatan dan makan minum insyallah akan di sediakan sepanjang bengkel

-gaji atau elaun masih dalam perbincangan( tapi kalau boleh yang bersedia untuk terima apa-apa gaji atau elaun)

-boleh bagi respon untuk menjadi sukarelawan bengkel ini selewat-lewatnya hujung bulan 11.

-perjumpaan pertama untuk membincangkan secara detail berkenaan bengkel ini akan diadakan pada bulan 12 ini. Tepatnya 24 sehingga 27 Disember 2009 ini.

Sesiapa yang berminat untuk menjadi sukarelawan untuk bengkel tersebut atau sumbangan keperluan sekolah boleh hubungi :

Mohd Saiful Afindi Sulaiman ( 0194131472/ saiful_pedang87@yahoo.com.my),

Nur Khalillah Rasyidah (0194737645/
kha_lillah@yahoo.com.sg)

Untuk bantuan sumbangan kewangan boleh disalurkan atas nama Persatuan Ulama' Malaysia Cawangan Pulau Pinang, No. Akaun Bank Islam : 7043011013136. Diharapkan Tuan dapat memaklumkan jumlah derma kepada pihak kami untuk tujuan rekod.

Wednesday, December 16, 2009

Air Mata Pattani

Bismillahirrahmanirrahim...

Malu
Satu pagi dinihari telefon saya dimasuki mesej daripada Akh Amir.

"Malam ini, disaat kita hampir terlelap, fikiran bangsaku terus dijajah, jiwanya mati, fizikalnya lemah, tanahnya dirampas, maruahnya dicabut. Maka mampukah lagi tidurmu lena?Jangan pernah berhenti berfikir, apa patut aku buat untuk masyarakat?Untuk Islam? Kerana tidak berbuat apa-apa itu adalah satu dosa. Daripada hidup bercerminkan bangkai, lebih baik mati berkalang tanah."

Saya tersentak. Rasa hendak tumpah air mata ini.


Entah mengapa fikiran saya melayang ke Pattani. Terkenang dua ahli keluarga Akademi Dakwah '09 dari Pattani yang turut serta. Ismaael dan Kak Roshidah. Arghh! Malunya saya pada mereka.

Ismaael di tengah pernah dibantai oleh tentera Siam sehingga tinggal nyawa-nyawa ikan. Tubuhnya pernah dicucuh api dan dihumban ke dalam peti sejuk tanpa seurat benang di tubuh. Namun, pada hari program, Ismaeel masih boleh tersenyum. Mati tidak pernah digeruni malah dinanti.


Saya bukan sahaja tidak berbuat apa-apa untuk membantu mereka, bahkan saya tidak pernah ikuti pun pergolakan di sana! Malunya aku!



Berita Yang Tidak Tersiar
Abdul Aziz Ahmad (29) merupakan seorang yang kurang upaya. Jari tangannya tidak ada sejak beliau kecil lagi. Pada hari itu, sebuah tadika yang terletak dibelakang Masjid Darul Takwa sedang mengadakan acara sukan tahunan yang diadakan secara bergilir-gilir dengan tadika-tadika yang lain. Tadika berkenaan penuh dengan orang ramai termasuk pelajar-pelajar, ibubapa, dan guru-guru.

Pada hari itu juga, tanpa alasan yang jelas pihak tentera telah mengepung seluruh kawasan masjid dan juga tadika. Guru-guru sekolah tadika dan sekolah pondok sering menjadi sasaran pihak tentera kerana dituduh sebagai mempengaruhi masyarakat untuk membenci kerajaan dan menganggotai kumpulan pengganas. Pihak tentera telah menyerbu kawasan tadika dan masjid menyebabkan orang ramai yang panik lari bertempiaran menyelamatkan diri.

Secara tidak sengaja, Abd Aziz yang juga sedang panik pada ketika itu lari ke arah belakang masjid. Sekumpulan tentera yang telah berada dibelakang masjid tersebut berjaya menangkap Abd Aziz. Satu das tembakan kedengaran dari belakang masjid. Abdul Aziz maut ditembak tentera. Ini salah satu peristiwa yang berlaku di Pattani.
Bahkan banyak lagi peristiwa-peristiwa yang sama berlaku saban hari di sana tanpa pernah kita di negara yang aman sentosa ini ketahui.



Buka MataTragedi Tak Bai tanggal 24 Oktober 2004 yakni pada bulan Ramadhan akhirnya membuka mata masyarakat dunia umumnya dan masyarakat Malaysia khususnya terhadap pergolakan di Selatan Thai. 85 orang telah terbunuh pada hari berkenaan akibat sesak nafas kerana ditindan beramai-ramai di dalam trak askar.

Sebelum itu, Tanggal 28 April 2004, lebih dari 100 anggota tentera dan juga polis Thailand menerobos masuk ke Kampung Krisek ( Kre Se ), Pattani. Atas tuduhan melakukan serangan ke atas pos-pos keamanan pihak keselamatan Thai menggunakan senjata tajam, sekitar 106 orang remaja dan pemuda Muslim menjadi sasaran bedilan peluru mereka. Sebahagian dari mereka sempat mencari perlindungan di Masjid Krisek iaitu sebuah masjid tua peninggalan abad ke-17 yang juga dikenal sebagai Masjid Mudzaffar Syah. Letaknya di Kampung Grisek (Krisek), Pattani. Ia adalah salah satu peninggalan Kesultanan Kerajaan Islam Pattani yang masih ada.

Kes terbaru, 11 orang jemaah yang sedang solat Isyak di Masjid Al-Furqan, Narathiwat dibunuh secara kejam pada 1 Jun 2009.

Setelah beberapa bulan berlalu, berita-berita dari Selatan Thai kembali sepi ditelan waktu. Bukan disebabkan pergolakan di sana kian reda tetapi kurangnya pihak-pihak yang mahu tampil membantu menangani isu ini secara serius. Air mata umat Islam di lima wilayah ini tidak pernah kering. Setiap hari, ada sahaja umat Islam yang terkorban baik yang dibunuh secara berhadapan, dibunuh secara diam-diam, hilang diculik dari rumah dan tidak pulang-pulang.


Mengapa Mereka Berjuang?

  • Pertama, Bahasa Melayu tidak dibenarkan menjadi bahasa pengantar disekolah-sekolah sehinggakan nama-nama tempat pun diubah. Contohnya, Menara menjadi Narathiwat, Tebing menjadi Taling Can dan langgar menjadi ruk. Selatan Thailand terdiri dari 5 buah negeri yang besar iaitu Pattani, Yala, Narathiwat, Songkhla dan Setun. Majoriti penduduk di wilayah ini adalah berbangsa Melayu yang beragama Islam. Secara etnik atau budaya, warga dikelima-lima buah negeri ini lebih dekat kepada Melayu daripada Siam ( Thailand ). Oleh sebab itu mereka lebih selesa berbahasa melayu.
  • Kedua, Mata pelajaran Sejarah Pattani dan Muslim Pattani tidak dibenarkan diajar disekolah-sekolah kebangsaan milik pemerintah, bahkan juga sekolah-sekolah swasta. Ia bertujuan agar anak-anak ini tidak tahu sejarah sebenar Pattani. Bagi pemerintah, Pattani bukan negeri Melayu, tetapi sebahagian daripada Thailand.
  • Ketiga, Umat Islam dipaksa berbicara bahasa Siam. mereka tidak dibenarkan menggunakan bahasa Melayu.
  • Keempat, nama mereka terpaksa ditukar menjadi nama Siam jika ingin bekerja di pejabat-pejabat kerajaan termasuk di Selatan Thailand sendiri. Nama seperti Ahmad, Yusuf, Abdul Kadir dan yang berunsur Islam dilarang jika ingin bekerja dengan kerajaan.
  • Kelima yakni yang terakhir, Siam bukan sahaja menjajah, tetapi mereka juga berusaha mem'Buddha'kan orang-orang Melayu di Pattani. Di sinilah letaknya titik temu perjuangan masyarakat Pattani dengan umat Islam seluruh dunia.

Virus Tidakpedulisme

Rata-rata umat Islam hari ini melihat perjuangan di Selatan Thai lebih kepada menyelamatkan bangsa Melayu Pattani atas tiket nasionalisme. Oleh sebab itu, hilang rasa kebersamaan untuk berjuang membebaskan Pattani bersama-sama para mujahidin di sana. Lalu mereka mengambil sikap seperti enau dalam belukar, masing-masing melepaskan pucuk sendiri. Sedarlah umat Islam sekalian! Pergolakan di Selatan Thai adalah isu umat. Saudara kita di sana sedang berjuang menentang golongan yang mahu menukar agama mereka. Barangsiapa yang tidur dan tidak mengambil peduli urusan kaum muslimin, maka dia bukan dari golongan mereka. Tidakkah kita gerun mengenangkan sepotong hadis baginda ini?

Usaha Kita
Ayuh kita bantu saudara kita.


  • Pertama,sedarkan masyarakat dengan lidah kita. Jadikan pergolakan di Seltan Thai sebagai topik perbincangan. Lebih baik berbincang tentang isu saudara kita ini daripada berbual kosong tidak tentu hala.
  • Kedua, gunakan ketajaman mata pena untuk sebarkan pada masyarakat pergolakan sebenar yang berlaku di Selatan Thai.Misalnya tulis risalah dan edarkan di kampus. Tulis dalam blog untuk tatapan umum. Hakikatnya, hari ini manipulasi media massa membuatkan kita tidak memperolehi kisah sebenar yang berlaku di sana.
  • Ketiga, salurkan sumbangan anda.Untuk sumbangan dana bantuan saudara Islam Selatan Thai sila salurkan atas nama Persatuan Ulama' Malaysia Cawangan Pulau Pinang (PUMPP) , nombor akaun Bank Islam : 7043011013136.
  • Keempat, buat ceramah dan jemput saudara-saudara kita daripada Pattani untuk berkongsi derita.Untuk pertanyaan lanjut berhubung isu ini serta jemputan ceramah, anda boleh berbuat demikan dengan menghubungi Sekretariat Konflik Selatan Thai, Persatuan Ulama' Malaysia Cawangan Pulau Pinang, Serambi Dakwah, Taman Inderawasih, Perai, Pulau Pinang. Atau hubungi 04 – 3980527.
  • Kelima, berdoa dan solat hajat. Sebagaimana kita berdoa buat saudara-saudara kita di Palestin, begitulah juga kita doakan saudara kita di Pattani.

Kesimpulan

"Sesungguhnya, orang mukmin itu bersaudara,". Di akhirat nanti, kita bakal ditanya apa yang telah kita lakukan untuk membantu saudara kita di Pattani? Ambillah teladan daripada burung kecil yang mahu membantu memadamkan api tatkala Nabi Ibrahim dibakar Namrud. Ingatlah, tidak berbuat apa-apa itu satu dosa apatah lagi mereka di Pattani adalah saudara kita.























Tuesday, December 15, 2009

Kembara Aktivis Umat ( AKADEMI DAKWAH ' 09)

Bismillahirrahmanirrahim...
Hampir dua minggu perjalanan Madrasah Aktivis Dakwah (Mad’u) atau Akademi Dakwah 2009 anjuran sayap pemuda Persatuan Ulama’ Malaysia Pulau Pinang (PUMPP) iaitu Angkatan Pemuda Pemudi Islam (API) merencanakan pelbagai permasalahan umat yang meruncing belakangan ini. Program yang bermula di Sg. Dua, Pulau Pinang dan berakhir di Kg. Teluk Mat Acheh, Yan disusun dengan lapangan aktivisme yang pelbagai sebagai contoh serangan pemikiran, pendidikan, konflik umat Islam global, sosio ekonomi umat Islam, dakwah kelompok minoriti, alam sekitar dan kepenggunaan, permasalahan sosial dan penulisan.


Pengenalan dan Sesi Ta’aruf – 30 Nov. 2009

Sesi ta’aruf bermula jam 4.00 petang dengan kehadiran lebih 20 orang peserta. Para peserta memperkenalkan diri serta tujuan mereka menyertai Akademi Dakwah ini. Seterusnya para peserta dibekalkan dengan buku ‘monolog’, fail, pen, tentatif dan dokumen-dokumen yang berkaitan untuk memudahkan perjalanan AD selama 2 minggu ini. Akh Nizam Mahshar dijemput untuk mengisi slot pengenalan dengan tajuk Tasawwur Islami, yang diolah dengan begitu menarik ditambah pula dengan pengisian Ustaz Hafiz Nordin yang betajuk Pengantar Gerakan Islam.


Ghazwul fikr (serangan pemikiran) – (1 Dis. 2009) Sg. Dua, Pulau Pinang
Tajuk ; Pemikiran Islam, Sejarah dan Cabaran : Monoreligio Global, Perkembangan dan Cabaran pada dunia Islam yang disampaikan oleh Akh Nizam Mashar sebagai pengantar kepada pemikiran-pemikiran yang muncul menjadikan para peserta tersentak dengan istilah-istilah serta kalimah-kalimah falsafah yang agak memeningkan . Pemikiran sekularisme yang meracuni negara moden kini menjadi asbab kepada kefasadan yang berlaku kini turut dibentangkan. Petangnya, Akhi Izzat pula mengetengahkan tentang Pemikiran Islam yang agak berat tambahan pula pada waktu petang yang agak mendung, menambahkan lagi ‘aura’ mengantuk sementara Ustaz Hafiz Nordin pula membentangkan tentang Islam Liberal yang berkembang pesat ke seluruh dunia dan sejarahnya sehingga fahaman sesat ini semakin berkembang. Pada malamnya pula, Dr. Muhammad Ali dari SOLACE menyampaikan ceramah tentang Wacana Pemikiran Islam Baru sebagai penyelesaian serangan pemikiran yang telah dibentangkan sebelumnya. Beliau turut menyeru agar para peserta AD mengkaji dan mengambil iktibar tentang pemikiran-pemikiran ini serta melakukan sesuatu untuk membetulkannya semula.


Sistem Pendidikan Islam – (2 Dis. 2009) Sg. Dua, Pulau Pinang

Dr. Fadhullah Jamil dari Pusat Pendidikan Jarak Jauh USM yang juga seorang pakar sejarah Tamadun Islam pula membentangkan kertas kerja mengenai Falsafah Pendidikan Islam. Beliau begitu serius dalam membicarakan topik ini, dengan lantang dan nada yang agak keras tetapi mempunyai mesej yang jelas. Definisi Pendidikan Islam dihuraikan satu persatu memudahkan peserta memahami apa yang hendak disampaikan. Kritikan-kritikan ‘pedas’ yang dilemparkan menghilangkan rasa mengantuk peserta-peserta AD. Pengisian seterusnya mengenai Isu Pendidikan di Malaysia secara ringkas diberikan oleh Cikgu Sakinah membuatkan peserta merasai realiti sebenar tentang permasalahan yang berlaku dan sedikit pendekatan yang diberikan untuk bakal-bakal guru. Banyak soalan yang dikemukakan oleh para peserta menandakan mereka begitu peka tentang pendidikan di negara kita ini. Pada malamnya, peserta (secara berkumpulan) dikehendaki menganalisa satu permasalahan pendidikan di Malaysia meliputi faktor, kesan dan tindakan antaranya Kualiti Guru, Gejala Sosial, Kebanjiran pusat pengajian tinggi, masalah displin dan lain-lain.


Konflik Umat Islam Global – (3 Dis. 2009) Sg. Dua, Pulau Pinang

Kertas kerja Hj. Mohideen dari Citizens International (CI) mengenai Isu Global Umat Islam (State of The Muslim World) mendedahkan tentang cabaran dan masalah berlakunya konflik ini dan beberapa penyelesaian isu ini secara worldview. Lapangan ini menfokuskan Isu Selatan Thailand sebagai rujukan dengan menjemput Saudara Fawaz Abdul Aziz, bekas wartawan malaysiakini yang sekarang bertugas di CI dan merupakan seorang yang mahir tentang isu di Selatan Thailand. Beliau membicarakan tentang sejarah Selatan Thai dan sebab berlakunya ketegangan di sana dengan Kedatangan 2 orang wakil aktivis dari Selatan Thailand iaitu dari HAP (sebuah organisasi Hak Asasi Manusia) menceritakan sejarah dan pengalaman ditangkap membuatkan sebahagian peserta berasa sedih dan terharu. Pemuda-pemuda di sana yang ditangkap oleh dadu(baca:tentera) dipaksa mengaku melakukan jenayah walaupun bukan mereka yang melakukuannya. Pelbagai bentuk penderaan dikenakan untuk membuatkan mereka mengaku bersalah dan menyelesaikan kes-kes serangan bom. Pada malamnya, kami dipersembahkan tentang gambar-gambar dan video-video yang menayangkan perjuangan sahabat di Patani, Yala dan Narathiwat terhadap kerajaan Thailand yang menekan kehidupan mereka. Kemudian, Akh Saiful Affindi turut memperkenalkan sekteriat khusus untuk membantu menyelesaikan beberapa permasalahan di sana dengan kerjasama beberapa NGO-NGO Selatan Thailand.


Sosio Ekonomi Umat Islam – (4 Dis. 2009) Tanjung Tokong dan Kg. Makam, Pulau Pinang
Kali ini kami menuju ke Pejabat Persatuan Penduduk Kg. Tanjung Tokong bersama dengan Pengerusi Persatuan Anak Jati Melayu Pulau Pinang (PAJIM) yang mesra dengan panggilan Pak Usop. Turut sama hadir ialah Pengerusi Persatuan Penduduk Kg. Tg. Tokong iaitu Cikgu Saleh. Kami didedahkan tentang sejarah kampung dan realiti yang berlaku antara pihak UDA Holdings dan penduduk kampung. Cikgu Saleh turut mengemukakan bukti-bukti tentang kewujudan masyarakat Melayu sebelum Pulau Pinang diserahkan kepada Francis Light lagi. Ternyata penduduk Kg. Tanjung Tokong ini peka dengan strategi pihak pemaju yang dilihat ingin mengaut keuntungan semata-mata. Selepas solat Jumaat di Masjid Tg. Tokong, kami bergerak ke Masjid Kg. Makam yang turut sama menjadi mangsa akibat kerakusan pihak yang menghidapi penyakit “wahanisme”. Kepentingan peribadi lebih diutamakan berbanding dengan kepentingan rakyat, lebih malang lagi aduan serta desakan yang dibuat kepada pihak yang bertanggungjawab tidak pernah diendahkan. Penerangan beberapa penduduk kampung bersama Angkatan Bertindak Rakyat Tertindas mengenai tanah wakaf di situ menimbulkan kehairanan bagaimana pihak yang bertanggungjawab lalai menunaikan amanah dan cuai dalam menjaga tanah wakaf di sekitar Pulau Pinang.


Dakwah kelompok minoriti (Orang Asli) – (5-6 Dis. 2009) Sg. Siput, Perak
Peserta-peserta AD bertolak ke Sg. Siput, Perak dari Butterworth dengan menaiki kenderaan pacuan 4 roda Team 4x4 (Utara Offroad Club) sebanyak 11 buah. Kira-kira jam 5 pagi, kami tiba di Masjid Lasah dan berehat sebelum bertolak ke kaki bukit. Seawal 7 pagi, semua kenderaan pacuan 4 roda bertolak ke kaki bukit menuju ke Kampung Orang Asli Pos Kuala Mu. Kira-kira jam 12 tengah hari, kami tiba di sana dengan selamat walaupun pelbagai rintangan dihadapi. Antara program yang diaturkan ialah gotong-royong memasak untuk jamuan makan kepada masyarakat orang Asli (Pos Kuala Mu) ; cak raya, menziarahi Tok Batin, mengedarkan beras, dan beramah mesra dengan penduduk, menyaksikan tarian sewang dan lain-lain. Solat berjemaah dan tazkirah turut dijalankan walaupun suasana begitu sejuk pada sebelah paginya. Masyarakat orang Asli di sana kebanyakkannya masih belum mampu untuk menunaikan perkara-perkara asas Islam. Kami berasa belum puas walaupun kebanyakkan golongan kanak-kanak orang Asli mampu melafazkan kalimah-kalimah syahadah dengan baik. Kami tinggalkan bumi Kuala Mu dengan seribu kenangan pahit dan manis sambil menghayati bagaimana dakwah RasuluLlah yang begitu ‘berat’ berbanding apa yang telah kami alami.


Alam Sekitar dan Kepenggunaan – (7-9 Dis. 2009) Singkir, Kedah

Saudara Ridzuan bin Muhammad wakil Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyampaikan slot beliau mengenai Kepenggunaan meliputi hak-hak pengguna, isu-isu kepenggunaan dan lain-lain. Para peserta begitu tertarik dengan perkara-perkara yang dibincangkan kerana kebanyakkannya berkisar tentang kehidupan mereka contohnya masalah urusan jual beli dan sebagainya. Isu halal dan haram yang dikemukakan kepada penceramah menyebabkan para peserta makin tertarik dengan isu kepenggunaan ini. Kemudian para peserta dikehendaki mem’bedah’ buku-buku kepenggunaan antaranya Masyarakat yang Sakit, Kesan Televisyen terhadap Anak-anak, Awasi Garam Tersembunyi dalam Makanan dan Merungkai Perangkap Budaya Pengguna. Peserta kemudiannya dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan seterusnya membentangkan perkara-perkara pokok dalam buku tersebut. Keesokkan harinya, Saudari Fatin Safiah Kamaruddin dari Sahabat Alam Malaysia (SAM) pula menyampaikan ceramah tentang Alam Sekitar dan beberapa isu alam sekitar di Malaysia. Para peserta kemudiannya diminta mem’bedah’ buku Islam dan Ekologi yang menjadi bahan bacaan wajib bagi aktivis alam sekitar SAM. Pada petangnya, Saudara Shamsul Ery Shamsuddin wakil Sahabat Alam Malaysia memberi penerangan tentang isu kuari Jerai yang mencetuskan konflik yang begitu hebat. Turut dimuatkan tentang isu SULIHH (Sungai Limau Hydro Carbon Hub) yang diperkenalkan oleh kerajaan Kedah di Pulau Bunting Yan. Para peserta dibawa ke Pulau Bunting untuk melihat sendiri isu ini serta membuat sedikit temu ramah dengan penduduk di sana. Malamnya, Akh Nizam Mashar dijemput menyampaikan ceramah tentang Alam Sekitar, Pembangunan dan Masyarakat yang menyentuh tentang punca-punca isu alam sekitar dan kaitannya dengan pemikiran, pembangunan secara Islam dan masyarakat.


Permasalahan Sosial – (10-11 Dis. 2009) Sg. Petani, Kedah
Kami kemudiannya menginap di Masjid Sultan Muzaffar Shah selama 2 hari untuk mengikuti LANDAS (Latihan Aktivis Dakwah Dalam Isu Sosial) bersama dengan Ustaz Kamaruddin Kassim (Koordinator LANDAS). Menyelami permasalahan sosial remaja hari ini yang begitu meruncing, para peserta dibawa ke lapangan untuk melatih diri ber’hemoi’ dengan mad’u masing-masing. Bukan sekadar teori, malahan praktikal dakwah turut didedahkan kepada para peserta Akademi Dakwah. Pelbagai strategi mendekati golongan muda-mudi yang terjebak dengan gejala sosial contohnya gejala menghidu gam, menghisap dadah, couple, meminum arak dan lain-lain lagi. Para peserta turut disajikan dengan video mengenai Sihir Muzik yang mendedahkan tentang perancangan musuh-musuh Islam serta peranan artis-artis Barat dalam menjatuhkan umat Islam. Kemudiannya, para peserta dikehendaki merangka teknik-teknik pencegahan yang boleh dilakukan dalam isu-isu gejala sosial contohnya gejala ponteng, pergaulan bebas, permainan video dan lain-lain. Antara pengalaman pahit yang dilalui oleh para peserta AD ialah ketika mendekati mad’u di Central Square(CS), diugut akan ditikam sekiranya tidak meninggalkan kawasan CS dengan segera.


Kronologi Peristiwa Ugutan di lapangan LANDAS

Pada sebelah petang hari kedua, kami menuju ke Tingkat 4&5 Central Square (CS) untuk meninjau suasana dan mendekati mad’u. Kawasan ini merupakan port bagi muda mudi berkumpul untuk berhibur, berkaraoke, bermain permainan video dan lain-lain. Kami dikejutkan dengan kehadiran segelintir remaja yang sedang mabuk ‘menyerang’ kumpulan kami. Mereka begitu agresif sehingga bertindak memecahkan botol arak yang sedang diminum berhampiran food court. Mereka kelihatan begitu paranoid memandangkan mereka ternampak salah seorang daripada peserta AD membawa kamera dan mengambil gambar di port mereka. Kesilapan ini mencetuskan kemarahan salah seorang remaja yang sedang mabuk dan bertindak mengugut untuk menikam kami sekiranya tidak beredar dengan segera. Sebenarnya mereka sudah mengesan kehadiran kami melalui ‘mata-mata’ yang berada di sekeliling bangunan CS. Ugutan demikian dibuat memandangkan mereka menganggap kami adalah merupakan penguatkuasa Majlis Agama Islam. Seorang daripada remaja yang mabuk datang menemui kumpulan kami dan menunjukkan rasa tidak puas hati dengan kesilapan peserta AD tadi yang mengambil gambar port mereka. Memikirkan akan keselamatan, kami mengambil langkah drastik dengan beredar dari CS beransur-ansur bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Dari pemerhatian kami, remaja-remaja ini dilindungi oleh pihak yang berkepentingan bagi melindungi kegiatan mereka; sebagai strategi perniagaan arak yang begitu lumayan di situ.


Dakwah dalam Penulisan – (12 Dis. 2009) : Yan, Kedah

Hari terakhir AD dimuatkan dengan ceramah mengenai penulisan oleh Saudari Siti Mariani Ali Imran, seorang Research Officer di USM. Pendedahan mengenai Public Relation(PR) dan teknik-teknik penulisan menarik minat para peserta. Pada sebelah petangnya, peserta dikehendaki merangka pelan penulisan akan datang sebagai langkah memperkukuhkan penulisan khususnya dalam lapangan dakwah masing-masing. Slot terakhir lapangan penulisan diisi oleh Ustaz Azizi Abdullah, seorang penulis yang tidak asing lagi. Beliau menfokuskan mengenai penulisan artikel bagi memudahkan peserta menyiapkan tugasan artikel yang diberi sebelum berakhirnya AD. Beliau turut berharap agar perjalanan AD 2009 ini dijadikan diari sebagai platform untuk mendedahkan kepada masyarakat tentang lapangan aktivisme ini disamping boleh dijadikan bahan komersial kepada pihak-pihak yang berminat.

Catatan kembara ini diambil dari blog Angkatan Pemuda Pemudi Islam(API). Inilah peristiwa-peristiwa yang saya lalui dalam tempoh dua minggu lalu. Sejak pulang dari AD '09 lalu, hati ini selalu rindu untuk kembali berkumpul dan beraktiviti lagi. Sebenarnya banyak lagi yang mahu saya kongsi. Insya-Allah dari semasa ke semasa saya akan update gambar dan laporan. Sebenarnya tengah tunggu urusetia pos gambar-gambar sepanjang program. Moga bermanfaat buat semua...

Monday, December 14, 2009

Misteri Kubur

Bismillahirrahmanirrahim...

300 Bantah Pindah Kubur Hindu

Jalan-jalan di laman sesawang telah menemukan saya dengan satu berita bertajuk "300 Bantah Pindah Kubur Hindu". Saya tertarik dengan berita ini.

Lebih 300 penduduk termasuk waris kepada ahli keluarga mereka yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Hindu di Ladang Batu Pekaka, Kuala ketil dekat Sungai Petani membantah rancangan kerajaan negeri yang mahu memindahkan tanah perkuburan itu di tempat baru. Kerajaan negeri bercadang untuk membina Kolej universiti Insaniah di atas tanah perkuburan itu.

Begitu bersemangat kaum ini mempertahankan tanah perkuburan mereka.

Kenapa ya pentingnya tanah perkuburan ini dipertahankan?

Misteri Kubur

berbelas tahun lalu, di Jalan Datuk Keramat, Kampung Makam Tuan Guru Haji Kassim, bersemadi aman lebih kurang empat puluh ahli kubur di atas tanah wakaf itu. Namun, kini sebuah bangunan Kelab UMNO berdiri gah pula di sana.

Kemana perginya kubur-kubur itu?

Tidakkah ini satu misteri?

Sebenarnya ini bukan misteri. Penduduk Kampung Makam tahu ke mana perginya kubur-kubur ini.

pada 25 Februari 2003, beberapa anggota UMNO cawangan, pemberita TV3, beberapa anggota polis tidak beruniform,pemberita utusan malaysia dan kontraktor cina datang ke Kampung Makam memaklumkan penduduk mereka mahu membina sebuah tadika. Hakikatnya, kini berdiri agam bangunan UMNO dia atas tanah perkuburan di tanah wakaf itu! Lebih kurang 40 buah kubur keluarga Tuan Guru Haji Kassim telah dilanyak penuh rakus tanpa pembelaan melainkan oleh sebilangan penduduk yang tiada kuasa sebesar Majlis Agama!

Saya terfikir, adakah kita orang melayu dan beragama Islam ini terlalu lemah dan tidak berdaya sehingga hendak mempertahankan kawasan perkuburan saudara kita pun kita tidak mampu?

Alhamdulillah. Allah takdirkan saya menjadi sebahagian dari keluarga Akademi Dakwah '09. Baru saya tahu, di negeri tumpahnya darah saya ini, saudara seagama dan sebangsa saya sedang dilanyak dan dianiaya. Bukan sahaja oleh bangsa lain tetapi oleh mereka yang seagama dan sebangsa dengan saya juga.

Misteri ini terjawab ketika saya melawat Kampung ini.

Amat menyedihkan sekali. Di Jalan Zainol Abidin di Pulau Pinang, perkuburan Yahudi terjaga rapi.

Mungkin ramai yang merasakan apa perlunya dibangkitkan isu remeh menjaga kawasan perkuburan ini.

Hakikatnya, kubur merupakan salah satu monumen sejarah yang penting. Bukan itu saja,kita sebagai umat Islam diminta menghormati jiwa-jiwa lain walaupun seseorang itu sudah meninggal dunia. Rasulullah SAW mengajar kita memberi salam bukan sahaja kepada yang hidup tetapi juga kepada yang telah meninggal dunia.


Memang jalan penyelesaian untuk masalah ini belum dapat dikenalpasti namun sekurang-kurangnya, pengalaman turun sendiri ke Kampung Makam telah membuka mata saya. Lambakan masalah umat di luar kampus memerlukan aktivis muda dan ahli gerakan untuk turun kelapangan. Saat menjejak kaki ke sana, baru saya tahu, bertapa selama ini sempitnya skop dakwah yang saya fahami.

Ayuh sahabat-sahabatku, kerja kita bukan sekadar mengkader ahli-ahli baru, turun bertempur di medan demonstrasi ataupun membantu parti yang kita dokong menang pilihanraya. Bukan maksud saya menyuruh kalian berhenti gerakkerja jemaah dan pergi menjadi penjaga kubur. Isu kubur ini hanya sebahagian kecil daripada lambakan masalah umat di luar kampus.

Isu Kubur ini juga menjadi penanda aras bahawa lemahnya kita mempertahankan hak kita di negara kita sendiri. Mungkin ini hari ini, kita hilang kawasan kubur. Esok kita hilang negara. Banyak lagi isu lain yang memerlukan perhatian kita. Sama-sama kita buka mata, buka minda!

Sungguh kerja kita masih banyak!

Thursday, November 19, 2009

Novel Thriller Islami

Taniah buat Nazehran Jose Ahmad atas novel thriller Islami yang bakal dipasarkan. Kedengaran juga rungutan dari para pembaca kurangnya novel thriller Islami dipasaran. Dalam kepala ini ada juga merancang untuk menulis novel thriller Islami. Insya-Allah doakan. Jika panjang umur dan ada rezeki novel seperti ini akan saya cuba hasilkan. Iran, kriptologi dan AL-Quran. Boleh dipanggil novel thrillerkah gabungan ketiga-tiga elemen ini? Apapun doakan.

Ini sinopsis Kod Michelangelo karya NJA.

Kisah bermula apabila satu pembunuhan misteri telah berlaku di mana seorang ketua pengawas arkib, Arturo S. Eduardo telah mati dibunuh di dalam Arkib Rahsia Vatican. Persoalan timbul apabila si mati bukanlah beragama Kristian Katolik, tetapi sebenarnya adalah daripada pengikut The Cathar, iaitu satu kumpulan pergerakan medival yang anti-Katolik dengan fahaman mereka yang percaya bahawa penyaliban Jesus adalah satu penipuan besar yang sengaja direka oleh penganut-penganut Kristian Katolik.

Seorang wartawan terkenal, Jessica Keith di bawah syarikat akhbar The Daily Telegraph di London telah ditugaskan untuk membongkar misteri pembunuhan tersebut. Jessica juga telah bertemu dengan Sheikh Hamza Yunus Cairel, seorang penceramah hal ehwal Islam yang terkenal di Britain sewaktu menghadiri seminarnya. Perkenalan mereka yang singkat itu telah mengheret Sheikh Hamza ke Vatican bersama Jessica dalam penyiasatannya itu.

Setelah satu demi satu penyiasatan dibuat, ia telah menemukan mereka dengan beberapa klu-klu rahsia ciptaan Michelangelo. Namun, klu-klu itu teramat berbahaya jika didedahkan kerana ia akan memberi ancaman besar kepada dunia Kristian. Sejak berdekad lamanya, paderi-paderi dahulu cuba merahsiakan kewujudan sebuah kitab Injil Barnaba iaitu sebuah kitab Injil asli dalam bahasa Ibrani yang telah dibawa oleh Nabi Isa. Dengan perancangan terperinci, kitab itu berjaya dipinggirkan oleh Majlis Tertinggi Gereja di Barat dengan propagandanya adalah untuk menutup rahsia status sebenar Nabi Isa yang hakikatnya tidak mati ditiang salib.

Namun, ia adalah satu bebanan berat bagi Sheikh Hamza dan Jessica yang cuba untuk menyelamatkan rahsia tersebut daripada dihapuskan oleh pengikut Gereja Kecil Sistine di Vatican. Pihak gereja di Itali teramat mahukan kitab Injil tersebut kerana mereka tidak mahu dunia mengetahui, membaca dan mendengar perkara yang sebenar. Lukisan siling hasil karya Michelangelo di Gereja Kecil Sistine yang telah bertahun-tahun menjadi antara satu bahan sejarah yang mengagumkan, sebenarnya tersimpan kod-kod rahsia tertentu yang belum pernah ada sesiapa membongkarnya sebelum ini.

Maka bermulalah episod pencarian kitab Injil asli tersebut oleh Sheikh Hamza yang bergandingan bersama Jessica Keith. Petunjuk itu telah membawa mereka ke lokasi sebenar penyembunyian kitab Injil Barnaba tersebut. Pelbagai dugaan yang mereka tempuhi termasuk diburu oleh pembunuh upahan, pihak polis, dikejar pengikut Kristian Katolik serta pengikut-pengikut The Cathar yang turut merebutkan klu-klu tersebut yang mempercayai rahsia itu adalah kepunyaan mereka.

Berjayakah Sheikh Hamza menggalas tugas berat dan membongkar misteri yang masih belum dapat diselesaikan itu? Dapatkah juga Jessica mendedahkan kepada dunia tentang perkara sebenar yang disembunyikan di dalam agamanya?

Monday, November 16, 2009

Terima Kasih Andak!

Bismillahirrahmanirrahim....


Hari ini saya ifthor dengan Andak saya, Qurratul 'Ain. Andak belanja. Syukran Andak.


Saya pergi solat Maghrib dan Isyak. Andak duduk di bilik saya guna internet untuk cari maklumat untuk discussion dia esok.


Balik dari surau, saya lihat sesuatu pada skrin komputer.


Saya terharu. Apatah lagi mengingat beberapa hari saja lagi berbaki untuk saya bersama-sama dengan Andak.


Saya akan bawa haluan saya sendiri ke 'Darul Quran' kedua manakala Andak akan teruskan perjuangan dia di sini.








Di sisi gambar ini dalam satu document word tercatat

Just for you----
From>andak

Sengaja saya nak abadikan di sini.

Terima kasih Andak!

Saturday, November 14, 2009

Qasidah : Ya badrotim

Ya badrotim, Ya badrotim
Haza kulla kamali
Maza yu’ab, maza yu’ab
Yu’abiru ‘an ‘ulaka maqoli
Antalladzi asyroqta fi ufuqil ‘ula
Antalladzi asyroqta fi ufuqil ‘ula
Famahauta bilanwari kulla dholali


Ya badrotim, Ya badrotim
Haza kulla kamali
Maza yu’ab, maza yu’ab
Yu’abiru ‘an ‘ulaka maqoli
Wabikastanarol kaunu ya ‘alamal huda
Binnuri wal in’ami wal ifdholi


Ya badrotim, Ya badrotim
Haza kulla kamali
Maza yu’ab, maza yu’ab
Yu’abiru ‘an ‘ulaka maqoli
Solla ‘alaikallahu robbi, robbi daiman
Solla ‘alaikallahu robbi, robbi daiman
Abada ma’al ibkari wal asoli


Ya badrotim, Ya badrotim
Haza kulla kamali
Maza yu’ab, maza yu’ab
Yu’abiru ‘an ‘ulaka maqoli
Wa’ala jami’iel ‘ali wal ashabi man
Qod khossohum robbul ‘ula bikamali


Ya badrotim, Ya badrotim
Haza kulla kamali
Maza yu’ab, maza yu’ab
Yu’abiru ‘an ‘ulaka maqoli

Wednesday, November 11, 2009

Bengkel Penulisan Novel Remaja Islami

Butiran bengkel:
Tarikh: 26 Disember 2009 (Sabtu)
Masa: 9 pagi hingga 4 petang
Tempat: Galeri Ilmu Sdn Bhd (Bilik Mesyuarat, Tingkat 1)
Penyertaan: Terbuka (penulis dan calon penulis)
Bayaran: RM10
Daftar melalui sms/hubungi: 013-7656245 (Nasri)

Lima sesi bengkel:
1. Cabaran Melahirkan Novel Remaja Islami
2. Langkah Demi Langkah
3. Sepuluh Halangan Dalam Menulis (dan bagaimana mengatasinya)
4. Proses Berkarya: Pengalaman Penulis Novel
5. Menerapkan Nilai Islam Dalam Karya

Tuesday, November 10, 2009

Akademi Dakwah

Bismillahirrahamnirrahim...

Angkatan Pemuda-pemudi Islam (API) dengan kerjasama Persatuan Ulama’ Malaysia Pulau Pinang (PUMPP) akan menganjurkan program realiti sebenar dakwah di lapangan masyarakat pada 30 November 2009 hingga 13 Disember 2009. Selama 2 minggu ini, para peserta akan didedahkan tentang selok-belok dakwah di lapangan dengan menampilkan konsep dakwah yang lebih meluas serta kritikal.

Diberi nama Akademi Dakwah, program ini terbuka kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti dakwah di lapangan secara terancang dan terfokus. Para peserta haruslah berumur di antara 19 hingga 30 tahun sahaja dan yuran yang dikenakan hanyalah RM70.00 sahaja.


Program ini akan diadakan di sekitar Pulau Pinang, Kedah dan Perak. Bertemakan serangan pemikiran, kepenggunaan, alam sekitar, gejala sosial, masyarakat minoriti dan dakwah dalam penulisan, program ini akan memberi pengalaman baru kepada para peserta dalam menghayati erti dakwah melalui pengisian oleh pakar-pakar dalam bidang dakwah yang disebutkan tadi.


Berikut merupakan sedikit penerangan tentang tema-tema dakwah dalam AD09:


Serangan Pemikiran
Melibatkan dakwah dalam mengislahkan kembali pemikiran masyarakat di Malaysia yang diserang secara halus terutamanya oleh dakyah sesat fahaman Islam Liberal. Para peserta akan didedahkan secara ekslusif tentang fahaman sesat Islam Liberal dan konsep-konsep pemikiran lain yang ternyata bertentangan dengan Islam. Pemikiran-pemikiran sebegini melambak di dalam kosmo hidup masyarakat sehingga haqq (benar) dan batil (palsu) menjadi kabur di kacamata masyarakat Islam khususnya di Malaysia.

Kepenggunaan
Malaysia merupakan antara negara yang tertinggi jumlah pembelian dan penggunaan barangan komersil dalam kategori negara membangun. Hal ini tidak dapat tidak akan mendedahkan pengguna Muslim terutamanya kepada barang-barangan yang tidak halal serta memudharatkan tubuh badan. Di samping itu juga, pelaburan dan pengaliran wang yang tidak selari dengan Syari‘ah menyebabkan keberkatan dalam kehidupan seharian masyarakat Islam di Malaysia hilang secara tidak sedar. Pendedahan kepada dakwah kepengunaan akan memberi input yang sangat kritikal dan berguna kepada para peserta.

Alam Sekitar
Alam sekitar merupakan ciptaan Allah SWT dan amanah kepada manusia di dunia untuk memelihara dan mengurus sumber bumi secara lestari berdasarkan prinsip-prinsip al-Qur’ān dan al-Sunnah. Kepincangan ma‘na pembangunan, kerakusan nafsu pemaju, kehilangan sifat prihatin masyarakat, kematian rasa kehambaan kepada Tuhan, antara faktor yang memungkinkan masyarakat tidak endah kerosakan alam sekitar yang berlaku di sekeliling mereka saban hari. Di dalam AD09, para peserta akan didedahkan tentang dakwah alam sekitar yang merupakan keperluan terpenting demi menyelamatkan kelestarian pengurusan pembangunan berasaskan konsep hamba dan khalifah.

Gejala Sosial
Jiwa remaja yang sering mencuba segala keseronokan menyebabkan berlakunya kepincangan akhlak yang mengheret mereka ke kancah kemaksiatan yang serius. Lambakan isu-isu semasa yang berkaitan dengan gejala sosial memberikan satu tamparan hebat kepada kesemua gerakan Islam di Malaysia dalam mempertahankan ‘Aqidah dan Syari‘ah masyarakat yang kian terhakis. Pendedahan langsung di lapangan masyarakat akan membuka mata para peserta dalam memahami dan menghayati punca utama kesuburan gejala sosial di Malaysia dan langkah terbaik dalam mempertahankan akhlak dalam diri setiap ahli masyarakat.

Masyarakat Minoriti
Masyarakat minoriti di Malaysia terutama masyarakat orang asli kurang dititikberatkan oleh gerakan dakwah akibat kos yang terlalu tinggi dan kemahiran dakwah yang konsisten di dalam situasi yang sangat mencabar. Pendakian bukit serta halangan lain antara pengalaman baru yang akan dirasai oleh para peserta dalam merealisasikan dakwah kepada masyarakat orang asli yang rata-ratanya adalah bukan Islam. Cabaran dan ujian yang bakal dihadapi oleh para peserta akan memberikan satu impak dan semangat dakwah yang kental dalam menyampaikan risalah kebenaran – warisan para Nabi dan Sahabat.

Dakwah Dalam Penulisan
Penulisan merupakan elemen dakwah yang paling penting. Penulisan akan kekal walaupun si penulisnya telah tiada. Keberkesanan penulisan dakwah dapat memberikan ruang dakwah yang optimum di samping penyebaran pengisian dakwah yang lebih meluas. Para peserta akan diajar untuk menghasilkan penulis yang lebih sistematik dan berkesan. Malah, para peserta akan diberi peluang untuk mempersembahkan penulisan masing-masing di dalam beberapa ruang penulisan semasa yang terpilih.

Kepada sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi saudari Azwaahidah (019-5989382 / http://us.mc450.mail.yahoo.com/mc/compose?to=paspertama_86@yahoo.com.my) atau saudara Amir (013-7069509 / http://us.mc450.mail.yahoo.com/mc/compose?to=api_penang@yahoo.com.my) dengan segera. Tempat adalah terhad kepada 30 peserta terawal.Sebarkan lampiran yang disertakan bersama-sama emel ini.

Monday, November 02, 2009

Menanti Kelahiran Anak Sulung

Bismilahirrahmanirrahim...

Sesungguhnya setelah kesulitan ada kemudahan. Dua tiga hari ini fikiran saya sedikit terganggu. Saya rasa tidak bersemangat saat ini walhal peperiksaan sudah sangat hampir.
Saat ini teringat manuskrip yang telah siap diedit yang saya telah kembalikan kepada pihak penerbit sebulan lalu.Pagi tadi saya meringankan jari jemari menaip emel kepada Encik Zakaria bertanya perkembangan manuskrip sulung saya ini, Perindu Pelangi.
Alhamdulillah ini emel balas yang saya terima dari Encik Zakaria.

Waalaikumussalam Siti Munirah,Manuskrip Perindu Pelangi sedang diedit. Saya serahkan tugas itu kepada novelis Siti Zabehah Ibrahim yang membantu menyunting secara sambilan.Saya jangka minggu ini atau awal minggu depan saya akan terima manuskrip yang sudah diedit itu daripada Zabehah. Rekabentuk cover juga sedang diusahakan. Kami sasarkan Disember untuk 'final'kan.

Emel ini sedikit sebanyak mengubat hati yang sedikit 'terluka'. Tidak sabar rasanya menanti kelahiran anak sulung ini. Doakan semuanya berjalan lancar. Ameen...

Friday, October 23, 2009

Perlu Atau Tidak...

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah selesai sudah Wacana Ilmiah yakni forum mengenai isu sebat ini. Sempat juga saya merasa untuk jadi ahli jawatankuasa program di bumi Kuantan ini untuk semester pertama ini( meminjam ayat Sufi).

Saya tidak sempat dengar pun forum tersebut kerana auditorium telah penuh sesak sampai melimpah-limpah. Sehingga ada yang terpaksa pulang begitu sahaja kerana tidak dapat masuk ke dalam auditorium.

Melihat sambutan yang diberikan, boleh saya simpulkan bahawa sebenarnya rakyat malaysia ini cakna dengan perkara yang berlaku di sekitar mereka.

Ada satu perkara yang telah membuka mata dan fikiran saya.

Saya tidak dapat benda ini di dalam forum tersebut tetapi di pagi hari sebelum forum itu berlangsung.

Yakni di dalam kelas UNGS.

"Kenapa wujud kumpulan feminisme ini? Apa perlu mereka memperjuangkan hak-hak wanita?" tanya Dr Razak, pensyarah UNGS 1030k saya. Tentu sahaja dia bertanya dalam bahasa Inggeris.

Warga kelas berbicara sesama sendiri.

"Kenapa tiada maskulinme? Tidak pernah kita dengar di jalanan kaum Adam mengangkat sepanduk menuntut hak kelakian," tambah Dr Razak.

"Sebab orang lelaki boleh lindungi diri mereka sendiri!" balas Ema rakan kelas saya.

"Jadi wanita tidak boleh mempertahankan diri mereka sendirilah?" soal Dr Razak lagi.

Warga kelas berbisik sesama sendiri.

"Hakikatnya dunia hari ini memerlukan sebuah gerakan seperti Sisters in Islam," lanjut Dr Razak.

Keadaan kelas semakin panas.

"Kamu tahu kenapa?"

"Di sesetengah negara wanita-wanitanya masih tidak mendapat hak-hak yang sepatutnya. Ada wanita yang tidak dibenarkan memandu kereta sendiri! Apatah lagi hendak mendapatkan hak pendidikan yang sempurna." Dr Razak berhenti sejeda.

"Saya pernah baca di akhbar tentang seorang bapa yang tidak membenarkan nama anak perempuannya didaftarkan di sekolah. Dia meminta petugas yang menguruskan hal ehwal kemasukan pelajar baru di sekolah terbabit untuk mendaftarkan namanya sebagai ganti nama anaknya. Malah ada wanita yang dibenarkan keluar rumah tiga kali sahaja seumur. Pertamanya, sewaktu dia keluar dari perut ibunya. Kedua ketika dia keluar dari rumah ibubapanya ke rumah suaminya dan ketiga ketika dia meninggal di mana dia kan dibawa keluar dari rumahnya ke kubur," tokok Dr Razak.

"Jadi adakah perjuangan kelompok seperti SIS ini salah?"

Saya terpana.

Baru saya sedar. Mungkin kelompok pejuang feminisme di Malaysia ini yang keterlaluan menyebabkan saya pukul rata semua gerakan feminisme dunia.

petikan yang saya petik dari blog Saudara Rausyanfikir.


“Faktor dalaman pula berpunca dari sikap komuniti Muslim yang tidak teliti perkara ini. Kita tidak mengambil berat masalah keluarga Muslim, tidak mengambil tahu dan tiada huluran bantuan dari segi kaunseling. Maka golongan wanita bermasalah ini akan merujuk kesnya kepada SIS yang menyediakan khidmat guaman dan kaunseling secara percuma. Gerakan Islam turut kurang menggarap penting isu ini. Apabila kita memandang sesuatu itu pada satu juzuk, maka isu yang timbul akan dipolitikkan. Berdemo itu perlu tetapi jangan menggambarkan kita ini seolah-olah tidak mampu untuk berhujah. Islam ini benar, kenapa takut untuk berhujah?,” soal Wan Fayhsal menyentak komuniti Muslim yang lemah bertindak.

Sementara itu, kepincangan birokrasi yang mendominasi jabatan-jabatan kerajaan dan mahkamah menjadi fokus rangka kerja gerakan feminis. Mereka mengambil peluang terhadap kepincangan yang berlaku sebagai lantunan suara perjuangan mereka. Sebagai respon SIS, persidangan global Musawah yang lalu menyediakan empat objektif utama antaranya ialah memperkasakan wanita dan suara menuntut kesaksamaan dan keadilan dalam keluarga di peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa.

Menyebut tentang kepincangan ini, Wan Fayhsal melontar kritikannya terhadap jabatan-jabatan kerajaan yang menunda dan melambatkan penyelesaian kes-kes keluarga yang diajukan seperti kes perceraian, tuntutan nafkah dan penjagaan anak. Respon kakitangan yang gagal melayan baik terhadap aduan masalah perlu dikaji cermat dan diselidiki. Terdapat wanita yang terpaksa menunda perkahwinan dengan lelaki lain setelah diceraikan, kerana belum memperolehi surat cerai dari pihak terbabit. Maka, kesulitan tersebut menyebabkan beberapa pasangan yang ingin berkahwin terjerumus melakukan maksiat hanya kerana karenah birokrasi yang tidak cekap.

Persoalannya perlu atau tidak wujud glongan yang memperjuangkan hak-hak wanita ini?

Wednesday, October 21, 2009

Sejadah Berdiri Lagi!!!

Bismillahirrahaminrrahim...

PASIR MAS: Misteri 36 helai sejadah yang dikatakan ditemui dalam keadaan 'berdiri' di surau Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Sangkot, Meranti di sini, semalam, menarik perhatian penduduk sekitar. Kejadian yang mula disedari jam 10.40 pagi itu, dianggap aneh tetapi Kadi Jajahan, Anuar Alsadat Noor, mengingatkan umat Islam supaya tidak membuat tafsiran sehingga boleh memesongkan akidah.

"Saya anggap ini perbuatan kanak-kanak nakal yang sengaja menyusun kedudukan semua sejadah dalam keadaan seperti sedang melakukan solat. "

"Ini bukan perkara pelik," katanya yang bergegas ke sekolah itu, kira-kira jam 2.30 petang bersama kakitangan Pejabat Agama Pasir Mas bagi mengambil semua sejadah itu selepas menerima arahan Pejabat Mufti Kelantan.

Anuar berkata, pihaknya terpaksa mengambil semua sejadah itu bagi mengelak kejadian berkenaan disalah tafsir umat Islam sehingga boleh menimbulkan khurafat. Difahamkan, pada Ramadan lalu perkara sama turut berlaku di rumah seorang penduduk kampung berkenaan apabila sehelai sejadahnya berdiri sendiri.

Sementara itu, guru sekolah itu, Adnan Abdullah, berkata kejadian di surau itu disedari seorang murid Tahun Dua, Mohd Khairi Mat Yadin, 8, ketika berada dalam kelas pemulihan pembelajaran.

Beliau berkata, murid itu terpandang susunan sejadah terbabit dalam keadaan mencurigakan menerusi ruang tingkap surau itu dari kelasnya. Kedudukan sejadah itu dikatakan seperti saf mengerjakan solat dengan semuanya membentuk bonjolan di bahagian tengah. Sebanyak 16 helai sejadah bersusun di ruang solat lelaki, manakala 19 lagi di ruang solat perempuan, manakala satu di ruang imam di bahagian depan. Adnan berkata, sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu, beliau bergegas meninjau keadaan dalam surau berkenaan.

Saya terkejut apabila melihat keadaan susunan sejadah itu sebelum memaklumkan kepada Penolong Kanan sekolah itu, Maimon Hamzah, kerana Guru Besar, Mariam Omar, sedang menghadiri majlis rasmi di Pengkalan Chepa.

Berikutan itu, kejadian ini dimaklumkan kepada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Pasir Mas dan diarahkan supaya tidak mengganggu kedudukan semua sejadah terbabit sehingga sehingga ia dirujuk kepada Pejabat Agama Daerah Pasir Mas.

Kira-kira setengah jam selepas penemuan sejadah ini, orang ramai mula masuk mengerumuni surau ini untuk melihat sendiri apa yang berlaku menyebabkan kami terpaksa memasang pita bagi menghalang mereka masuk ke surau," katanya. Bagaimanapun, orang ramai mula beredar dari surau itu selepas mendapat arahan Pejabat Agama.

Tuesday, October 20, 2009

Menghitung Hari

Bismillahirrahmanirrahim...



Genap sebulan 5 hari aku posting kat sekolah ni...Masih ada lagi 34 tahun menjelang pencen, entah berapa minit lagi menjelang ajal.... Saya ambil kata-kata ini dari facebook Abang Izzat. Saya suka kata-kata ini.


Dalam kelas tadi, Murtadho beri tazkirah tentang mati. Satu kata-katanya yang paling melekat di hati "Kita hidupnya sekali jadi kena guna masa hidup sehabis baik."


Orang yang hidup untuk akhirat ialah orang yang sangat produktif di dunia kerana dia meyakini dunia ladang untuk bercucuk tanam. buahnya dipetik di akhirat nanti.


Tazkirah Akmal dalam mesyuarat tadi pun cukup saya terkesan.


Tujuan hidup manusia ada dua. Pertama sebagai khalifah dan kedua untuk mengabdikan diri kepada Allah. Sesagala sesuatu yang kita buat mesti bersandar kepada dua asbab ini.


Orang yang hidupnya tiada matlamat akan sentiasa tidak bermaya.


Alhamdulillah. Allah jadikan mereka perantara untuk menegur saya.


Satu perasaan halus menyelinap dalam diri saya saat ini.


Moga perasaan ini kekal untuk satu jangka waktu yang lebih lama. Ameen...

Sunday, October 18, 2009

Mood Menulis vs Mood Belajar

Bismillahirrahmanirrahim...



Mood menulis saya kini menggila. Bertimpa-timpa idea muncul dalam benak. Buat masa sekarang, saya sudah merencana dua jalan cerita untuk dua manuskrip berbeza.




Ahh! Mana mungkin saya mula menulis sekarang.




peperiksaan bakal menjelang tidak lama lagi.




Ada beberapa Assignment lagi yang perlu disiapkan.




Teringat kata-kata Umi dalam usrah beberapa malam lepas.


"Kita selalu memikirkan apa yang bakal terjadi pada masa akan datang sedangkan esok belum pasti milik kita.Entah hidup entah tidak esok,"




Saat itu mata saya yang hampir pejam celik dan segar kembali.( Waktu itu sudah pukul satu lebih dan kebetulan aktiviti saya penuh sepanjang hari itu)




Saya rasa penyataan umi itu betul-betul kena pada batang hidung saya. Saya abaikan apa yang sudah berada dalam genggaman untuk mencapai sesuatu yang belum saya pasti.




Teringat entri yang saya tulis tentang Si Tukang Rumah.




Adakah saya bakal menjadi sepeti Si Tukang Rumah? Na'uzubillah!




Arghh!




Kenapa semua ini menimpa saya saat ini!




Penat hidup tanpa matlamat yang jelas. Rasa terkapai-kapai dan tidak berpijak di bumi yang nyata.




Pergi ke kelas rasa kosong. Balik ke bilik tidak semangat untuk mengulangkaji.




Sedang Peperiksaan sudah hampir!




Justeru, saya rasa ingin menulis.




Menulis dan terus menulis.




Agar saya tidak terus membuang masa dan tenaga memikirkan masa depan yang belum pasti.




Agar hari-hari yang saya lalui tidak terus hambar.




Sebaliknya menggunakan masa dan tenaga menghasilkan manuskrip sebagai salah satu jalan dakwah.




Bila menulis saya rasa bersemangat dan tempias semangat ini dapat saya manfaatkan untuk mengembalikan mood belajar yang tiba-tiba ranap.






Semua ini pasti ada hikmahnya.




Jika tidak masakan saya dapat mood menulis manuskrip terbaru, "Qasidah Untuk Kekasih"!


Mengikut jejak Hilal Asyraf dalam novel VTnya, kali ini saya tidak akan menyentuh langsung kisah cinta antara Adam dan Hawa. Sebaliknya saya mahu mengetengahkan Qasidah sebagai salah satu metod menyelesaikan masalah ummah terutamanya yang barah yang menular dalam kalangan remaja.




Doakan semoga segala urusan saya dipermudahkan! Harapnya tiadalah paper yang kena ulang nanti!Ameen...


Thursday, October 15, 2009

Pengumuman

Bismillahirrahmanirrahim...


Sunday, October 04, 2009

Al-kisah Si Tukang Rumah

Bismillahirrahmanirrahim...



Cerita ini telah lama saya baca. Mungkin sudah bertahun-tahun. Entah ke mana hilang buku itupun saya tak tahu. Namun,kisah ini masih melekat elok dalam indera fikir saya. Kalau tidak silap saya kisah ini ada dijadikan iklan dalam televisyen cuma dengan sedikit pengubahsuaian jalan cerita. Pengajaran cerita tetap sama.




Al-kisah...


Seorang lelaki lewat tujuh puluhan berkira-kira untuk berhenti dari kerjanya yakni sebagai tukang rumah. Jadi suatu pagi dia datang bertemu majikannya.




"Encik, saya telah tua. Anak-anak semua sudah besar dan sudah berkerjaya. Saya rasa sudah tiba masa untuk saya bersara,' ujar Si Tukang Rumah. Majikannya mengangguk-anggukkan kepala sambil mrngurut janggut pandaknya.



"Baiklah. Kalau begitu kehendak Pak Cik, saya turut saja tetapi saya ada satu syarat," jawab Majikan Tukang Rumah itu.



'Eh hendak berhenti kerja pun ada syarat?' bisik hati Si Tukang Kayu.



"Apa syaratnya, Encik?" tanya Si Tukang Rumah.



"Mudah saja. Pak Cik perlu buat sebuah rumah lagi sebelum bersara." Pantas Si Majikan menyatakan syaratnya. Si Tukang Rumah menggaru-garu kepala yang tidak gatal.



"Baiklah, Encik," Si Tukang Rumah menyatakan persetujuannya.



Maka, pulanglah Si Tukang Rumah dan dia memulakan kerja pertukangan. Biasanya, dia mengambil masa selama enam bulan untuk menukangi sebuah rumah.



"Ah, aku sudah hendak bersara! Aku buat ala kadar sudahlah!" Si Tukang Rumah berbicara seorang diri. Dia hanya mengambil masa selama tiga bulan sahaja untuk menyiapkan rumah seperti yang diminta oleh majikannya. Rumah itu dibuat ala kadar dan tidak bersungguh-sungguh.


Dia tidak menggunakan bahan berkualiti untuk mebuat rumah itu. Di sana sini ada saa kekurangan.


"Bukan aku yang nak duduk di rumah ini!" bisik Si Tukang Rumah.


"Nah, Encik! Ini kunci rumah. Saya telah siap menukangi rumah yang Encik minta itu." Si Tukang Rumah menghulurkan kunci kepada Si Majikan.



"Wah, cepatnya Pak Cik siapkan rumah!" Si Majikan terperanjat. Si Tukang Rumah hanya tersengih.



"Nah, ambil semula kunci ini!" kata Si Majikan. Si Tukang Rumah mengerutkan dahi.

"Kenapa pula, Encik?" tanya Si Tukang Rumah kebingung-bingungan.

"Sebenarnya, saya mahu hadiahkan rumah ini kepada Pak Cik sebagai tanda penghargaan saya terhadap Pak Cik," ujar Si Majikan sambil tersenyum. Dia sangka tentu Si Tukang Rumah gembira bukan kepalang.

Namun sebaliknya berlaku. Si Tukang Rumah tunduk penuh penyesalan.

"kalau aku tahu dia mahu menghadiahkan rumah itu kepadaku nescaya aku akan buat dengan teliti dan bersungguh-sungguh," sesal Si Tukang Rumah.




Pengajarannya, bersungguh-sungguhlah dalam membuat sesuatu perkara biarpun perkara itu perkara kecil cuma. Kita tidak tahu apa kesan hasil perkara yang kita buat itu pada masa hadapan.

Satu kisah lagi.

Pada suatu hari, seorang Imam Besar ( saya tidak pasti namanya), ternampak seekor lalat jatuh ke dalam bekas dakwat ketika dia sedang khusyuk menulis kitab. Lalu Imam ini menenggelamkan lalat itu sehingga lalat itu mati. Imam itu tertidur selepas itu.

Dia bermimpi dia sedang dibicarakan oleh Allah di Padang Mahsyar. Akhirnya, selepas selesai perbicaraan, Imam ini ditakdirkan masuk ke neraka atas sebab membunuh lalat tadi dengan sengaja!

Imam tadi terjaga dan terus memohon ampun daripada Allah atas dosa 'kecil' yang di beliau telah lakukam.

Masyaallah! Lihat! Pada kita mungkin kecil saja dosa membunuh seekor lalat tetapi tidak pada pandangan Allah. Lalu berhati-hatilah kita dalam kehidupan seharian. Jangan ambil mudah akan sesuatu perkara.


"Sesungguhnya, Allah amat suka jika seseorang daripada kamu melakukan sesuatu perkara dengan bersungguh-sungguh."



Pesanan: Jika nampak saya melakukan perkara dengan tidak bersungguh-sungguh dalam kehidupan sehari-hari silalah tegur. Misalnya dalam belajar mahupun dalam bergerak kerja atapun dalam ibadah khusus.

Saturday, October 03, 2009

Sejadah Berdiri

Bismillahirrahmanirrahim...


Saya sedang menunggu Sufi di surau blok saya untuk ulangkaji bersama-sama. Ketika itu jam menunjukkan pukul 10.30 malam. Saya seorang diri sahaja waktu itu. Ibu saya telefon. Saya berbual panjang dengan Ibu. Macam-macam Ibu verita. Tentang adik-adik, ayah dan berita yang didengar dikaca televisyen.

Sebaik sahaja tamat berbual dengan Ibu bulu roma saya berdiri. Saya telefon Sufi supaya cepat datang ke surau. Kemudian balik ke bilik sekejap.


Nak tahu kenapa? baca berita ini.



BUKIT MERTAJAM: Sepasang suami isteri yang berselisih faham mengenai arah kiblat di rumah mereka di Taman Haji Mohd Amin, Permatang Pauh di sini terkejut apabila sejadah yang terdapat dalam salah sebuah bilik di kediaman mereka tiba-tiba "berdiri" dengan sendiri malam tadi. Pasangan Mohamad Shuhaimi Md Ilias dan Zainab Ramli, masing-masing berusia 26 tahun, menyedari kejadian ganjil berkenaan kira-kira jam 9.30 malam dan masih lagi dalam keadaan demikian setakat 1.30 tengah hari. Mohamad Shuhaimi yang bekerja di sebuah syarikat telekomunikasi di sini berkata sejadah berkenaan adalah hantaran perkahwinan mereka dan ia digunakan sejak tiga tahun lalu.

"Sebelum ini kami tidak pernah berselisih faham mengenai arah kiblat di rumah dan ia mula menjadi pertikaian semalam selepas arah kiblat berbeza dengan apa digunakan masjid berhampiran rumah," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Katanya, ketika kejadian beliau sedang memandikan anak perempuan mereka berusia dua tahun, manakala isterinya pula sedang menggosok pakaian di bilik berlakunya kejadian ganjil itu. Mohamad Shuhaimi berkata, beliau yang menghamparkan sejadah itu di bilik berkenaan sebelum memandikan anaknya dan tiba-tiba dipanggil oleh Zainab yang berada dalam keadaan ketakutan serta terkejut.

"Isteri beritahu sejadah dihamparkan tadi berdiri secara sendiri ketika dia hendak mengambil pakaian untuk digosok. Saya yang bergegas ke bilik itu terkejut melihatnya. "Saya bertanya kepada isteri saya sama ada dia ada terkuis sejadah terbabit dengan menggunakan kakinya sehingga menyebabkannya "berdiri" tetapi dia menafikannya dengan mengatakan ia berdiri secara sendiri," katanya. Katanya, beliau menganggap kejadian itu mempunyai hikmahnya tersendiri dan berkemungkinan hendak memberitahu keluarganya mengenai arah kiblat yang sebenarnya. Kejadian itu menyebabkan rumah mereka menjadi tumpuan kerana orang ramai berpusu-pusu datang untuk melihat sendiri sejadah "berdiri" berkenaan. - Bernama